𝓑𝓐𝓑 34

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hubby?".

Tengku Dayren menoleh. Menitis air matanya melihat Antasya didepan mata. Pantas sahaja tubuh si isteri dibawa masuk ke dalam pelukannya. Hampir dia ingat kehilangan Antasya lagi sekali.

Tak sanggup.

"Hubby kenapa ni?". Bingung. Namun Antasya membalas juga pelukan suaminya. Pelik juga, takkan lah sebab dia tulis permintaan maafnya, lelaki ini nak menangis macam ini sekali.

"Sayang pergi mana? Kenapa tak jawab hubby panggil tadi?". Pelukan dierat. Untuk seketika dia terlalu takut tadi.

Aish, Antasya, awak buat saya takut sayang.

"Saya solatlah hubby dekat bilik solat tadi. Takkan nak jawab hubby panggil pulak". Belakang badan Tengku Dayren diusap perlahan. Memujuk lembut.

Manjanya husband kita sorang ni.

"Hubby ingat awak tinggalkan hubby macam dulu lagi". Pelukan direnggangkan. Tangannya turun memeluk pinggang Antasya. Bertentang mata dengan gadis itu.

"Nak buat apa lari. Ingat tak penat ke asyik nak lari je". Antasya tersenyum manis memandang Tengku Dayren. Air mata suaminya dikesat menggunakan tangannya. Kesian pula bila lihat Tengku seorang ini menangis begini.

Dia tulis permintaan maaf itu hanya sekadar untuk memberi ruang untuk Tengku Dayren. Mana tahu Tengku Dayren tidak mahu bercakap dengannya. Alih-alih jadi begini

Manalah tahu kan?

"Jangan tinggalkan hubby, hubby minta maaf marah sayang tadi. Tak dengar penjelasan sayang tadi. Hubby betul-betul minta maaf sebab buat keputusan terburu-buru. I'm sorry wifey". Pipi Antasya dicium sekilas.

"Takpa, bukan salah hubby seorang je. Saya pun ada salah sebab tak jujur dengan hubby, I'm sorry too hubby". Wajah Tengku Dayren dicium juga sekilas. Lalu wajah disembunyikan di dada bidang suaminya itu.

Malu!

"Tapi hubby tak dapat maafkan Indah. She just too much". Perlahan sahaja suara Tengku Dayren berkata. Antasya yang mendengar kembali menjarakkan wajahnya dengan dada bidang Tengku Dayren.

Topik ini. Kena bincang elok-elok. Melibatkan hati dan perasaan bukan?

"Hubby, tadikan abang Dyler ada datang sini, dia kata kak Anhaura ada dekat hospital. Kita lawat sekejab nak?". Tengku Dayren diam. Sudah lama dia tidak dengar tentang Anhaura.

Hmm bukan masalah dia pun.

"Nanti-nanti tak boleh ke sayang". Pelukan dilepaskan. Tengku Dayren melabuhkan punggung di atas katil memandang Antasya yang sedang merenungnya.

Aduhai, awak tenung macam itu pun saya cair sayang oi!

"Ala harini lah, kenapa nak nanti-nanti. Saya dah rindu kakak saya tau. Harini okay?".

Tengku Dayren membaringkan tubuhnya. Sengaja tidak menjawab pertanyaan Antasya. Saja nak dera lama-lama. Antasya dera dia boleh pulak

Balas dendam? Sikitlah

"Hubby! Saya cakap dengan awak ni, tidur pula dia". Peha suaminya ditepuk sedikit kuat. Peliklah Tengku Dayren ni. Tadi menangis macam hilang bini. Sekarang dia boleh tidur pulak.

Pelik betul emosi dia ni. Cepat sangat berubah

"Aww, sakitlah sayang". Tiada nada, Antasya mencebik bibir. Ceh. Suara dia sangat tak menyakitkan untuk luahkan perasaan sakit tu.

"Bangunlah hubby". Lengan Tengku Dayren pula ditarik. Cuba dan cuba dan cuba akhirnya dia pula yang ditarik baring sebelah Tengku Dayren.

Suasana sepi untuk seketika. Terasa sesak sebentar nafas Antasya. Bukannya tidak biasa begini. Tapi kali ini dia macam extra malu pula.

Aish.

"Nanti kita pergilah, kakak awak tu bukannya lari kemana pun, esok ye, boleh?". Antasya menelan air liurnya saat terdengar bisikan lembut itu di telingganya.

Hisy Tengku Dayren ni, cakap jauh-jauhlah sikit. Bisik-bisik macam ni macam ada orang lain pula. Tahu tak dia tengah nervous tahap gaban ni.

"Kenapa bukan harini?". Antasya naik menongkat dagu di ada dada Tengku Dayren. Memandang wajah si suami yang sedang memandangnya nakal.

Orang tua gatal!

"Hmm, hubby rasa banyak sangat benda kita kena bincang harini. You know, alasan sayang, hubby nak dengar jugak. Pasal family kita...". Tangannya naik membelai lembut belakang badan Antasya.

"Family kita?". Tangan Tengku Dayren ditepuk perlahan. Kan dah kata orang tua seorang ni memang gatal sungguh!

"Hmm pasal... Anak". Berhati-hati Tengku Dayren berkata. Entah kenapa dia terasa ingin bangkitkan hal sensetif ini. Namun melihat perubahan wajah Antasya membuatkan dia menyesal.

Salah cakap!

"Hubby tahukan dalam perut ni takda isi lagi. Topik tu sensetif tau, sampai hati hubby". Antasya ingin bangun namun ditahan Tengku Dayren.

Tahu tak pasal 'anak' tu sudah berapa kali dia cuba untuk lupa. Lagi-lagi sekarang Dyah asyik bercerita tentang kandungannya. Memang tak boleh move on. Sungguh.

Dia rasa terkilan pun ada. Sakit hati pun ada. Setiap kali Dyah bercerita, tangannya mesti mengusap lembut perut kempisnya. Ingin juga dia merasa ada nyawa lain dalam rahimnya.

"Sayang, hubby minta maaf, hubby.. tak sengaja"

"I know, takpa, saya tahu mesti hubby pun terkilan kan? Hubby kena berdepan dengan orang lain lagi. Kawan-kawan hubby semua. Mesti diorang tanyakan?". Tengku Dayren diam

Dia usahawan, kenalannya juga tidak terbatas, dengan statusnya yang sudah berkhawin dan umur yang mungkin sudah lanjut mestilah banyak juga yang tanya-tanya tentang berita gembira itu. Tidak dinafikan sama sekali. Dia terasa.

Tapi dia tidak salahkan Antasya. Rezeki anak semuanya dia serahkan kepada Tuhan. Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai dia menjadi ayah. Takpa dia menunggu sehingga hari itu tiba.

"Sayang jangan risaulah sangat pasal benda tu. Kita serahkan semuanya pada Tuhan okay?" Wajah Antasya diusap perlahan.

"Hmm". Antasya membaringkan tubuhnya kembali di sisi Tengku Dayren. Lengan suaminya dijadikan 'bantal' seketika hilang Anhaura dalam kepala

Sekarang soal anak! Anak! Dan anak! Macam mana nak lari ye daripada soalan populer sosial ni agaknya?

***

Indah menghembuskan asap rokok sebelum menyedut kembali rokok ditangan. Untuk seketika, dia lupa pada dunia yang seakan kejam dengan dirinya ini.

Mata dipejamkan saat rokok disedut. Cuba menghayati namun matanya terbuka luas saat rokoknya dirampas. Dyler disebelah dipandang tajam. Wajah tiada perasaan Dyler membuatkan dia gerun seketika.

Kadang-kadang lelaki ini buat dia takut tanpa sebab.

"Lagi sekali aku nampak hisap benda bodoh ni. Siap kau". Dingin suara itu memberi amaran. Rokok yang sudah diroyokkan dicampak ke arah Indah. Dyler masuk kembali ke dalam bilik. Bukan pemandangan ini yang dia mahu lihat sebaik sahaja pulang daripada kerja.

Terkedu seketika Indah apabila melihat rokoknya tadi sudah habis dimusnahkan. Tak guna.

Dyler memang nak kena!

Pantas langkah Dyler disaingi. Lengan lelaki itu dipegang erat menghentikan langkah Dyler. Lelaki itu mendengus perlahan sebelum berpaling tubuh memandang Indah.

"Kenapa kau asyik masuk campur urusan hidup aku! Aku rimaslah!". Tengking Indah. Daripada mereka berkahwin lelaki ini tak habis-habis mengongkongnya.

Dia rimas! Dia bukannya budak kecik!

"Sebab aku sayang...". Indah terkedu. Suara tenang dan lembut Dyler membuatkan dirinya terasa di awangan. Sayang? Rasanya sudah lama perkataan itu hilang daripada hidupnya.

Yang ada cuma derita. Dato Syamsol dan Datin Maimon. Orang yang sangat bertanggungjawab membentuk dirinya yang sekarang. Mereka dengan sayang? Rasanya mereka juga tidak tahu maksud kata itu.

Terlalu berkelas perkataan itu untuknya.

"Sayang? Kau sayang dekat aku? Kau tak payah hipokrit lah! Orang macam kau ni pura-pura je lah sayang dekat aku! Tak guna!". Dada Dyler ditunjal beberapa kali. Ah bodoh, jangan cakap perkataan itu depan dia

Dia tidak mahu berharap lagi. Cukup, jangan cakap sayang lagi.

Dyler yang melihat muka bengis Indah perlahan mendekati gadis itu. Pinggang gadis itu ditarik mendekat dengan tubuhnya. Tangannya naik membelai lembut wajah isterinya.

Isteri? Iya dia sudah terima Indah sebagai isterinya. Baik dan buruk Indah dia terima dengan hati terbuka. Dia tidak mahu perkhawinan ini berakhir dengan penceraian. Dia ingin jadi suami yang baik.

"Kalau aku kata aku memang sayangkan kau, kau taknak terima aku?". Bisikkan manis dan lembut Dyler membuatkan Indah terperangkap

Ini cukup membuatkan hatinya berdebar hebat. Dyler memang hebat.

"Tak"

"Tapi aku betul-betul sayangkan kau, kalau kau perlukan bukti aku boleh beri". Dyler merapatkan pucuk hidung mereka. Dahi mereka juga bercantum. Nafas mereka seakan susah juga ingin keluar.

Dyler tidak nafikan, dia juga sedang berdebar hebat. Pertama kali sedekat dan serapat ini dia menyatakan cinta yang dahulu dia tidak pernah ungkap pada mana-mana perempuan sekalipun.

Indah yang pertama. Rasanya terlalu mengasyikkan

Indah lemas. Semua ini terlalu manis. Terlalu menghayalkan baginya. Aku boleh kalah. Iya dia akan kalah kalau terus begini. Tapi pandangan Dyler terlalu ikhlas untuk dia tolak

Hatinya sedang jatuh cinta ke sekarang? Dirinya sedang menagih kasih ke sekarang? Ah dia buntu

"Tak perlu sebut sayang kalau akhirnya kau lepaskan aku jugak nanti". Sedih, Indah menahan rasa. Tidak dia tidak boleh kalah dengan perasaan ini.

"Tak, aku takkan lepaskan kau, aku cuba jadi yang terbaik... Untuk kau. Tapi kau jugak kena beri aku peluang. Peluang untuk aku masuk dalam hidup kau. Jangan buat aku seorang je berjuang dalam perkhawinan ni. Aku perlukan kau Indah".

Indah, terlalu indah ayat yang dituturkan Dyler kepada Indah. Namun benteng kebencian yang sudah ditanam membuatkan Indah menggeleng. Tubuh Dyler ditolak kuat menjauhinya.

Cukup dengan kata-kata manis ini seorang lelaki. Dia sudah cukup banyak mendengarnya. Ayat manis yang hanya inginkan dirinya.

"Indah, ayah ni sayang, jangan melawan". Indah memejam mata. Cuba mengusir suara itu. Ahh dia datang lagi!

Ayat manis ayahnya untuk dapatkan dirinya. Bodoh! Bodoh punya orang tua!

"Indah, tolong beri aku peluang". Dyler cuba mengeratkan pelukan namun rontaan Indah terlalu kuat pula rasanya.

"Taknak! Dan takkan!".

"Sekali je, aku merayu"

"Pergi! Kau cuma kesiankan aku je! Kau tak betul-betul sayangkan aku! Kau sama macam jantan kat luar sana!". Tengking Indah. Semakin kuat rontaanya untuk lepas.

Dia perlukan bebas

Perasaan ini hanya satu kesilapan yang tidak patut ada sama sekali

Perkhawinan ini menjeratnya untuk memberikan cinta lagi sekali. Tidak tidak sanggup untuk terluka lagi.

"Indah!".

"Lepas!". Indah terkedu saat terasa lekuk bibirnya terasa terisi. Membulat matanya memandang Dyler. Pergerakannya lumpuh. Badannya kaku. Tidak tahu nak buat apa.

Patut ke dia buka hati untuk Dyler?

"Aku sayang, aku cinta, bila aku kata perkataan tu, aku betul-betul maksudkan Indah. Beri aku peluang, aku janji akan jaga kau, aku janji akan cintakan kau, aku janji Indah". Mata mereka bersatu.

Iya dia janji.

"Dunia ni dah banyak bagi aku harapan palsu. Aku takut, kau pun palsu". Tubuh Dyler ditolak kuat dan kasar. Terlepas. Indah terus melarikan diri.

Dyler menghembuskan nafas perlahan. Dia kusut. Kenapa susah sangat Indah ingin beri dia peluang. Salah ke untuk dia mencintai.

Dia buntu

***

1586

Author sebenarnya nak buat Indah tu hisap dadah tapi author rasa topik tu terlalu sensetif pulak memandangkan Indah perempuan. Rokok ni pun kalau ada sesiapa yang sensetif atau terasa author minta maaf ye. Sorry semua.

Minta pandangan semua boleh pasal topik ni? Kalau korang tak selesa ke?

Apapun terima kasih sudi baca cerita ni semua. Author hargai sangat! Maaf kalau terkurang apa-apa.

Love : syai

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro