𝓑𝓐𝓑 46

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sayang, taknak suap hubby ke?". Tengku Dayren memandang ke arah Antasya yang sedang sibuk memotong buah limau di atas meja yang disediakan pihak hospital. Senyuman paling manis diberikan kepada Antasya saat anak mata mereka bersatu. Namun senyumannya hilang saat jelingan tajam pula menyapa.

Merajuk. Iya tahu Antasya sedang merajuk.

"Sayang". Panggil. Tiada sahutan. Tengku Dayren menggigit bibir perlahan. Tahu diri sendiri yang salah. Ingat nak bergurau. Rupanya gurauannya masuk sehingga ke hati. Akibatnya. Diabaikan.

Auch. Sakit!

"Sayang, hubby minta maaf. Hubby nak gurau je. Mummy kata sayang asyik menangis masa hubby KO tadi. Jadi hubby cuma nak sayang... Terhibur". Keterlaluan.

"Terhibur? Awak ungkit semuanya untuk buat saya terhibur? Awak ingat saya akan terhibur ke dengar kesalahan saya sendiri diungkit? Awak anggap itu hiburan ke?". Tengku Dayren diam. Terasa. Betul kali ini dia yang salah.

Mengungkit kesalahan Antasya sebagai isterinya untuk hiburan? Tahu dia tiada 'otak' tadi sehingga menggunakan kesalahan orang lain sebagai hiburan. Kali ini memang betul dan nyata salahnya.

Tidak dinafikan lagi.

"Hubby minta maaf. Salah hubby permainkan benda macam ni. Sayang maafkan hubby boleh?". Antasya memandang ke arah lain sebelum dia bangun dari duduk di atas sofa menuju ke arah tingkap hospital. Kosong lagi

Hatinya terasa. Sedikit.

Sedang sibuk melayan rasa. Tiba-tiba terasa lehernya dipeluk dari belakang. Tidak kuat. Cukup terasa dekat orang dibelakang dengan tubuhnya. Nyaman. Tidak membantah. Antasya membiarkan. Tahu itu suaminya.

"Jangan gerak. Tangan hubby sakit. Just stay macam ni okay?". Senyuman tipis terukir di wajahnya. Kepala diangguk sedikit. Menandakan dia tidak akan bergerak sama sekali. Biarlah begini dia selesa.

Menunggu dipujuk.

"Hubby minta maaf buat macam tadi. Hubby tahu perangai hubby tadi macam budak-budak. Hubby tak fikir panjang. I know. You have a reason to ignore me. Tapi sayang, hubby tak suka diabaikan macam tadi. Hubby rasa kosong sayang taknak layan hubby. It hurt".

Antasya diam. Membiarkan Tengku Dayren meluahkan kata maaf. Biar. Biar dia rasa macam mana perasaan sakit diungkit kesalahan tadi. Biar. Untuk kali ini sahaja. Biar.

"Sayang janganlah abaikan hubby". Rambut Antasya yang dekat dengan bibirnya dicium tipis. Sedih. Perasaan terabai ini sangat... Pedih.

"Hmm". Terlupa dengan amaran yang diberikan Tengku Dayren sebentar tadi. Antasya bergerak sedikit ingin melepaskan diri dari pelukan Tengku Dayren.

"Sayang jangan gerak, sakit". Gerakan Antasya terhenti. Keadaan sunyi seketika. Antasya tidak berani bergerak mahupun berkata. Risau dengan keadaan Tengku Dayren dibelakangnya.

Terlalu lama diam. Antasya memberanikan diri. Tangan Tengku Dayren yang ada di lehernya ditepuk perlahan beberapa kali.

"Awak... Okay ke?".

Tiada sahutan daripada Tengku Dayren membuatkan Antasya semakin gelisah. Sakit sangat ke? Rasanya dia tak sentuh pun tadi. Gerak sikit sahaja.

"Awak.."

Diam.

"Awak.."

Sunyi lagi.

"Hubby.."

"Iya sayang". Antasya memutarkan biji matanya. Gatal.

"Sakit-sakit pun gatal jugak awak ni kan Tengku Dayren?". Keadaan yang tadi hening kini dihiasi gelakan perlahan daripada Tengku Dayren. Antasya tersenyum nipis.

Suka.

"Mestilah kena gatal. Dengan sayang. Lagi wajib". Antasya gelak perlahan. Lengan Tengku Dayren yang ada di lehernya dipegang. Keadaan kembali sunyi. Mereka hanya diam menghayati masa. Menghayati keadaan yang hanya ada mereka berdua.

Saat ini masa dan keadaan terasa terlalu manis buat mereka. Hanya mereka dan tiada siapa lagi. Hanya mereka. Iya hanya mereka.

"Saya maafkan hubby. Jangan buat lagi macam itu hubby. Saya betul-betul fikir hubby dah lupakan saya. Saya takut".

"Maaf sayang. Hubby tak buat lagi. Ini yang pertama dan terakhir". Pelukan di leher Antasya dilepaskan sebelum dia memutarkan badan gadis itu menghadapnya. Dia juga menyesal. Sumpah memang terasa menyesal. Gurauan bertukar menjadi benda yang makan hati. Memang tak sengaja, tapi tetap terasa apabila hati sudah terluka sama.

Sakit. Memang sakit.

Antasya diam tidak berkutik. Wajah dirapatkan ke dada Tengku Dayren sehingga tiada ruang lagi antara mereka. Belakang baju Tengku Dayren digenggam erat. Bibir digigit perlahan. Menahan tangis dalam diam.

Masih teringat setiap patah perkataan yang dilontarkan Tengku Dayren kepadanya. Sumpah terasa.

"Kau tinggalkan aku macam aku ni tiada hati. Dan sekarang kau senang-senang nak balik? Tak. Aku tak boleh terima, hati aku masih sakit".

Waktu ini paling terasa setiap bait kata yang dilontarkan kepadanya. Kesalahan yang dia kesal diungkit dan dirinya ditolak mentah-mentah. Sadis.

"Kenapa sekarang? Waktu aku dah terima kau pergi dari aku. Waktu hati aku dah terima kau bukan untuk aku. Kau datang balik. Antasya kau pernah fikir perasaan aku tak?"

Kasar. Semua kata-kata yang keluar daripada mulut Tengku Dayren tika itu cukup terasa kasar. Iya dia baru perasan dia tak pernah fikirkan perasaan Tengku Dayren selama ini. Tak pernah sekalipun.

"Antasya, kalau kau rasa kau masih sayangkan aku. Jangan tinggalkan aku lagi. Aku takkan lepaskan kau walau apapun jadi. Diri aku milik kau. Takkan berubah jadi milik orang lain"

Terbongkar. Waktu ini terbongkar sudah lelaki ini menipunya. Entah mengapa dia rasa Tengku Dayren sedang meluahkan rasa hati yang terpendam lama. Mungkin iya. Itu luahan hati seorang Tengku Dayren.

Tapi dia lega apabila mendengar perkataan terakhir. Sangat manis ditelingganya. Sampai terasa ingin membuat Tengku Dayren berulang kata perkataan itu berkali-kali.

Sumpah manis.

"Diri aku milik kau. Takkan berubah jadi milik orang lain...".

"Awak tak boleh lari dari saya tau. Awak milik saya". Antasya memeluk erat tubuh Tengku Dayren. Perkataan yang keluar daripada mulut Antasya membuatkan Tengku Dayren ketawa.

Lagi dia ketawa. Iya dia ketawa. Harini memang hari dia ketawa mungkin.

"Selamanya saya milik awak sayang. Takkan jadi milik orang lain dah". Antasya menarik nafas lega. Memang kedengaran manis. Sungguh manis!

Tok.. tok... Tok

Antasya melepaskan pelukannya di tubuh Tengku Dayren sebelum ditolak perlahan menjauhi dirinya. Dia berlalu pergi dari situ. Sempat dia memberikan senyuman manis kepada doktor dan jururawat yang sudah ada di dalam wad persendirian yang diduduki Tengku Dayren.

"Saya tunggu luar". Pintu ditutup setelah dia memberi tahu keberadaa dirinya yang akan menunggu diluar. Dia akan tunggu. Berapa lama pun dia akan tunggu.

Selamanya dia akan tunggu. Pintu wad ditutup. Membiarkan doktor dan para jururawat menyelesaikan tugas mereka. Tidak mahu menganggu. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang disediakan pihak hospital. Kepala ditunduk. Melayan perasaan.

"Kenapa awak ada dekat luar Antasya?". Teguran itu membuatkan kepalanya diangkat kembali. Lelaki yang sudah selamat duduk disebelahnya dipandang.

Oh. Faris rupanya.

"Doktor tengah buat pemeriksaan dekat Dayren". Faris mengangguk kepalanya tanda mengerti. Sunyi kembali. Faris mengeluarkan telefonnya. Membiarkan Antasya dengan lamunannya.

"Faris. Saya nak tanya sikit boleh?". Faris tersentak. Kepala diangguk perlahan sebelum dia memasukkan kembali telefonnya di dalam poket. Perhatian diberikan kepada Antasya.

"Apa dia?".

"Dayren ada beritahu awak apa-apa?". Perbualan dimulakan. Dia perlu tahu.

"Takda pulak kenapa?". Tenang. Riak wajah dikawal. Tiada apa yang dia sembunyikan. Tipulah. Adalah sedikit.

"Entahlah, saya rasa dia ada sembunyikan sesuatu dari saya. Itu sebab saya tanya awak. Mana tahu awak tahu kan. Kalau tiada takpalah". Pasrah. Entahlah dia rasa sangat Tengku Dayren ada sembunyikan sesuatu darinya.

Tapi apa?

"Awak tak perlulah fikir yang bukan-bukan Antasya. Cukup awak tahu dia sayang awak dan awak sayang dia. Perkara lain yang awak rasa dia sembunyikan daripada awak. Awak tak perlulah fikir. Semuanya bersebab. Cukup awak tahu apa yang awak perlu tahu. Hal dia, pandai-pandailah dia uruskan sendiri".

Antasya diam menekur lantai memandang lantai yang kosong tidak bercorak. Dia sayang. Dia cinta. Tapi rasa ingin tahu ini membuatkan dadanya sesak.

Sumpah sesak.

"Antasya". Leka. Faris diam juga. Nak beritahu sudah berjanji. Takkan mahu mungkir pula. Tapi Antasya.

"Apa kata awak tanya sendiri dengan Dayren". Muktamad.

"Huh?"

"Awak tanya sendiri dengan Dayren. Mungkin dia ada nak berkongsi dengan awak. Yang dia taknak saya tahu. Just ask him what you want to know"

"Anything?"

"InsyaAllah Dayren tak marah kalau awak yang tanya". Faris tersenggih. Dia sendiri tidak tahu lelaki itu akan marah ataupun tidak. Tapi Antasya kan? Mustahil untuk Tengku Dayren marah gadis ini.

Antasya? Gadis itu sudah menahan ketawa. Rasanya Tengku Dayren takkan marah. Tapi berani ke dia untuk bertanya?

"Takpalah, nanti saya tanya sendiri dekat dia". Serentak dengan itu. Pintu wad milik Tengku Dayren terbuka dari dalam. Doktor dan beberapa jururawat keluar. Antasya dan Faris berdiri.

"Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Semuanya stabil. Dua ataupun tiga hari Encik Dayren sudah boleh keluar dari hospital kalau keadaan dia tidak memburuk"

Antasya dan Faris hanya mengangguk kepala. Syukurlah, semuanya baik-baik sahaja.

"Saya minta diri dulu ye"

"Terima kasih doktor". Senyuman manis dihadiahkan kepada doktor dihadapannya ini. Dibalas.

"Awak masuklah dulu Faris. Saya nak pergi cafe sekejab". Tiba-tiba tekak terasa haus. Setelah Faris mengangguk. Antasya membawa langkah ke arah lif hospital.

Faris pula melangkah masuk ke dalam wad Tengku Dayren. Pintu ditutup. Member dekat dalam sudah berkerut dahi. Memandang pelik Faris yang masuk.

"Mana Antasya?"

"Dia pergi cafe. Nak beli air kot". Punggung dilabuhkan di atas sofa empuk yang ada. Henfon dikeluarkan. Tengku Dayren didepan mata dilayan sambil lewa sahaja.

Itulah kawan. Datang bukan melawat. Mata tu dok sibuk dengan henfon. Function melawat?

"Kalau kau datang sini nak menyempitkan ruang dan menyemakkan mata aku. Baik tak payah. Berambus". Kasar. Tapi cukup baiklah tu.

"Memang aku taknak datang pun. Tapi fikir kawan kan". Sama naik. Tengku Dayren mencebik bibir. Menyampah.

"Kau tak ada beritahu apa-apa dekat Antasya ke?". Telefon disimpan. Kali ini dia serius. Faris serius? Hmm, jarang-jarang terjadi sebenarnya tapi takpalah.

"Tak. Aku taknak bebankan fikiran dia. Biar aku selesaikan. Kenapa? Dia ada tanya ke?".

Faris mengangguk. "Ada, tapi aku suruh dia tanya kau sendiri".

"Biarlah, pandai-pandailah aku cari alasan nanti". Mata ditutup. Menanti lena menjemput. Ubat yang diberikan doktor sebentar tadi cukup membuatkan dirinya lemah. Rasa tidak berdaya satu badan.

Ngantuk.

"Okay". Telefon dicapai kembali. Member nak tidur. Biarlah. Tak perlu ganggu. Dia datang sini pun sebab nak melihat sahaja. Mana tahu Tengku Dayren dah jadi arwah 'bergurau' kasar dengan Antasya tadi.

Senang terus dia kebumi je. Haha.

***
1622

Done!

Maaflah readers yang menunggu cerita ni update. Author busy sikit dengan kenduri. Banyak nak kena buat. Alhamdullilah, dah selamat kenduri berjalan hari sabtu haritu.

Terima kasih sudi menunggu semuanya. Author hargai sangat. Kalau cepat idea datang author update lagi esok okay. Maaf kalau hambar untuk bab ini.

Selamat membaca semua.

Petal : syai

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro