𝓑𝓐𝓑 47

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kau fikir kau layak ke untuk abang Dayren. Sebab kau dia terlantar dekat katil hospital. Kau memang isteri tak guna..."

"Aku ingatkan kau, sebelum kau ada, aku dulu yang ada untuk abang Dayren. Jadi jangan nak bangga diri sangat. Dah lah mandul. Kesian aku tengok abang Dayren tak ada anak..."

"Kalau boleh mintalah cerai, dah tahu diri tu tak sempurna, buat cara tak sempurna. Faham?"

"Saya mandul atau awak yang buat saya mandul? Lupa ya yang awak dan abang awak tu yang bunuh anak saya!"

"Kau yang jatuh sendiri!"

"Abang awak cuba rogol saya! Awak ada depan pintu. Awak buat apa? Awak tutup pintu! Awak benarkan abang awak rogol saya, saya perlu pertahankan diri saya sampai saya hilang anak saya! Kejam!"

"Kau yang bodoh!"

"Awak lagi kejam! Sikap binatang agaknya yang ada dalam diri awak tu! Jangan ingat saya tak ada bukti awak dan abang awak buat semua tu, awak akan terlepas!".

Pang!

"Antasya!"

"Acik Zara..". Panggilan halus ditepi telingga membuatkan Antasya berpaling wajah. Senyuman tipis diukir ikhlas buat si kecil disebelahnya. Tangan naik mengusap lembut kepala si Qaysh. Qaysh Darluna. Budak kecil 5 tahun yang dia jumpa di wad kecemasan sebentar tadi.

Kisah pilu Qaysh yang dia dapat dari jururawat disini meruntunkan hatinya. Si kecil ini baru sahaja kehilangan ibu bapa. Kemalangan dilanggar dengan kereta. Hanya dia yang selamat. Kesian sebatang kara.

"Qaysh nak apa?". Antasya bertanya. Matanya tidak lepas memandang muka kecil itu. Suci. Tanpa dosa.

"Mana mama dengan babah Acik Zara. Qaysh rindu diorang. Qaysh nak jumpa diorang". Petah si Qaysh menyatakan hasrat dalam hati. Dia rindu pada mereka. Mana mereka? Dia takut. Betul-betul takut tinggal seorang diri.

Antasya terdiam. Bicaranya terhenti. Tidak tahu hendak jawap apa. Patutkah dia beritahu Qaysh tentang kemalangan itu? Ataupun menipu sehingga keadaan reda. Buntu. Mana satu harus dia pilih?

"Mama dengan babah Qaysh dah pergi jauh, dia pesan dengan Acik Dayren suruh kata dekat Qaysh jaga diri. Jangan nakal-nakal". Satu suara menyampuk. Antasya memandang Tengku Dayren melabuhkan duduk di sebelah Qaysh. Wajahnya tiada emosi. Dia sedang kecewa dengan Tengku Dayren.

Iya dia sedang kecewa.

"Kenapa mama dengan babah tak bawak Qaysh sekali. Sampai hati diorang tinggalkan Qaysh". Qaysh duduk menghadap Tengku Dayren sambil badannya disandarkan di atas lengan Antasya.

Manja.

"Mama dengan babah nak pergi tempat jauh. Qaysh tak boleh ikut. Nanti sampai waktu, Qaysh jumpa dengan mama dengan babah lagi okay?". Tengku Dayren menerangkan secara rambang. Tidak mahu terlalu dekat dengan kenyataan yang menyakitkan.

Qaysh masih kecil. Belum tiba waktunya si kecil itu tahu dirinya sudah menjadi yatim piatu. Biarlah, Qaysh besar dan pandai mengawal emosi. Dia akan tahu sendiri nanti.

"Okay"

Antasya senyum mendengar suara kecil itu. Lagi sekali tangannya naik mengusap kepala Qaysh sebelum turun mengelus lembut pipi gebu si kecil itu. Macam mana agaknya reaksi Qaysh jika dah besar nanti dan tahu tentang perkara sebesar ini?

"Pewaris Qaysh dah sampai. Hubby dah call tadi. Bolehlah serahkan Qaysh pada pewaris dia". Tengku Dayren memberitahu Antasya. Dia juga mengelus lembut wajah Qaysh. Baru sekejab sudah hatinya terpaut sayang pada Qaysh.

Antasya mengeluh. Dia juga sudah terpaut sayang. Tapi apakah daya. Qaysh bukan milik dia. Qaysh milik orang lain.

"Jom". Tengku Dayren bangun, sama juga Antasya. Gadis itu mengangkat tubuh Qaysh masuk dalam dukungannya. Tengku Dayren hanya mampu melihat. Tangannya masih tidak mampu untuk mengangkat benda berat.

Masih terasa sakit.

Mereka berjalan beriringan menuju ke arah kaunter. Dari jauh sudah terdengar telingga mereka bunyi riuh di tempat kaunter.

"Aku dah kata! Jangan kahwinkan anak kau dengan anak aku! Kau degil! Kau kahwinkan jugak! Tengok sekarang anak aku mati sebab keturunan pembawa malang kau tu!". Langkah Antasya terhenti. Terdiam dia dengan kenyataan yang baru dia dengar.

Keturunan pembawa malang? Kolotnya fikiran.

"Aku tahu aku salah. Anak aku memang pembawa malang. Maafkan aku ya Siah. Jangan buang aku dari keluarga kau, aku tiada tempat lagi".

Terkedu. Apakah. Betulkah apa yang dia dengar sekarang. Tubuh Qaysh dibawa merapat ke arahnya. Telingga si kecil itu cuba ditutup. Qaysh tidak patut mendengar perkara yang bukan-bukan seperti itu.

Tengku Dayren juga sudah tidak sedap hati. Badan Antasya dipaut dan ditarik mendekat dengannya. Dia cuma menjalankan amanah sahaja. Selesai menghantar Qaysh dia akan pulang bersama Antasya memandangkan doktor sudah memberikan kebenaran pulang kepadanya

"Awak, saya rasa Qaysh tak selamat dengan pewaris dia". Mata mencari Tengku Dayren. Dia tidak mahu Qaysh membesar dengan persekitaran kolot seperti yang dia dengar. Masih ada juga yang percaya tentang pembawa malang.

Tak masuk akal.

"Qaysh bukan milik kita sayang, dia perlu dihantar pada pewaris yang berhak. Takpalah kita fikir baik sahaja ye?". Kepala Antasya diusap lembut. Cuba menenagkan hati si isteri.

"Tapi awak..."

"Kita pulangkan sahaja dulu. Nanti kita mintak izin pada pewaris dia untuk melawat Qaysh. Okay?". Perlahan Antasya mengangguk. Betul juga. Mereka tidak berhak pada Qaysh.

Qaysh dilihat, satu ciuman hangat berlabuh pada pipi si kecil. Keluhan nipis dikeluarkan dari mulutnya. Hatinya tidak tenteram. Perlahan langkah diambil membawa diri mendekati dua wanita yang masih bertelagah antara satu sama lain.

"Assalamualaikum". Salam diberi. Kedua-dua terhenti bicara. Terus memandang ke arah Antasya.

"Maaf saya menganggu Puan berdua. Ini cucu Puan, Qaysh". Si kecil itu diturunkan dan diserahkan kepada kedua wanita. Seorang hanya tersenyum nipis. Seorang lagi memandang jelik pada Qaysh.

Tengku Dayren hanya mengusap lembut bahu Antasya sebelum menarik isterinya itu menjauh. Urusan keluarga orang tak perlu mereka ambil tahu.

"Inilah cucu pembawa malang. Aku taknak dia Piah, aku taknak budak pembawa malang ni ada dalam rumah aku! Aku taknak dia!". Kepala Qaysh ditolak-tolak menggunakan jari tangan. Si kecil itu mula tersebik-sebik menahan tangis.

Sakit rasanya.

"Aku pun taknak dia. Pembawa malang!". Bahu Qaysh ditolak kasar. Jatuh budak itu apabila ditolak nenek-neneknya. Terus mengalir air mata. Suara Qaysh mula kuat menghentam suasana.

Kuat dan nyaring.

Antasya yang mendengar tangisan halus itu pantas menoleh. Sebak hatinya saat melihat tubuh kecil itu sudah terduduk di atas lantai. Sekeliling dilihat. Tiada orang. Nasib sahaja.

Ya Allah!

"Qaysh". Tangan Tengku Dayren yang ada dibahunya ditepis. Dia melangkah laju ke arah Qaysh. Ditarik tubuh kecil itu bangun dari terus terduduk. Pelukan hangat diberikan. Dia tak sanggup.

"Shuu, Acik Zara ada. Shuu sayang". Kepala Qaysh tenggelam di dalam pelukan Antasya. Tangan melilit pinggang Antasya, dia menangis. Dia takut.

"Kenapa makcik buat cucu makcik macam ni?". Tengku Dayren memandang kesal kedua wanita separuh usia dihadapannya itu. Qaysh masih kecil, perlukan dilayan sebegitu sekali?

"Pembawa malang ni bukan cucu aku! Dia tu cucu si pembawa malang ni!".

"Makcik, Qaysh kecil lagi. Janganlah cakap dia macam itu". Antasya meninggikan suara. Tidak puas hati Qaysh dipanggil pembawa malang. Tiada yang membawa malang!

"Ah! Aku tak kira! Dia memang pembawa malang! Korang kalau taknak kena sial dia ni baik korang lepaskan budak ni! Biar dia duduk dekat rumah anak yatim sana! Dasar anak yatim piatu!'. Antasya ingin membalas. Namun dihalang Tengku Dayren.

"Baiklah kalau makcik cakap macam itu. Saya hantar Qaysh terus ke rumah anak yatim".

"Bagus! Bawa dia berambus dari hidup aku! Pembawa malang!".

Antasya mendukung si kecil itu menjauh dari nenek-neneknya. Seorang pun tidak mengejar langkah mereka. Ya Tuhan sadis sungguh.

"Acik Zara, Acik Dayren, anak yatim piatu tu apa?". Antasya menggigit bibir. Pandangan dikalih kepada Tengku Dayren yang juga sama memandang ke arahnya.

Sudah.

"Tak ada apa. Qaysh tak perlu fikir okay? Nanti Acik bawa Qaysh pergi tempat yang ramai kawan". Tengku Dayren menggunakan jawapan selamat.

Mereka berdua berjalan menuju ke arah kereta. Puan Sri Wardah dan Nawarrah yang ada di dalam kereta sudah berkerut dahi memandang Tengku Dayren dan Antasya silih berganti sebelum mata tertacap pada budak kecil yang didukung Antasya.

"Anak siapa ni?". Pertanyaan Nawarrah diabaikan. Budak perempuan ini memang patut diabaikan. Layak! Sumpah layak!

"Nanti Dayren cerita, kita pergi Terapak Kasih dulu Pak Mat". Tengku Dayren naik di tempat sebelah pemandu. Qaysh diambil dari Antasya. Berpangkukan dia. Antasya menutup pintu kereta.

Perjalanan sunyi. Qaysh juga hanya diam bermain dengan jari Tengku Dayren sebelum beralih pada Antasya di tempat duduk belakang. Tidur menjemput si kecil itu saat Antasya menepuk belakang badan Qaysh.

"Anak siapa ni Antasya? Elok sungguh". Puan Sri Wardah mencuit perlahan pipi gebu Qaysh. Suka sungguh dia melihat wajah si kecil yang sedang lena di pangkuan menantunya.

"Tadi jumpa dia dekat kawasan kecemasan. Mak ayah Qaysh kemalangan maut. Tak ada orang jaga dia, Antasya jaga sekejab tadi. Masa nak balik tadi kami dah beri pada pewaris, tapi pewaris taknak. Dia kata Qaysh pembawa malang"

"Ya Allah, pembawa malang apanya budak sekecil ni. Kolotnya fikiran". Menggeleng kepala Puan Sri Wardah mendengar. Nawarrah yang ada hanya memasang telingga.

"Sebab itu Dayren ingat nak letak Qaysh di Terapak Kasih. Mummy tolong uruskan boleh?".

"Boleh, tiada masalah, Bonda kamu tu terima sahaja budak-budak macam Qaysh".

"Terima kasih Mummy".

"Sama-sama".

30 minit perjalanan, mereka sampai di Terapak Kasih. Hanya Puan Sri Wardah dan Nawarrah sahaja turun. Qaysh diserahkan kepada Nawarrah.

"Kitaorang balik dulu ye Mummy, Dayren rasa penatlah. Terima kasih tolong uruskan Qaysh". Tangan Puan Sri Wardah disalam dan dicium lembut.

"Elok-elok bawa kereta ya Pak Mat". Mereka berpamitan sebelum Pak Mat meneruskan perjalanan.

"Dayren nak singgah mana-mana?".

"Tak ada rasanya Pak Mat, sayang ada nak singgah mana-mana?". Antasya dibelakang dilihat.

"Tiada". Dingin. Tengku Dayren mengeluh perlahan. Dia tahu punca Antasya dingin dengannya seperti ini. Kepala ditoleh kembali memandang ke hadapan.

"Terus balik sahajalah Pak Mat".

"Baiklah". Kereta meluncur mengikut had laju membelah angin. Keadaan sunyi membuatkan Tengku Dayren lagi sekali menoleh ke belakang. Antasya sudah lena. Penat sangay jaga dia di hospital agaknya

Sebulan, bukan waktu yang pendek. Ulang alik dari sini ke rumah bukannya dekat. Semuanya memerlukan tenaga.

Tidurlah sayang.

1 jam juga masa diambil untuk pulang dari Terapak Kasih ke rumah mereka. Wajah Antasya ditepuk perlahan. Mengejutkan gadis itu dari lena.

"Sayang.. sayang bangun kita dah sampai rumah". Antasya mengangguk kepalanya. Dia keluar dari kereta berjalan masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Tengku Dayren.

Hatinya masih sakit.

"Sayang... Tunggulah hubby".

"Masuklah sendiri, tangan awak yang patah kan? Bukan kaki awak". Kedengaran kasar di telingga Tengku Dayren.

"Amboi, kasarnya sayang, hubby sakit ni tau, sampai hati cakap macam itu". Lembut sahaja Tengku Dayren menegur. Bukan apa, tidak mahu terlalu keras dengan Antasya. Tegur biasa tak salahkan?

Punggung dilabuhkan di atas sofa, namun mata masih menjeling manja ke arah Antasya yang duduk di kerusi lain.

"Sayang... Oh sayang"

"Apa"

"Sinilah duduk dengan hubby, tak rindu hubby ke?"

"Tak, sebulan dah saya menghadap awak. Nak rindu apanya"

"Tapi hubby rindu sayang, sinilah"

"Taknak"

"Sayang...". Diseru namun diabaikan. Tengku Dayren tersenyum nipis saat melihat Antasya sudah bangun dari duduknya mendekati dirinya.

Tubuh Antasya yang sudah berada satu sofa dengannya ditarik mendekat menggunakan tangan kanan memandangkan tangan kirinya masih sakit. Tangan mengelus lembut belakang kepala si isteri. Rambut Antasya dibelai perlahan.

Dia suka. Lembut dan beralun.

"Hubby minta maaf tinggikan suara dekat sayang tadi. Hubby terkejut tengok sayang tampar muka Nawarrah. Hubby tak tahu apa jadi, tapi kalau dia sakitkan hati sayang then she deserve it. Tapi kalau sayang saja-saja tampar sebab tak puas hati. Itu salah". Antasya memandang ke arah lain.

Terasa dengan apa yang dikatakan Tengku Dayren. Memang dia sahaja yang nampak jahat. Nawarrah paling baik kan?

"But I know my wife. Sayang takkan tampar dia saja-sajakan? Hubby percaya dia ada buat something yang buat sayang marah. Tapi hubby nak tegur, kalaupun dia ada buat sayang marah, jangan balas guna tangan, sayang cuba jangan layan dia terus. Okay?".

Antasya menjeling Tengku Dayren. Kepala disandarkan dibahu Tengku Dayren. Dia faham, kalau dia balas nampak sangat dia terasa dengan apa yang dilontarkan Nawarrah. Baik diam dan jangan melayan.

Sudah tahu siapa yang salah, buat apa nak buka mulut bukan?

"Faham"

"Bagus wife hubby ni". Hidung Antasya dicuit sedikit. Masam terus si isteri. Tidak suka diperlakukan seperti anak kecil. Dia bukan Qaysh!

"Saya bukan Qaysh lah hubby!".

"But you look like Qaysh to me sayang. To cute for me to handle. Pipi sayang sama dengan Qaysh, gebu. Hidung sayang, bibir sayang, semuanya sama. Cute and nice to touch. Macam mana hubby nak tahan diri".

"Banyak cara. Salah satunya. Don't touch me!". Antasya bangun dari duduknya yang tadi menyandar ke arah Tengku Dayren. Dia berlari anak menuju ke tingkat atas. Malas melayan perangai gatal tak bertempat Tengku Dayren.

Pakcik tua tu makin melayan makin menjadi. Lebih baik kita elak sebaik mungkin.

"Sayang, hubby tak boleh"

"Bolehkan!". Tengku Dayren mencebik bibir.

Ting!

Telefonnya berbunyi, tangan diseluk mencapai telefon yang ada di dalam poketnya. Mesej daripada Nawarrah dibaca.

Abang, kita jumpa malam ni sekejab boleh? Ada perkara yang Nawarrah nak beritahu - Nawarrah.

Tengku Dayren memandang ke arah anak tangga. Tiada Antasya, pandangan dihalakan ke arah telefon kembali.

Okay - Tengku Dayren

***

2088

Okay tak?

Hehe

Selamat membaca dan selamat malam semua. Maaf kalau ada yang tak kena.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro