𝓑𝓐𝓑 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Cukup ke ni?". Antasya berkata sendiri. Garam ditangan diletak sedikit-sedikit ke dalam lauk yang sedang mendidih. Berkerut dahinya cuba memikirkan jawapan dari soalannya sendiri. Aduhai, bab masak ni memang betul-betul dia lost. Sungguh!

Tapi lantaklah! Garam yang tersisa dituangkan tanpa ragu. Drastik! Antasya tersenyum puas. Kalau masin letak gula. Kan? Erkk betul ke?

Pasrah. Antasya mengacau lauk di depan mata. Bagi garam yang sudah dia letak tadi sebati dahulu. Seketika mengacau, Antasya mencapai sudu. Rasa. Hmmm. Agak... Sedap!

Antasya ketawa. Suka masakannya menjadi hari ini.

"Amboi, gembiranya dia, sampai ruang tamu hubby dengar ketawa, apa yang geli hati sangat tu". Antasya hanya tersenyum senang sambil mengacau masakannya.

Tangan Tengku Dayren yang memeluk pinggangnya dibiarkan. Suka diperlakukan begitu oleh Tengku Dayren. Sudah lama dia tak manis-manis dengan Tengku Dayren.

Al maklumlah. Orang tu sakit.

"Hubby, masakan saya jadi! Sedap!". Teruja.

"You sure sayang masakan sayang jadi? Bukan selalunya akan go to trash ke?". Terangkat kening Tengku Dayren. Bukan dia tak tahu, Antasya dengan dapur bukan boleh ngam sangat. Orang tu dah semangat masak. Alih-alih pasti akan masuk tong sampah juga dan selepas itu merajuk. Langsung tak makan satu hari.

Siapa orang tu? Antasya lah. Dia je yang tak boleh berkawan dengan dapur. Allergic agaknya. So this is weird. Seriously... Jadi?

Antasya mencebik bibir. Mula lah tu orang tua ni.

"Itu dulu, cuba hubby try". Sudu yang dia guna tadi dicapai. Kuah lauk dicendok sedikit menggunakan sudu, ditiup sebelum disuakan kepada Tengku Dayren.

Tengku Dayren menggigit bibir saat lauk yang dimasak Antasya selamat melalui tekaknya. Aduhai sayang. Maaf, tapi masin!

"Sayang... Tak rasa... Makanan ni masin sikit ke?". Berhati-hati Tengku Dayren memberi pandangan. Nanti ada pula yang tidur atas sofa nanti.

"Iya ke?". Antasya memandang lauk di dalam kuali. Okay jujurlah tadi dia rasa pun sebenarnya masin sikit. Tapi... Sikit je! Serius.

"Apa kata kita tunggu Mak Jah datang okay? Meh sayang ikut hubby duduk dekat ruang tamu". Senduk ditangan Antasya diambil dan diletakkan di tepi periuk. Api ditutup. Penutup periuk diambil dan diletakkan di atas periuk. Apron yang dikenakan Antasya juga Tengku Dayren buka sebelum menarik tangan Antasya ikut langkahnya keluar daripada kawasan dapur.

Pandailah Mak Jah sedapkan balik lauk tu.

"Saya baru nak masakkan untuk hubby". Muncung, Antasya melabuhkan punggung di atas sofa. Bersebelah dengan Tengku Dayren. Matanya tertacap pada televisyen yang dipasang Tengku Dayren.

Tadi macam dah acah-acah nak jadi isteri mithali. Alih-alih jadi begini pula. Hmmm. Iya rasa nak nangis. Kenapa tak jadi ....

"Takpa, sayang teman hubby tengok TV pun dah okay. Just stay with me. And I will be alright". Tangan naik melingkar di belakang leher Antasya. Menampung kepala gadis itu.

"Tapi saya tak pernah bagi hubby proper meal. Setiap kali saya masak mesti tak jadi". Antasya melentok malas dibahu Tengku Dayren. Mata langsung tidak lekang dari memandang skrin depan mata.

Nak nangis sebenarnya. Tapi entahlah dia tak sampai lagi. Tunggulah sekejab.

"It just a meal sayang. Kalau hubby tak makan makanan yang sayang masak sekalipun. At least kita makan benda yang sama kan? So just leave it. Asalkan ada sayang. Everything just nice, nothing less, your presence just complete everything". Ayat terakhir dibisikkan di telingga Antasya. Sebelum satu ciuman tipis dihadiahkan di tepi kepala Antasya.

Terus tersenyum awek sebelah. Okay ini betul-betul manis. Ayat dia Ya Allah semasin garam yang dia letak di dalam lauk tadi!

"Okay then, saya tak payah masaklah. Membazir". Antasya tersenggih memandang Tengku Dayren. Betul, sangat membazir setiap kali dia masak. Memang go to trash sungguh!

Tak pernah menjadi!

"Boleh je. Apa yang sayang suka. I agree. Hubby tak kisah". Rambut hitam Antasya diusap perlahan. Lembut. Penuh kasih. Sesekali, dia curi bau haruman rambut isteri dia itu.

Wangi. Terasa tenang saat dihidu. Semuanya yang berkaitan Antasya, semuanya indah belaka, tiada yang tidak indah.

"Hubby nak tengok cerita ni ke? Boleh saya tukar? Boringlah". Tengku Dayren yang sedang leka dengan haruman dari rambut Antasya tersentak saat wajah Antasya tiba-tiba memaling memandang ke arahnya. Mata mereka bertemu.

Keadaan sunyi menyapa. Hanya nafas masing-masing dan suara dari TV sahaja kedengaran memenuhi ruang. Janggal. Tapi entahlah terasa... Manis.

"Hu.. hubby?". Terangkat kening Tengku Dayren saat terdengar suara Antasya yang sedikit menggigil memanggilnya. Aik, dah takut ke tu?

"Hmm"

"Hubby tak rasa kita dekat sangat ke?".

"Nope, I wish I can break this space between us right now". Gemersik suara Tengku Dayren yang hanya mereka berdua dengar.

Terdiam. Antasya senyap. Bibir digigit. Dia ingin lari. Tapi pandangan mata Tengku Dayren melemahkan dia. Tubuhnya terasa kaku. Tidak tahu hendak kemana. Hati dan otak berbelah bahagi. Nak lari ataupun... Tinggal?

Dia lemas.

Lagi kejang tubuh Antasya saat terasa bibirnya diusap oleh tangan jari-jemari Tengku Dayren. This felling. Oh god!

Tengku Dayren juga kalah. Waktu terasa terhenti. Pemandangan ini terasa cantik untuk dilepaskan

Those eyes. Look beautiful stare at mine.

Lost

Antasya menutup matanya saat terasa bibir sudah ditindih lembut oleh orang disana. Sunyi tapi damai. Gila! Perasaan ini sumpah gila!

Tenang Antasya. Bernafas macam biasa.

"Masih macam dulu". Antasya tersenyum nipis mendengar apa yang dikatakan Tengku Dayren. Mata masih ditutup tidak mahu bertentang mata dengan Tengku Dayren.

Haih. Dia kena acah malu.

Dahi mereka masih lagi bercantum. Nak menjauh. Tapi kepala Antasya ditekan lembut supaya tidak bergerak. Antasya pasrah. Nasib suami!

"Sayang, jangan berubah. Hubby tak sanggup lagi hilang Antasya yang ini. Antasya yang sayangkan hubby".

"I will".

"Promise?"

"Hmm, tapi hubby pun jangan mengalah, pertahankan saya kalau ada yang buatkan hubungan kita retak. Jangan sayang orang lain". Dalam. Terasa sehingga sampai ke ulu hati.

" I will".

Dan lagi sekali nafas Antasya dicuri Tengku Dayren. Berkongsi udara, melenggahkan masa. Terasa suasana bagai milik mereka berdua. Hanyut dan terus hanyut.

Lagi sekali mereka khayal dalam dunia ciptaan mereka.

Ting!

Terlepas. Tengku Dayren mahupun Antasya diam seketika sebelum Antasya menolak sedikit tangan Tengku Dayren di kepalanya. Sudah. Sampai sini sahaja.

Kepa dipusingkan memandang ke arah TV yang masih terpasang. Remote dicapai. Siaran ditukar mengikut cita rasanya.

Tom and jerry? Wujud lagi cerita ni? Nice. Layan jelah.

Tengku Dayren hanya tersenyum nipis melihat Antasya yang tersenggih-senggih melihat kartun yang sedang ditayangkan TV. Entah senggih kerana apa pun dia tidak tahu sebab apa.

Sebab tadi ataupun kartun tu?

Tengku Dayren menggeleng kepala. Teringat bunyi yang datang dari telefon bimbitnya tadi. Pantas tangan menyeluk poket mencari objek nipis itu.

Faris.

Tengku Dayren memandang Antasya. Pasti gadis itu sedang kyusuk dengan kartun. Tengku Dayren bangun, sempat satu ciuman dihadiahkan buat Antasya di kepala sebelum dia berlalu pergi sedikit jauh daripada Antasya.

Mesej Faris dibuka.

Budak tu dah balik. Benggang agaknya. Tapi dia keluar tadi dengan lelaki. Aku tak pasti siapa. Makanan yang kau pesan, dia dah bungkus - Faris.

Tengku Dayren tergelak nipis. Lelaki? Huh. Puas hati dapat mainkan budak seorang itu. Nak berjumpa? Maaflah, masa dia agak berharga dan Nawarrah langsung tak berharga.

Baguslah, terima kasih tolong aku - Tengku Dayren.

Aku suka tengok dia benggang macam tadi. Buatlah selalu. Mana tahu lepas ni dia reject terus kau dari list bakal suami dia - Faris.

Makin besar ketawa Tengku Dayren. Benci betul mamat ni.

Aku malas nak layan dia. Isteri aku tak suka. Nak jumpa. Ingat aku ada masa ke nak jumpa dia? Berdua, taktik lama - Tengku Dayren.

Sengaja dia kata nak berjumpa di hotel. Taktik lama, mesti Nawarrah guna. Letak pil tidur. Dia mamai, dan dipapah masuk ke dalam bilik hotel. Lepas tu? Tangkap gambar dan beri pada Antasya. Tak pun kena tangkap basah.

Cliche.

Budak, biasalah - Faris

Bluerk!

Terhenti tangan Tengku Dayren dari menaip. Dia berpaling. Terkejut dia melihat Antasya sedang menepuk dada. Di atas meja sudah ada muntah. Pantas kaki melangkah mendekati Antasya.

Baru dia perasan. Antasya... Muntah darah! Ya Allah!

"Ya Allah sayang, kenapa ni?". Belakang badan Antasya diusap perlahan. Pasti perit.

"Hubby... Sakit..".

***

1275

Happy reading semua!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro