𝓑𝓐𝓑 49

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Antasya diam, bersila di atas sofa sambil mata memerhatikan Tengku Dayren yang sedang membelakanginya. Lihat dari tingkah, lelaki itu kelihatan marah.

Kenapa? Sebab dia ke?

Saat Tengku Dayren menoleh memandangnya, pantas sahaja Antasya memandang ke arah TV yang terbuka. Bibir digigit. Aduh. Kantoi sudah.

"Sayang, sakit lagi tekak?". Suara lembut Tengku Dayren yang menyapa telingga membuatkan Antasya melepaskan nafas lega.

Biasa-biasa.

Antasya menggeleng kepalanya pantas sebelum menoleh mamandang Tengku Dayren yang sudah berlabuh punggung di sebelah. Kebetulan, lelaki itu juga memandang ke arahnya.

Ahak. Jodoh!

"Kalau sakit beritahu". Kepala Antasya diusap perlahan. Masih risau dengan keadaan Antasya setelah kejadian tadi. Nasib baik tiada apa. Doktor juga ada dia panggil sebentar tadi. Semuanya baik-baik sahaja.

Syukurlah.

"Hubby"

"Iya sayang?" Kepala menoleh memandang Antasya yang memanggilnya.

"Hubby okay? Kalau hubby risau pasal benda tadi. Saya dah okay. Betul-betul. Tak tipu". Wajah Tengku Dayren ditekup dengan kedua belah tangannya. Serius wajahnya memberi tahu Tengku Dayren kalau dirinya baik-baik sahaja.

Nak Tengku Dayren yang tadi. Yang manis tadi. Yang terlebih gula tadi.

Rindu.

"Mana ada, hubby biasa je". Nipis senyumannya diukir supaya Antasya tahu dia baik-baik sahaja. Perkara dia, Antasya tidak perlu sama sakit kepala memikirkannya.

Antasya memasang muka pelik.

"Awak tu baru keluar dari hospital tau".

"Sayang pun baru je sakit tadi. Dan doktor kata sayang kena rehat kan? Kenapa tak rehat lagi ni? Sini". Kepala Amtasya ditarik jatuh ke bahunya. Tepi kepala Antasya diusap lembut sambil mata memandang TV yang sedang terbuka.

"Hubby!". Tangan Tengku Dayren ditepuk sebelum kepala diangkat dari bahu suaminya. Rimas diperlakukan bagai anak kecil. Umur dah lanjut kot.

"Kenapa sayang?".

"Jangan layan saya macam saya budak kecik. Saya dah dewasa tau hubby". Serius. Tangan Tengku Dayren yang masih mengusap tepi kepalanya ditepuk lagi dan lagi.

Tengku Dayren hanya tersenyum. Kepala Antasya dipaksa tarik mendekat dengan bibirnya sebelum satu ciuman singkat berlabuh di tepi kepala Antasya.

Makin mengamuk perempuan seorang tu. Makin dia suka.

"You!"

"Maafkan Umi sayang, Umi... Umi salah tak jaga sayang... Maafkan Umi".

Automatik Antasya mahupun Tengku Dayren memandang ke arah TV yang terbuka dan sedang menyiarkan sebuah drama. Wanita di dalam TV tersebut nampak sedih dan menyalahkan diri. Dalam dakapannya ada sehelai baju kecil.

Hening.

Antasya faham. Dia faham perasaan itu. Perasaan seorang ibu yang kehilangan anak. Perasaan yang terasa perit dan sukar untuk diluahkan. Perasaan yang bukan semua perempuan boleh rasa

Peritnya perasaan itu.

Sakitnya perasaan itu.

Sukarnya diri untuk terima kenyataan.

Dia faham.

Terlalu faham.

Suasana sunyi. Ruang tamu terasa dilanda sumpahan. Tiada lagi gurauan manja antara Antasya dan Tengku Dayren. Yang tinggal hanya rayuan sedih seorang wanita bergelar ibu di dalam kaca TV.

Sepi lagi

Dan lagi

Tengku Dayren memandang Antasya sebelum mencapai tangan Antasya. Digenggam dan diusap perlahan. Lembut sahaja dia cuba memujuk si isteri. Bibir dikunci. Tidak mahu memburukkan suasana.

Masih tiada reaksi. Antasya masih sama memandang kaca TV. Dapat Tengku Dayren lihat mata Antasya semakin berair.

Air mata.

"Saya nak pergi tandas sekejap hubby". Senyuman nipis diberi kepada Tengku Dayren sebelum tangan yang ada di dalam genggaman si suami ditarik perlahan.

Antasya melarikan diri.

Tengku Dayren hanya melihat sahaja tubuh Antasya semakin menghilang dari pandangannya. Setelah yakin Antasya berada di dalam tandas. Dia pula bangun pergi ke tandas yang sama.

Telingga didekatkan dengan pintu bilik air. Keluhan dilepaskan perlahan. Antasya menangis lagi. Lagi? Iya lagi. Rindukan si kecil yang sudah pergi

Dia sendiri buntu nak buat apa lagi. Dia juga masih belum terima sepenuhnya kehilangan si kecil yang memang sudah lama dia tunggu. Tapi dia sedar. Dia perlu terima juga hakikat ini dan menunggu yang lebih baik lagi.

Dia percaya pada takdir.

Dia percaya pada Tuhan.

Dia percaya. Cukup percaya.

"Sayang..". Cuba dipanggil. Pintu bilik air diketuk.

"Hmm"

"Teman hubby makan"

Tiada jawapan. Beberapa minit sepi tanpa bicara. Pintu bilik air terbuka. Antasya keluar sambil kepala ditundukkan. Matanya sedikit merah. Hidung juga sama. Pasti Tengku Dayren dapat tahu kalau kepalanya diangkat

Tanpa kata pelukan diberikan Tengku Dayren kepada Antasya. Ditarik rapat tubuh si isteri dengan tubuhnya. Belakang badan Antasya diusap perlahan.

Lagi sepi menyapa. Kedua-duanya hanyut dalam pelukan. Tanpa kata, tiada bicara. Tapi jiwa terasa tenang sedikit. Antasya membalas pelukan Tengku Dayren.

Erat.

"Hubby kata nak makan tadikan?".

"Hmm, nantilah". Tengku Dayren membalas. Mereka senyap. Tangan masing-masing mengusap belakang. Sama-sama cuba bertenang dengan situasi yang menimpa mereka.

Ikhlaskan hati dengan kehilangan si kecil.

Maaf sayang...











***











"Kak Indah, kenapa akak nak jumpa Nawarrah malam-malam ni?". Nawarah melabuhkan punggung di atas beranda. Bersebelahan dengan Indah yang tiba-tiba sahaja mahu berjumpa dengannya.

Musykil?

Pastilah.

"Kau nak Dayren?". Nawarrah tersentak. Pudar senyumannya mendengar soalan daripada Indah. Perlahan kepala menoleh memandang Indah sebelum memandang ke hadapan kembali.

Memang berniat.

"Apa akak cakap ni?"

Nafi.

"Jujur dengan aku, kalau kau nak, aku boleh tolong". Indah memandang Nawarrah seketika sebelum memandang ke hadapan kembali.

"Bukan kak Antasya kawan baik kak Indah".

Dulu Indah memberi amaran bagai. Sekarang mahu mengkhianat pula? Sebab?

"Lepas apa dia buat dekat aku. Kau ingat aku nak sangat ke baik dengan dia?". Nawarrah menggigit bibir menahan diri daripada terlepas laku. Kalau Indah boleh tolong lagi mudah kerjanya.

Memang susah 'kerja' seorang.

"Tapi kak Antasya...?"

"Kau nak atau tak?".

"Kak Indah boleh tolong apa?". Nawarrah terus tukar topik. Dengan Indah tak boleh berlakon kesian sangat.

"Apa je yang boleh buat perempuan tu menderita. Apa sahaja". Indah memandang Nawarrah. Menyakinkan gadis itu kalau dia boleh buat apa sahaja untuk balas dendamnya kepada Antasya.

Janji terbalas.

"Betul ni akak nak tolong Nawarrah?". Kepastian. Anggukan Indah membuatkan Nawarrah tersenyum senang.

"Kalau macam tu. Esok Nawarrah bagi something dekat akak. Akak tolong letak dalam rumah abang Dayren dan Kak Antasya boleh?". Dan Indah hanya mengangguk kepalanya.

Beg tangannya dicapai, punggung diangkat dari tempat berlabuh tadi.

"Itu je sebab aku cari kau. Kalau kau nak apa-apa. Kau boleh cari aku. Esok kita jumpa". Indah melangkah pergi. Namun terhenti saat namanya dipanggil Nawarah. Tanpa membalikkan tubuh Indah menjawab.

"Hmm".

Nawarrah mendekati tempat berdirinya Indah sebelum wajah didekatkan dengan telingga Indah.

"Kalau akak menipu. Tahulah kita nak hantar apa dekat akak sebagai hadiah". Sinis sahaja nada suara Nawarah memberi peringatan. Tapi dia lupa. Indah lain.

Dan jelas. Indah bukan seperti Antasya.

Peringatan 'mesra' itu membuatkan Indah tersenyum sinis. Dia menoleh memandang Nawarrah yang sedang tersenyum memandang ke arahnya juga. Tepat mata mereka bersatu.

Tajam. Bertentang mata

"Kau tak percaya aku?". Perlahan. Indah memandang ke arah pintu rumah Puan Sri Wardah sebelum tangannya naik mencengkam leher Nawarah sedikit kuat sebelum mata kembali memandang Nawarrah.

Tegang. Suasana mula terasa lain

Nawarrah telan air liur. Senyuman sinis tadi sudah hilang. Indah memang lain daripada Antasya. Tidak lembut, tidak berdaya. Kuat dan menakutkan.

"Aku.. lagi jahat daripada kau Nawarrah. Lagi banyak benda jahat aku dah buat sebelum kau buat. Jangan anggap aku datang sini tawar diri nak tolong kau sebab aku nak jadi hamba kau. Aku datang sini tolong kau hanya sebab kasihan dan dendam aku sahaja".

Nawarrah diam.

"Jadi aku nak ingatkan kau. Kalau kau main gila dengan aku. Aku lagi tak segan silu nak main gila dengan kau, jangan ingat aku bodoh sangat. Faham? ". Senyuman sinis dihadiahkan kepada Nawarah sebelum leher gadis itu dicengkam sedikit kuat apabila tiada sahutan daripada Nawarrah.

"Faham ke tak?"

"Fa.. faham".

Indah melepaskan cengkaman di leher Nawarrah. Kepala Nawarrah diusap perlahan sambil tersenyum manis.

"Bagus, jumpa esok. Aunty! Indah balik dulu. Sorry ganggu malam-malam". Indah memandang Nawarrah untuk kali terakhir sebelum dia berlalu keluar daripada rumah agam milik Puan Sri Wardah.

Nawarrah yang masih di beranda hanya memerhati dari jauh kereta milik Indah berlalu pergi. Lehernya diusap perlahan. Masih terasa genggaman Indah di lehernya.

Kuat dan ketat.

"Nasib baik kau nak tolong aku!". Nawarah mendengus kasar sebelum dia masuk ke dalam rumah.

Biliknya dituju. Pintu dikunci. Kotak coklat yang terbuka di atas meja solek dicapai. Gambar Antasya yang sudah terkoyak dua dicampak masuk ke dalam tong sampah.

Perlahan senyuman sinis kembali menghias wajah.

Puas sudah hatinya 'menyeksa' Antasya secara halus tadi. Tak habis lagi malu yang dia dapat di hotel tadi. Malu. Sumpah dia malu. Dia pasti Antasya punca Tengku Dayren tidak hadirkan diri.

Kurang ajar.

Kotak tersebut ditolak masuk bawah katil sebelum pantulan dirinya dilihat di cermin solek.

"Tunggu kau. Aku seksa puas-puas".

***

1382

Terima kasih sudi baca semuanya. Maaf kalau ada yang terkasar, tak best lain-lain.

Minta maaf juga lambat update.

Selamat membaca!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro