𝓑𝓐𝓑 16

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Lampu terang membuatkan Antasya menutup mata beberapa kali sebelum membukanya. Keadaan sekeliling dilihat. Kosong. Tangan yang sedang dimasukkan air melalui jarum dilihat seketika. Sebelum menutup sedikit hidungnya. Bau yang dirasakan tidak terlalu menyenangkan. Tiba-tiba pintu terbuka dari luar.

"Adik dah bangun". Dyler mendekati adiknya. Sudah hampir berbelas jam adiknya tidak menyedarkan diri. Risau dia dan Tan sri Dilan apabila mendapat tahu Antasya pengsan dirumah. Apabila mereka sampai di hospital. Antasya sudah dicucuk jarum. Dimasukkan ke dalam wad

"Adik kenapa?". Antasya bertanya. Suara dibetulkan sedikit memandangkan suaranya agak tenggelam timbul. "Kenapa adik kena tahan dekat hospital?"

"Adik tak sihat sikit. Doktor nak buat rawatan lanjut. Esok mungkin adik boleh keluar". Rambut adiknya yang jatuh menutupi muka disangkutkan ditepi telingga. Diusap perlahan kepala itu.

"Kenapa abang nampak sedih. Ada berita sedih ke?". Wajah sedih Dyler membuatkan Antasya menangkap sesuatu yang tidak menyenangkan sudah terjadi.

Dyler diam. Tiba-tiba air matanya mengalir keluar. Dia sedih dengan berita yang baru sahaja dia terima. Berita yang sangat-sangat tidak menyenangkan untuk diberitahu kepada Antasya.

"Abang..."

"Walau apapun jadi abang akan cuba sedaya-upaya cari jalan sembuhkan adik. Adik jangan risau okay".

"Sembuhkan adik? Maksud abang?". Air mata Antasya pula bergenang menunggu masa untuk mengalir. Apa maksud Dyler sembuhkan dia? Kenapa dengan dia?

Dyler hanya menundukkan kepala. Tiada kekuatan untuk memberitahu Antasya.

"Abang jangan buat adik risau boleh tak! Bagitahulah tahu kenapa dengan adik!". Antasya memaksa Dyler untuk berbicara. Jangan buat dia tertanya-tanya seperti ini. Sengsara tahu tak!

"Adik..."

"Adik apa abang!"

"Adik ada barah otak tahap kedua". Selesai memberitahu kebenaran. Dyler berjalan keluar dari bilik wad adiknya. Dia tidak boleh melihat Antasya begitu. Dia juga lemah. Dia juga terkejut dengan berita yang baru sahaja diterima.

"Ahhhhh!". Jeritan Antasya membuatkan Dyler pantas berpatah kembali ke wad adiknya.

"Adik!". Bantal sudah melayang jauh dari katil. Selimut juga sudah tidak berada dikedudukannya. Dyler mendekati Antasya. Tangan gadis itu dipegang menggunakan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi menekan butang untuk memanggil nurse dihadapan.

"Adik jangan la macam ni!". Antasya cuba ditenangkan dahulu sambil menunggu kedatangan doktor.

"Adik taknak mati! Adik taknak mati!". Antasya meronta ganas. Dalam fikiranya hanya memikirkan yang dia akan mati. Air mata sudah mengalir deras dari matanya. Dia takut!

"Adik takkan mati!".

"Abang tipu!". Kali ini Dyler pula menjadi sasarannya. Tangan cuba dilepaskan untuk memukul Dyler.

Selang beberapa minit. Beberapa orang nurse dan doktor masuk ke dalam wad yang menempatkan Antasya. Dua orang nurse memegang tangan Antasya. Manakala lagi seorang bergegas keluar dari wad tersebut sebelum kembali bersama jarum suntikan. Atas arahan doktor. Antasya disuntik ubat penenang.

Antasya mula berasa lemah. Matanya terasa berat. Tubuhnya terasa letih. Tangan yang tadi mencari sasaran untuk memukul sudah longlai tidak berdaya. Beberapa minit kemudian. Antasya kembali tidur di atas katil.

Andarish sekadar mengeluh perlahan. Dugaan Antasya begitu berat baginya. Dia duduk di atas kerusi yang disediakan. Tangan adiknya digengam erat.

"Doktor. Ada cara ke untuk sembuhkan penyakit adik saya?".

"Pembedahan. Adik encik bernasib baik ketumbuhan yang ada pada otak adik encik tidak merebak pantas macam sesetengah pesakit. Kita perlu buat pembedahan untuk buang ketumbuhan yang ada sebelum merebak ke tempat lain". Terang Doktor yang bertugas untuk merawat Antasya. Nasib sahaja di Italy keluarga mereka ada hospital peribadi. Dan kebanyakkan doktor di hospital mereka adalah orang melayu

"Selain pembedahan?"

"Kemoterapi, tapi selalunya rawatan ini untuk pesakit yang dah capai tahap ketiga atau terakhir dan ini hanya untuk merawat bukan menyembuhkan, dan saya boleh kata rawatan itu sangat memenatkan".

Lagi sekali Dyler mengeluh perlahan. Kalau hendak diceritakan. Mana sahaja rawatan yang tidak sakit. Persoalannya. Mampu ataupun tidak untuk bertahan.

"Macam inilah Encik Dyler. Kita tunggu adik Encik sedar. Kita tanya dia nak buat rawatan mana satu. Apapun bukan kita yang sakit. Cik Antasya juga yang rasa sakitnya".

Dyler mengangguk. Dia juga fikir begitu. Kalaupun dia setuju untuk melakukan pembedahan. Tetap juga Antasya yang berasa sakit.

"Kalau macam itu saya keluar dulu". Bahu Dyler ditepuk beberapa kali sebelum keluar dari wad Antasya.

Dyler mengusap lembut kepala Antasya.

"Abang janji. Abang takkan biarkan adik abang sakit. Abang janji abang takkan tinggalkan adik. Tolong kuat untuk abang, untuk Tengku Dayren. Suami adik. Dia tengah tunggu adik".

Tan sri Dilan diluar juga kasihan melihat anaknya. Siapa sahaja tidak kasihan melihat anak sendiri sedang sakit parah begitu. Pilu hatinya saat dapat tahu Antasya menghidap penyakit barah otak.

"Daddy pun sama sayang. Daddy takkan tinggalkan Antasya".

Tolong kuat Antasya... Untuk Tengku Dayren... Untuk kami semua...
.
.
.
.
"Makan la sikit adik". Antasya menggeleng kepala. Tangan Dyler bersama sudu yang masih penuh dengan nasi ditolak. Dia sudah tidak larat.

Antasya sudah sedikit tenang apabila sedar tadi. Dia tidak mengamuk seperti sebelum ini.

"Daddy dah bincang dengan doktor yang rawat adik. Kalau adik setuju kita akan buat pembedahan dengan segera". Tan sri Dilan memberitahu. Kedua-dua lelaki tersebut menunggu jawapan daripada Antasya.

"Antasya nak balik Malaysia boleh?". Antasya memandang kedua-duanya. Sudah tiba rasanya untuk dia hentikan semua ini. Hentikan hubungan antara dia dan Tengku Dayren. Dia tidak mahu ada kaitan dengan sesiapa lagi.

"Tapi adikkan sakit. Siapa nak jaga adik dekat sana".

"Abang lupa ke, dekat sana pun adik ada keluarga la". Dia tersenyum lemah. Teringat dia pada si Ibu dan Papa. Kerap juga dia bertanya pada Andarish. Syukur mereka sihat selalu

"Abang risaulah adik nak lepaskan adik pergi sana. Macam mana kalau terjadi apa-apa. Kita jauh adik". Dyler memberi alasan.

"Takpalah nanti adik call abang, chat abang selalu. Abang jangan risau okay". Dan iya air matanya bergenang lagi. Namun sedaya-upaya ditahan.

"Janji dengan abang dekat sana buat rawatan susulan ikut masa okay. Nanti abang uruskan rawatan susulan untuk adik".

"Terima kasih abang"

"Sama-sama".

Mereka bertiga hanya diam. Suasana sepi menyelubungi. Antasya menarik Tan sri Dilan dan Dyler ke dalam pelukannya.

"Antasya janji. Antasya jaga diri. Antasya selalu call abang dengan Daddy, Daddy dengan abang janganlah macam ni. Antasya sedih la. Antasya akan lawan penyakit ni okay. Antasya nak Daddy dengan abang percaya dekat Antasya. Boleh?".

Keduanya-duanya mengangguk. Mereka juga sedih. Nak berpisah dengan keadaan Antasya begini amat sukar bagi mereka berdua. Tapi keputusan Antasya lebih penting.

"Daddy percaya dekat anak Daddy".

Antasya mengelap air matanya. Tidak mahu dia kelihatan lemah. Sejujurnya dia juga tidak tahu boleh lawan ataupun tidak penyakit ini. Dia hanya pasrah.

Dia juga lemah. Dia lemah dengan ujian yang baru menimpanya ini. Dia longlai dengan berita yang diterimanya ini. Tapi dia harus juga kuat. Untuk orang lain. Sekurang-kurangnya. Dia tidak terlalu ingat pasal kematian.

Antasya cuba Daddy....

.
.
.
.
"Zara?". Faris menegur gadis yang berada kaunter hadapan. Tempat khusus untuk PA Tengku Dayren. Dari belakang gadis itu sama seperti arwah isteri kawan baiknya itu. Tapi mustahil untuk arwah Zara hidup kembali.

"Iya saya. Encik ni....". Zara tersenyim sipu. Kenapa ramai sangat orang besar di Syarikat ini kenal dengannya. Setahunya ini kawan baik Tengku Dayren. Tuan Faris. Itupun dia tahu kerana Rania yang beritahu. Tapi tetap sahaja dia bertanya nama. Mana tahu salah orang.

Dia juga yang malu...

"Faris. Panggil saya Tuan Faris. Nama awak Zara?". Atas bawah dia lihat gadis dihadapannya itu. Sama seperti kembar sahaja gadis dihadapannya ini dengan arwah isterinya Tengku Dayren.

"Iya Tuan Faris. Bunga Zara". Malu-malu Zara menjawab. Adakah ini dikatakan rezeki? Rezeki dapat orang kaya

"Ouh. Okay. Kerja elok-elok". Ujar Faris sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat kawan baiknya. Meninggalkan Zara dengan senyuman tersipu malunya. Betullah itu bukan Zara Dahlia. Itu hanya Bunga Zara.

"Baik Tuan". Hilang tubuh Faris disebalik pintu tersebut Zara pantas sahaja mendekati Rania yang duduk agak jauh dari kaunternya.

"Rania. Kau tengok tu. Tuan Faris tegur aku". Dengan teruja dia bercerita. Bangga dengan dirinya yang dirasai digilai ramai. Lagi-lagi orang besar disyarikat ini

"Tuan Faris memang tegur semua pekerja dekat Syarikat ni la". Malas sahaja Rania berkata. Over confident betul si bunga seorang ini. Malas pula dia nak melayan. Dengan kerjanya yang melambak. Si bunga ini kata sahaja PA Tuan. Tapi satu kerja pun tak tahu nak buat. Lepastu tidak habis-habis bercerita yang dirinya 'digilai' ramai.

Manalah datang agaknya rasa perasan terlebih si bunga ini...

"Alah, kata jelah kau cemburu sebab Tuan Dayren dengan kawan dia suka dekat aku. Macam mana kalau diorang gaduh sebab aku?"

Lagi berkerut dahi Rania. Setahunya kedua-dua Tuan didalam itu sudah berpunya. Mana datangnya nak gaduh hanya disebabkan bunga yang tidak berapa bunga dihadapannya ini. Dia hanya menggeleng kepala. Kan dah cakap terlebih confident ni bahaya.

"Aku tak tahu la nak pilih yang mana satu Rania. Macam mana kalau diorang putus kawan sebab aku". Bahu Rania digoncangkan beberapa kali.

"Hisy! Boleh buat kerja kau tak!? Aku ada banyak kerja nak siapkan tahu tak?". Rania meninggikan suaranya. Rimas !

"Eleh. Dah cemburu tu cakap jelah". Zara berpatah kembali ke mejanya. Dia berangan dirinya sedang 'direbut' kedua-dua jejaka itu.

Dia tersenyum seorang diri. Tengku Dayren dan Faris yang melihat tingkah Zara dari dalam hanya memandang sesama sendiri.

"Muka je sama. Tapi perangai tak sama langsung macam Zara". Komen Faris. Dia tegur tadi sebab terkejut melihat orang yang sudah meninggal dunia berada dihadapannya.

Tetapi gadis ini tersalah tafsir pula. Melihat dari gaya dia bicara dengan Rania. Mereka tahu apa yang dibualkan.

"Memang bukan Zara pun". Tengku Dayren tergelak sedikit. CCTV yang tadi terpapar luas di komputernya ditutup. Semenjak gadis itu masuk berkerja. Banyak aduan yang diterima dari pekerja-pekerja disini.

Katanya gadis itu kata dia bakal jadi isteri CEO la. Itulah inilah. Namun Tengku Dayren diamkan sahaja. Malas ingin ambil tahu. Asalkan dia tahu dalam hatinya hanya ada Antasya Zara.

Hanya Antasya Zara...

"Ada dapat apa-apa berita pasal Antasya?". Zara yang diluar diabaikan. Antasya Zara isteri yang sah kepada Tengku Dayren lagi penting.

"Takda"

"Kau tak rasa ke adik ipar kau menipu kau? Yelah takkan dia tahu kakak dia sendiri pergi mana. Terang lagi bersuluh dia yang hantar kakak dia pergi airport". Faris memberi tahu kecurigaannya.

Kalau ikutkan mestilah lelaki itu tahu. Takkan Antasya pergi begitu sahaja ke luar negara.

"Aku tahu Andarish tahu dekat mana dia. Tapi aku nak Antasya datang sendiri dekat aku bila dia dah bersedia. Aku taknak paksa dia".

Bodohlah dia kalau percaya bulat-bulat kata Andarish yang tidak tahu dimana Antasya. Cuma dia tidak mahu memaksa. Biarlah Antasya datang kepadanya dengan rela hati.

"Takkan kau taknak cari Antasya. Tiga tahun dah Dayren. Dah terlalu lama isteri kau menghilang. Kau tak risau ke?" Takkan la tiada sikit pun rasa risau dalam hati Tengku Dayren pada Antasya.

"Risau. Suami mana yang tak risau isteri sendiri hilang bertahun-tahun. Tapi yang macam aku cakap. Aku beri dia ruang. Beri dia masa. Sampai masa aku percaya dia akan balik dekat aku".

Faris mengeluh. Keyakinan Tengku Dayren membuatkan dia terdiam. Macam mana kalau gadis itu muncul sekadar untuk menuntut janji. Menuntut janji yang dikatakan Tengku Dayren tiga tahun lepas.

Janji untuk melepaskan Antasya jika gadis itu sendiri yang minta untuk bercerai. Tidak menyesalkah lelaki itu nanti?

"Kalau dia minta cerai depan aku nanti. Aku takkan ceraikan dia". Seakan tahu kegusaran yang bersarang di hati Faris. Tengku Dayren berterus-terang.

"Tapi kau dah berjanji Dayren"

"Tak semestinya untuk ditepati".

Tengku Dayren menyandarkan dirinya di atas kerusi kerjanya. Ada janji yang perlu ditepati. Tapi ada juga janji yang harus memikirkan berkali-kali untuk ditepati.

Tidak semudah itu untuk dia melepaskan Antasya. Dia sudah sayang, cinta kepada isterinya sendiri. Untuk apa dia lepaskan orang yang dia sendiri sayang?

Walaupun ada yang kata kalau sayang kadang-kadang harus melepaskan. Dia takkan lepaskan Antasya walau apapun yang terjadi. Itu tekadnya.

"Ikut kau lah Dayren. Aku tolong doakan untuk kau sahaja. Aku pasti jodoh kau dengan Antasya masih panjang".

"Terima kasih Faris".

Melepaskan bukan mudah apatah lagi untuk berpisah. Ada yang mudah ada yang susah. Kalau cinta masih ada. Sayang masih cukup untuk berpisah dan melepaskan bukan salah satu cara yang akan terbit dalam hati. Tapi kalau cinta sudah pudar. Sayang sudah hilang. Berpisah dengan apa cara sekalipun takkan terkesan.

.
.
.
.
.
.
.
1960

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro