𝓑𝓐𝓑 36

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Assalamualaikum Opah". Antasya menghulurkan tangan ingin menyalami wanita tua dihadapannya itu. Senyuman manis diberikan kepada Opah Faridah setelah selesai bersalaman dengan wanita itu.

"Haih, cantik betul isteri kamu ni Dayren, tak lari wajahnya dengan arwah Zara, tapi kenapa isteri kamu ni kurus sangat Dayren? Kamu tak bagi dia makan ke?". Tubuh ramping Antasya ditilik dari atas ke bawah.

Kurus, kurus ni boleh beri dia cicit ke?

"Bagi Opah, takkanlah Dayren tak bagi, agak-agaklah Opah". Tengku Dayren mencebik bibir. Belum apa-apa sudah dia yang kena. Menyampah pula rasa.

Berisi salah, kurus salah, apa yang Opah nak sebenarnya? Confuse lah

"Kamu tu bukan boleh percaya sangat, kedekut tahap haji bakhil. Mana tahu kamu sekat makan Antasya ni". Opah Faridah menjeling cucunya. Tengku Dayren lah paling banyak keluar duit sebenarnya. Tapi lantaklah apa Opah kisah.

"Macam mana Opah tahu". Antasya menyokong, lengan Opah Faridah dipeluk erat. Bolehlah dia bahan Tengku Dayren lepasni.

Tengku Dayren selalu sekat makanan dia. Nak makan keropok tak boleh, nak makan makanan ais krim tak boleh, nak makan itu tak boleh, semua tak boleh. Nak jugak sumbat mulut dia dengan benda hijau tu.

Kalau sedap takpalah jugak. Ini pahit!

"Sayang, hubby tak pernah sekat makanan sayang". Fitnah betul. Dua-dua sama je. Suka fitnah orang.

"Opah lagi percayakan Antasya daripada kamu, dah Antasya, jom masuk biar dia seorang angkat beg tu". Tangan Antasya ditarik naik ke rumah meninggalkan Tengku Dayren seorang diri.

Tengku Dayren menjeling kedua wanita itu sebelum naik sama ke dalam rumah dengan beg baju mereka berdua. Tunggulah dia!

"Antasya dengan Dayren pergilah rehat dulu. Mesti penat kan jalan jauh. Bilik Opah dah suruh Nawarah kemaskan, Opah nak pergi dapur sekejab, nak sediakan makan petang". Antasya tersenyum manis kepada Opah Faridah.

Nasib baik Opah baik.

"Terima kasih Opah". Opah Faridah hanya tersenyum sahaja memandang Antasya. Sempat kepala gadis itu diusap perlahan. Pengganti Zara memang tiada cacat celanya.

Antasya menghantar langkah Opah Faridah dengan pandangan mata sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik yang dikatakan Opah Faridah.

Beg tangan diletakkan di meja kecil yang ada berbantalkan lengan Tengku Dayren, dia merebahkan badan disebelah suaminya yang sudah baring terlentang di atas katil. .

Penatlah tu, memandu daripada Kuala Lumpur ke Terengganu, dia yang jadi penumpang pun penat apatah lagi Tengku Dayren.

Penat apa? Mestilah tidur dan mengacau Tengku Dayren

"Hubby tak bagitahu pun hubby orang Terengganu. Slang hubby pun takda bunyi Terengganu pun". Antasya mengiring memandang Tengku Dayren. Tangannya memeluk tubuh suaminya.

"Hubby jarang balik sini dari kecil Mummy pun jarang cakap Terengganu dengan hubby, and Opah pun jarang guna slang, sebab itulah hubby tak guna sangat slang Terengganu".

Antasya mengangguk kepalanya. Dia ingatkan dari nenek ke cucu semuanya kaya. Rupanya nenek Tengku Dayren hanya biasa-biasa sahaja. Pangkat Tengku? Mungkin dapat dari belah ayah Tengku Dayren.

"Hubby...".

Tok... Tok... Tok

Antasya terhenti, terus dia bangun dari pembaringan apabila terdengar pintu diketuk daripada luar. Dia memandang Tengku Dayren sekilas sebelum bangun dan berjalan ke arah pintu bilik.

"Abang, ouh akak, ni towel Opah suruh beri". Seorang gadis muda memberikan towel kepada Antasya. Jelingan yang nyata dihadiahkan kepada Antasya sebelum dia berlalu pergi.

Berkerut dahi Antasya memandang gadis itu sebelum menutup pintu biliknya. Punggung dilabuhkan bersebelahan suaminya. Paha suaminya dipukul sedikit.

"Hubby, awak ada secret admirer ke dekat sini?".

"Mana ada".

"Siapa perempuan muda dekat luar tu?"

"Nawarah, cucu angkat Opah kot"

"Cucu angkat?". Antasya berpaling tubuh memandang Tengku Dayren.

"Iya sayang, anak angkat Pak Ngah, dia duduk sebelah rumah Opah je. Sayang nak tahu tak dulukan bila hubby balik sini, dia selalu beri hubby surat, hubby tak baca, hubby terus buang". Tengku Dayren ketawa. Entah kenapa agaknya beri dia surat bagai.

Tangkap cintun dengan dia agaknya.

"I see, patutlah". Antasya mencebik sedikit wajahnya. Secret admirer yang ditolak rupanya. Patutlah muka tidak sudah lihat dia yang buka pintu. Nak jumpa cik abang, sekali bukak, cik akak. Ahak!

Lantak kaulah!

"Kenapa sayang tanya?".

"Nothing, saja nak tahu je, suami saya ni kan helok, mana tahu ada orang suka diam-diam ke kan?". Beg baju dicapai, baik dia mandi dan tunjuk rajin. Dah ada musuh ni kena lain macam sikit perangai.

Mood attack je sekarang.

"Sayang nak pergi mana?".

"Bawa towel dengan baju, hubby rasa saya nak pergi mana? Mandilah cik abang oi! Takkan saya nak masak pula baju ni". Kepala digelengkan sedikit.

"Sayang tak takut ke mandi seorang?".

"Why?"

"Tandas Opah dekat luar tau, bukan dekat dalam". Senyuman sinis terbit di wajah Tengku Dayren. Dia juga bangun dari pembaringannya. Towel dicapai. "Jom mandi sekali"

"Takpalah hubby, sekarang ni siang, bukannya malam, kalau ada apa-apa saya jerit je. Insyaallah saya rasa Opah akan dengar jeritan merdu isteri awak ni". Tubuh Tengku Dayren ditolak sedikit.

Gedik lelaki seorang ni. Cakap macam dia tak pernah balik kampung. Hello! Saya anak jati Johor okay!

"Ala sayang, jomlah mandi sekali, jimat air Opah, hubby dah laparlah, nak tunggu sayang mandi, lepastu hubby mandi pulak. Kan lama tu, kita mandi sama-sama jimat masa dan air. Jom mandi". Tangan Antasya dicapai dan digenggan erat. Entah fakta mana dia guna tadi, dia sendiri tidak pasti.

Petik jelah.

***

"Ha kait lagi Dayren, selera bini kamu ni makan". Mendengar arahan daripada Opah membuatkan Dayren terhenti seketika. Isterinya dilihat, Selera? Mangga muda yang masam tu Antasya selera?

Petanda buruk ke baik ni?

"Sayang, jangan makan banyak sangat, sakit perut nanti". Nasihat diberikan, namun tangan masih mengait mangga muda yang sedang berbuah lebat di pokok.

Antasya hanya tersenggih sahaja. Dah sedap, dia telanlah. Bukan selalu pun. Dekat kampung je dapat makan macam ni.

"Biarlah isteri kamu ni makan Dayren. Sekali-sekala je. Sakit perut bawak pergi klinik. Kan Antasya?". Gadis itu menganggukkan kepalanya. Mangga muda yang sudah dipotong Opah Faridah diambil dan dicecah di dalam kicap pedas yang dibuat tadi.

Sedap!

"Makan Antasya, tak payah dengar cakap Dayren tu". Antasya tersenggih suka.

Tengku Dayren menggeleng kepala sahaja. Galah diletakkan di tempatnya kembali. Buah mangga muda yang dikait tadi dikutip, adalah 6 buah. Dia berjalan mendekati Opah Faridah Dan Antasya yang sedang duduk pangkin.

"Sayang, dah makan tu". Buah diletakkan di dalam besen yang ada disebelah Opahnya.

"Sedaplah hubby". Mencebik wajahnya apabila tangan dipukul Tengku Dayren. Dia nak makan je.

Salah ke?

"Kamu ni berisi ke Antasya? Bukan main lagi makan mangga muda ni. Opah makan satu pun punyalah masam, kamu makan macam keropok Opah tengok".

Berkerut dahi Antasya. Tangannya naik memegang perut kempisnya. "Taklah Opah, Antasya seorang je". Dia berisi? Entah dia sendiri tidak tahu.

"Dayren bawaklah isteri kamu ni pergi klinik, tengok apa yang patut. Mana tahu rezeki kamu berduakan? Ataupun kamu nak Opah panggil tukang urut? Urut isteri kamu ni?". Opah memberi cadangan. Tengku Dayren memandang isterinya.

Pergi klinik, dia tak kisah, tapi kalau tiada 'isi' takut nanti Antasya pula kecewa. Sudahlah isterinya itu memang betul-betul berharap.

"Opah panggil tukang urut jelah, nanti kalau ada masa Dayren bawa Antasya pergi klinik".

"Iyalah, nanti Opah panggil Mak Esah tu datang urut bini kamu ni. Makanlah mangga muda ni, suka betul Opah tengok bini kamu makan. Selera!". Antasya tersenggih. Mangga yang sudah digigit separuh dihulurkan kepada Tengku Dayren.

Tengku Dayren hanya menyambut sahaja suapan isterinya. Seketika kemudian dia menyesal. Wajahnya berkerut menahan masam.

"Sayang tak masam ke?".

Antasya menggeleng kepalanya. Mangga muda yang sudah dipotong diambil lagi dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Berisi ataupun tidak, ditolak tepi.

Mangga ini memang betul-betul membuka seleranya. Antasya tersenggih suka. Memang menyelerakan!

Tengku Dayren yang melihat tersenyum nipis. Entah mahu percaya ataupun tidak dia sendiri tidak pasti. Mahu percaya takut kecewa pula nanti. Antasya tahu sahajalah, emosi kurang stabil sikit isterinya kalau berkata tentang anak.

Takpalah dia berserah sahaja.

***

1258

Happy reading semua. Kalau ada masa sis update lagi okay. :)

Maaf kalau hambar

Love : syai

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro