7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

A/N: Update kedua 💞🔫

----
Aku cekik leher Jungkook dengan kuat. Segala perasaan sedih, kecewa dan terseksa dilepaskan melalui tindakan aku ini.

Mata aku tertutup rapat. Aku tak sanggup untuk melihat wajah Jungkook yang terseksa.

Maafkan aku Jeon Jungkook. Kau paksa aku lakukan semua ini. Aku dah tunaikan permintaan kau sekarang.

---
Di dapur, suasana menjadi suram. Hanya bunyi nafas yang tersekat-sekat mencari udara kedengaran di ruang dapur itu.

Hae Yoon menangis dengan matanya yang masih tertutup. Jarinya yang mencekik leher Jungkook segera dilepaskan.

Baginya, dia tak sanggup ingin melukakan lelaki yang sangat dicintainya itu.

Kelopak matanya dibuka penuh berhati-hati. Wajah Jungkook yang lemah menghiasi pandangan mata. Jungkook tersenyum lemah lalu lelaki itu menghadiahkan Hae Yoon ciuman di pipi.

Badannya melurut jatuh dari pelukan Hae Yoon.

Jungkook jatuh dan terus tidak sedarkan diri.

"Jungkook, b-bangun. Maafkan saya!"raung Hae Yoon. Dia menangis teresak-esak memeluk tubuh Jungkook yang sudah kaku.

---
Aku mengelus pipi Jungkook yang terbaring di atas katil. Kelopak matanya masih tertutup rapat.

Aku seka air mata yang semakin ligat membasahi pipi. Doktor yang sudah siap memeriksa Jungkook bangun menuju ke arah aku.

"Encik Jeon Jungkook masih sempat diselamatkan. Dia perlukan rehat yang cukup dan pastikan suami awak makan ubat ikut waktu yang ditetapkan ya?"ujar doktor peribadi keluarga Jeon itu.

Aku mengangguk tanda faham. Aku menghantar pemergian doktor itu sebelum masuk semula ke bilik tidur kami.

Aku merebahkan diri di sisi Jungkook. Kepala aku sandarkan di dada bidangnya. Sekali lagi, aku tak dapat menahan diri daripada menangis hiba.

---
Jungkook tersedar apabila dia merasakan ada seseorang sedang tidur di dadanya. Dia bangkit dari pembaringan tanpa bergerak terlalu banyak.

Jungkook bersandar di katil. Jarinya bermain-main dengan rambut panjang Hae Yoon.

Lehernya masih sakit dengan cengkaman jari Hae Yoon. Dia mengusap lembut kesan yang terbentuk di lehernya.

"Baru aku tahu perasaan kau apabila aku cekik kau dulu. Aku terseksa..fizikal dan mental."bisik Jungkook dalam hati.

Dia merenung frame gambar yang tergantung di dinding. Bibirnya mengumam sesuatu yang kurang jelas.

Jungkook memandang Hae Yoon lama. Jarinya bermain-main dengan bibir munggil Hae Yoon.

"Aku akan jarakkan diri dari kau selepas ini Hae Yoon. Aku akan cuba sibukkan diri. Aku taknak sakitkan kau teruk-teruk dah. Kau dah banyak berkorban untuk aku."

Dengan langkah perit, dia melangkah terhuyung-hayang ke bilik pejabatnya.

Jungkook duduk tersandar di kerusi pejabat. Mulutnya menyebut nama Hae Yoon berulang kali sebelum dia mula terlelap di kerusi itu semula.

---
Aku bangun dari tidur. Haba badan Jungkook masih terasa. Namun, jasadnya sudah tiada di atas katil. Dia dah bangun ke?

Mata aku meliar memandang sekeliling. Tiada langsung kelibat Jungkook.

Aku bangun dan segera menuju ke luar bilik.

Tombol pintu aku pulas untuk membukanya. Aku terundur ke belakang dengan mengejut. Jungkook berdiri di hadapan pintu dengan wajah yang dingin.

Dia masuk tanpa bercakap apa-apa.

"J-jungkook, dah rasa okay ke?"soalku dengan iringan rasa takut.

Dia capai tuala dan melangkah ke bilik air. Aku berlari menghampirinya dan menahan lengan Jungkook daripada masuk ke bilik air terlebih dahulu.

"Maafkan saya untuk h-hal tu. Saya tak sangka awak boleh tak sedarkan diri terus. Maafkan Yoon."pinta aku.

Aku cuba untuk cium pipinya. Jungkook mengelak dan menolak badan aku menjauh darinya.

"Aku benci kau Yoon. Lepas ni, kau dah boleh hidup aman. Aku takkan ganggu kau Yoon."

Aku keliru. Jungkook ada sorok apa-apa dari pengetahuan aku?

Dia berjauh hati dengan aku ke?

"K-kenapa buat saya macam ni Kook? Saya nak bantu a-awak pulih."

Jungkook tidak senyum sinis seperti kebiasaan. Dia hanya memandang aku tanpa sebarang riak perasaan.

"Aku dah bosan dengan kau, Yoon. Kau stay je kat rumah. Jaga anak kita. Biar aku dengan dunia aku. Kau dengan dunia kau. Tolong faham."

Jungkook masuk ke dalam bilik air diikuti dengan bunyi hempasan pintu yang kasar.

Aku terduduk di atas katil. Aku ketap bibir untuk menahan tangis.

🍀
Jungkook ni ada je yang dia nak dera perasaan Hae Yoon.

P/S: Siri kedua Psycho Crush ni author tetapkan sehingga 15 bab aje. Kalau panjang sangat, takut bosan pula. 🙊

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro