8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

A/N: Author kurang sihat. Tapi, satu update dulu untuk malam ini.

Jaga kesihatan semua ❤

---
Hari berganti hari. Tanpa sedar, sudah beberapa bulan keadaan hubungan aku dengan Jungkook menjadi sangat dingin dan kekok. Jungkook dengan dunianya. Aku pula dengan dunia aku sendiri.

Aku tersangatlah rindukan Jungkook. Namun, dia langsung tidak hiraukan aku. Hanya dua atau tiga kali sahaja dalam seminggu dia masuk ke dalam bilik untuk bermain-main dengan Jungyoon.

Kalau tak ada Jungyoon, dia tak akan jejak kaki langsung di bilik.

Aku menyentuh perlahan cincin perkahwinan aku yang bertatahkan belian. Cincin pemberian Jungkook itu aku kucup.

Cukuplah setakat itu aku mampu lepaskan rindu yang tersimpan di hati.

Jungkook dah bosan dengan aku. Dia mesti dah tiada perasaan dengan aku.

Hati aku sakit. Sakit teramat sangat.

---
"Aku rindu kau , Yoon. Rindu sampai rasa nak menggila semula."ujar Jungkook seorang diri.

Badannya tersandar di hujung katil. Bilik tidur yang suram tanpa kehadiran Hae Yoon sedikit menambahkan perasaan rindunya kepada wanita itu.

Namun, demi kebaikan Hae Yoon dan Jungyoon, dia sanggup lakukan semua ni.

Jungkook mahu pulih. Dia ingin bahagiakan isteri dan anak sulung mereka itu.

Gambar Hae Yoon yang terselit di dompet miliknya ditenung lama. Jungkook angkat jarinya. Cincin pasangan yang dipakainya kelihatan bersinar-sinar.

Memori perkahwinan mereka terlayar di kotak ingatan Jungkook. Dia tersenyum sedih lantas dibawa jari tersebut untuk dikucupnya.

"A-aku kena kuat untuk kau Hae Yoon dan anak kita."

---
Panggilan telefon yang diterima Jungkook pada petang itu mungkin memberi perubahan terhadap hubungan dingin antara Jungkook dan Hae Yoon.

Jungkook segera bangun dari pembaringan. Butang baju yang terbuka dibutangkan semula. Matanya hanya memandang bilik tidur itu dengan pandangan yang lemah.

Jungkook mengurutkan kepala yang terasa berat. Permintaan rakan baiknya tidak mampu ditolak begitu sahaja.

Mahu ataupun tidak, dia terpaksa menerima permintaan rakan baiknya itu.

"B-baiklah, aku benarkan kau stay di banglo aku. Just for one week!"balas Jungkook dengan nada suara yang cuba ditenangkan.

Jika terlalu melayan perasaan, dah lama dia mengamuk.

Mengenangkan orang itu rakan baiknya sendiri,Jungkook mengambil keputusan untuk mengalah.

Lagipun rakan baiknya itu hanya menumpang di banglonya untuk seminggu.

"Aku kena tahan diri daripada mengamuk. Behave Kook!"keluh Jungkook.

----
Aku menarik selimut tebal yang membaluti badan. Awal pagi lagi ni. Jungyoon pun masih tidur lepas kenyang minum susu.

Jungkook pula dengan halnya. Aku dah yakin lepas ni dia dah tunggu masa nak ceraikan aku.

Aku kena redha kan?

Aku pejam mata rapat. Rambut panjang aku yang menutup separuh dari muka diselak lembut oleh seseorang.

Aku masih kaku berbaring di atas katil. Jari kasar itu mengelus lembut pipi aku dan jarinya terhenti di bibir aku lama.

Jungkook? T-tak. Semua ni mimpi je kan?

Beberapa saat kemudian, bibir aku bersentuhan dengan bibir seseorang. Rasa hangat. Rasa menggoda.

Aku kenal bibir ini milik siapa.

Namun, mata aku masih enggan membukanya. Aku rasa aku berhalusinasi.

Mana mungkin Jungkook nak layan aku sebaik ni lepas berbulan-bulan dia pinggirkan aku?

Aku biarkan sentuhan bibir itu di bibirku.

Setelah mengumpul kekuatan dan semangat, aku bertekad ingin buka mata. Aku harapkan mimpi ini benar.

Jungkook kembali semula padaku.

Lima minit aku tunggu. Aku buka mata dengan drastiknya.

Tiada langsung tubuh Jungkook di hadapanku.

Aku sentuh bibir yang terasa panas dan sedikit membengkak.

"A-aku mimpi atau Jungkook ada singgah tadi?" Soalku pada diri sendiri. Mimpi tadi dirasakan seperti benar-benar berlaku.

T-tak mungkin Jungkook curi-curi masuk untuk lepaskan rindu kan?

----
Jungkook membilas mukanya berulang kali. Ditenung mukanya di hadapan cermin.

Jungkook mengigit bibir menahan degupan jantung yang memainkan rentak tidak stabil.

Dia tarik nafas sebelum melepaskan penumbuk di cermin bilik mandi.

Cermin yang retak langsung tidak mengusik hatinya.

Jarinya mengelus bibirnya yang terasa hangat.

"Dah aku rindu. Ini sahaja yang a-aku boleh buat Yoon. Aku ..cintakan kau."

Jungkook, dah mabuk cinta kau ye.

🍀
Kalau ada apa-apa kesalahan or typo , komen aje. Nanti author betulkan.

Maaf jika tak balas komen. Wattpad suka buat hal :(

Next chapter ada throwback suasana perkahwinan Jungkook dan Hae Yoon.

Nak? Komen bebanyak. 💖💞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro