55
"Syafiq!". Rayyan bergegas masuk ke bilik Syafiq
Ada berita... Penting
"Hmm"
Dah kenapa gelabah semacam?
"Darin call aku tadi...."
"Ok"
Pastu, Darin call pun nak bagitahu aku?
Apa kena?
"Waisa... Punya kapal terbang terhempas".
"Apa!?"
Syafiq terbangun dari duduknya
Ya Allah...
"Kau jangan main-main la Rayyan!"
Bakal isteri aku tu
"Aku tak tipu Darin call aku tadi bagitahu benda ni"
"Ahhh penipu la kau!". Rayyan dipintu ditolak kasar sebelum dia berlari keluar dari pejabatnya
Waisa please jangan tinggalkan aku.....
Aku tak sempat rasa bahagia lagi dengan kau...
Lif ditekan berulang kali
Sampai sahaja di lobi syarikat pantas dia berlari ke parking kereta
Namun ditahan oleh seseorang
Wafiy?
"Waisa tak mati kan?"
"Kau dah tahu, aku datang sini nak bagitahu kau pasal benda tu". Wafiy memandang Syafiq
"Kau pun sama jelah!"
Apahal semua nak menipu aku ni!
Ingat lawak ke!?
"Aku tak tipu!, Adik aku dah takda"
Terhenti langkah Syafiq
"Dia betul-betul dah takda?"
Aku tak salah dengar
"Ya, kapal terbang dia nak balik malaysia... terhempas"
Syafiq kaku
Kenapa?
Lagi satu minggu je sayang...
Wafiy menepuk bahu Syafiq
"Aku harap kau move on dari adik aku, sorry"
Wafiy berlalu pergi dari situ meninggalkan Syafiq bersendirian
Semua perlukan masa untuk hadam berita ni
Aku pun perlukan masa
Rayyan memerhati dari jauh
Saat Syafiq ingin pergi, pantas dia mendapatkan Syafiq
"Kau nak pergi mana?"
Syafiq diam...
"Jangan buat kerja bodoh please"
Syafiq tersenyum paksa
"Tak aku tak buat kerja bodoh, aku perlukan masa je"
"Hati-hati"
"Hmm"
Syafiq berlalu pergi
Rayyan memandang Syafiq sebelum Syafiq hilang dari pandangannya
Dia juga ingin pulang melihat isterinya
40 minit kemudian dia sampai di rumah, kereta Darin sudah terparking di luar rumah
"Sayang..."
Tiada jawapan
Rayyan naik ke tingkat atas, bilik mereka dituju
"Sayang..."
"Abang...". Darin terus memeluk tubuh Rayyan
Menangis di dalam pelukan Rayyan
"Shuttt...". Pelukan Darin dibalas
"Waisa..."
"Iya abang tahu".
"Kenapa dia pergi awal sangat..."
Sanggup dia tinggalkan Darin
"Sebab, Allah sayang kan dia lebih".
Rayyan membelai lembut rambut Darin
"Darin nak Waisa..". Makin banyak air mata Darin keluar
Habis basah baju Rayyan dengan air matanya
"Sayang pandang abang..". Wajah Darin dipaksa memandangnya
Air mata isterinya dilap perlahan
"Sayang kesian dengan Waisa"
Darin mengangguk
"Waisa suka ke kalau sayang menangis macam ni"
Darin geleng
"Habis tu kenapa nangis, nanti Waisa sedih, abang pun sedih tengok sayang macam ni tau..". Air mata yang masih setia keluar dari tubir mata Darin dilap lagi
"Tapi Darin sayang Waisa!". Mukanya kembali disembab di dada Rayyan
Tak tahan, air mata ni taknak kerjasama
"Sayang orang dah pergi, tak elok menangis macam ni, kesian Waisa dengan baby kena tengok sayang nangis macam ni"
Darin diam masih dengan tangisan
Rayyan hanya membiarkan sahaja
Pelukan dieratkan, memberi kekuatan untuk Darin
"Kadang-kadang sayang, kita kena lepaskan apa yang kita suka bila tiba waktunya, dia bukan selamanya dengan kita"
Darin mengeratkan lagi pelukan, air matanya memang taknak berhenti
Susah sebab terlampau sayang
Waisa....
Aku lepaskan kau...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story
Hargai sangat ✨✨
From me -
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro