63

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Suami puan koma..."

"Tikaman di dada encik Rayyan terlalu dalam dan hampir mengenai jantung, pukulan dikepala encik Rayyan juga penyebab utama encik Rayyan koma, dan kami juga temui beberapa kesan lebam dibahagian badan encik Rayyan". Sambung doktor yang merawat Rayyan

Darin terduduk di kerusi yang ada

Ya Allah suami aku....

Air matanya mengalir

Puan sri Aisyah serta suaminya juga terkejut dengan kejadian yang baru sahaja mereka terima

Aryan pula menumbuk dinding hospital itu

Perasaan geram, marah, kasihan semua bercampur

"Anak dengan menantu saya doktor?".

"Encik Syafiq dengan puan Hannah ke?"

Puan sri Aisyah mengangguk

"Puan Hannah dalam keadaan kritikal kepala puan Hannah dipukul beberapa kali dengan benda keras dan tajam akibatkan darah beku, tapi kami sudah selesai pembedahan sekarang puan Hannah ok dan encik Syafiq pula hanya  pengsan akibat hentakan kuat di kepalanya dan masih dalam rawatan"

"Ya Allah pa, Syafiq, Hannah pa, Rayyan pa". Puan sri Aisyah juga terduduk disebelah menantunya

Anak-anak aku Ya Allah...

"Sabar ma". Tan sri Alfi cuba menenagkan isterinya

Hatinya juga parah risaukan anak-anak dan menantunya

Tapi dia perlu bersifat tenang sebagai ketua keluarga, baru keadaan terkawal

"Saya harap keluarga puan dan tuan bertabah, kalau tiada apa-apa persoalan lagi, saya pergi dulu"

Doktor itu mengundur diri, keadaan yang biasa dia lihat

"Terima kasih doktor".

Setelah doktor berlalu pergi, keluar lah Rayyan dari bilik pembedahan, katilnya disorong oleh 3 orang nurse

"Abang..". Darin ikut pergerakan katil itu

Tangan kaku itu dipengang erat

5 minit kemudian, katil Hannah dan Syafiq pula disorong keluar

Puan sri Aisyah dan Tan sri Alfi mengikut katil kedua-dua anak dan menantunya sehingga sampai di bilik wad yang sepatutnya

Darin dibiarkan bersama Rayyan, ingin beri masa kepada menantunya itu

Aryan hanya mampu memandang, kakinya terasa lemah untuk mengikut sama katil-katil itu, matanya juga ditutup tidak sanggup melihat keadaan abang-abangnya yang kaku ditolak di atas katil beroda itu

Dalam hatinya menyumpah seranah musuh mereka yang serang hendap

Tak guna!!

Tangannya lagi sekali menumbuk dinding hospital, sakit akibat tumbukan itu tidak sesakit hatinya sekarang

Akhirnya air matanya jatuh juga, tidak pernah dia lihat abang-abangnya selemah itu

Perlahan-lahan kakinya dibawa melangkah pergi ke bilik wad yang di diami Rayyan

Pintu dibuka, suara tangisan kakak iparnya memenuhi ruangan itu

Hatinya tersentuh

Dia hanya melihat dari jauh, taknak menganggu Darin, abangnya yang sudah berselirat dengan wayar ditubuh dipandang sayu

Maafkan aku abang... Aku lambat...

Air matanya diseka, pintu bilik ditutup, langkahnya pergi ke bilik Hannah dan Syafiq

Tangisan Puan sri Aisyah pula kedengaran

Tubuh Hannah juga penuh dengan wayar yang berselirat dengan wayar

Hanya Syafiq tidak berselirat dengan wayar, mungkin kerana cederanya tidak seberapa parah Rayyan dan Hannah

"Ibu...". Aryan menyapa ibunya

Tubuh separuh abad itu dipeluk erat, tapi tak pasti untuk ambil atau beri kekuatan

Dia juga lemah sekarang

"Macam mana boleh jadi macam ni Aryan?"

"Aryan pun tak tahu ibu".

Maaf ibu Aryan terpaksa berbohong

"Siapa yang sanggup pukul anak-anak kita pa!"

"Sabar ibu". Aryan mengeratkan lagi pelukan di tubuh ibunya

Lagi sekali tangisan Puan sri Aisyah berlagu di dalam bilik wad itu

Tan sri Alfi hanya boleh duduk memerhati, dia juga buntu dengan kejadian yang baru sahaja jadi sekarang

----------------------------
Tangan suaminya dilap perlahan, sudah hampir sebulan Rayyan terlantar di katil hospital itu, terbaring kaku sahaja

Dan hampir sebulan juga, Darin berulang-alik hospital dan rumah mertuanya, Puan sri Aisyah tidak benarkan dia duduk di rumah Rayyan berseorangan lagi-lagi bersama twins yang semakin membesar sekarang

"Abang cepat bangun please, twins tengah tunggu abang". Darin berbisik di telingga Rayyan

Sayang pun tunggu abang..

Dan ya air matanya mengalir lagi, namun cepat-cepat diseka apabila pintu wad dibuka seseorang

"Darin". Aryan dan Syafiq masuk sambil membawa makanan

Syafiq sudah keluar dari hospital setelah 2 minggu duduk di hospital

"Ya"

"Kitaorang bawakkan makanan, makan tau".

"Letak jelah dekat situ, nanti aku makan". Balas Darin

Tangannya masih lincah mengelap suaminya

Aryan mengeluh perlahan, dia memandang wanita dihadapannya itu

Ya wanita ni nampak terseksa sekarang, dulu dia anggun, cantik, sempurna sekarang anggun itu sudah bertukar wajahnya sembam, tubuhnya semakin kurus, penampilannya sudah tidak terjaga sekarang

Semua sudah berubah

"Jangan seksa diri kau untuk Rayyan".

Darin memandang Aryan

Maksud?

Seksa?

"Maksud kau?"

"Aku tahu kau terseksa sekarang sebab abang aku, but please fikirlah sikit pasal diri kau, pasal twins, kau tak kesian ke dekat diorang.....".

"Aku tak terseksa sebab suami aku"

"Habistu, kau tak makan, tak jaga diri kau, menangis sepanjang hari, apa semua tu, kau tengah happy ke...".

Darin terdiam, memang sekarang dia tiada masa untuk menjaga dirinya, malam dia akan jaga Rayyan dihospital, dan pagi akan dihabiskan masa dengan twins

"Apa aku nak cakap dengan abang aku nanti masa dia bangun dia tengok isteri dia macam ni.....?"

Darin lihat penampilannya

Teruk

"Tolonglah fikirkan pasal aku...". Rayu Aryan

Aku pun terseksa dekat sini

Darin memandang Aryan, kesian dengan adik iparnya, kain lap tadi diletakkan di atas katil suaminya

Makanan yang dibawa Aryan diambil

"Sorry"

Aryan memandang Darin lalu terus keluar dari situ, tak sanggup melihat keadaan kakak iparnya

Bang tolong lah bangun....

Ramai sakit sebab kau!

Syafiq mengikut langkah Aryan, dia juga nampak Darin terseksa

"Kau duduklah sini, aku tengok Hannah sekejab"

Aryan mengangguk

Syafiq pergi ke wad isterinya, pintu dibuka

"Hai".

Hannah memandang Syafiq

"Awak nak apa? Daripada haritu kacau saya". Hannah menyampah dengan kehadiran lelaki itu

Daripada haritu sibuk melawatnya

Syafiq buat endah tak endah sahaja, Hannah hilang ingatan akibat hentakan terlalu kuat dikepala dia tak ingat segalanya

Syafiq juga dia tidak kenal

"Aku datang sebab kau isteri aku"

"Siapa isteri awak? Saya bukan isteri awak". Laju sahaja Hannah menafikan

Tiba-tiba pintu dibuka, wajah mak serta ayah mertuanya menjadi santapan mata

"Eh Syafiq dah lama sampai?"

"Syafiq pun baru sampai mak". Tangan mertuanya disalam

"Mak, halau dia, rimaslah Hannah dengan dia ni!".

"Hannah apa cakap macam tu dengan suami Hannah". Tuan Farid menegur anak daranya

Dihalau pulak suami sendiri

"Hannah tak kahwin lagi lah ayah!". Bentak Hannah

Entah stranger mana tiba-tiba datang kata aku isteri dia

Syafiq dipandang tajam

Huh!!

"Hannah, Syafiq ni suami kamu sayang". Puan Maisarah menegur anaknya

"Hisy! Hannah kata belum kahwin, belum kahwin la mak!". Selimut ditarik kasar menutupi seluruh tubuhnya

Bencilah macam ni!!

Tuan Farid serta puan Maisarah menggeleng kepala melihat telatah anaknya

"Sabarlah Syafiq, dia tengah tak kenal kamu tu"

"Takpa mak, Syafiq faham". Syafiq tersenyum nipis

Dia memandang isterinya

Dia teringat apa yang terjadi sebelum kejadian mereka diserang

Flashback

"Kenapa kau tak balik je dengan dia?".

"Tuan Davian kata dia ada hal sikit, jadi dia tak dapat hantar saya balik"

"Tapi kalau tuan Syafiq sibuk, saya call grab je"

Hannah keluarkan telefonnya

"Ada ke aku suruh call grab?". Kemejanya diambil lalu dipakai

Pergerakan Hannah terhenti

"Tuan Syafiq saya nak cakap sikit boleh?".

Henfon disimpan kembali

Syafiq hanya diam

"Boleh tuan Syafiq layan saya macam suami lain layan isteri diaorang?". Syafiq memandang Hannah

"Maksud kau?"

"Saya tak mintak banyak, cuba tolong jangan dingin dengan saya". Hannah membalas pandangan Syafiq

"Kenapa kau tak sanggup nak hidup dengan aku dah?"

Awalnya give up

"Tak, saya sanggup hidup dengan tuan Syafiq cuba saya tak biasa dengan dingin tuan Syafiq dekat saya"

Syafiq hanya tersenyum sinis

"Then terima jelah dingin aku".

Dia berjalan keluar dari situ, namun ayat seterusnya dari Hannah membuatkan langkahnya terhenti

"Kalau tuan Syafiq tak boleh terima saya, saya rasa lebih baik kita berpisah, tuan Syafiq takkan terseksa kena hidup dengan saya"

"Fine kalau itu yang kau nak, Hannah Qayra binti Farid....."

Tiba-tiba ada seseorang memukul kepala Hannah dari belakang

"Hannah!"

"Syafiq!"

Lamunannya terganggu apabila Aryan menerjah masuk ke dalam wad Hannah memanggilnya

"Rayyan! Kritikal"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story

Hargai sangat ✨✨

From me-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro