66

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Aryan gurau jelah ibu!". Aryan ketawa kuat melihat wajah ibunya

Make up yang seakan-akan lebam ditepi bibir dilap. Memang niat sengaja mahu bergurau. Tidak sangka pula dipandang serius Puan sri Aisyah

Tiba-tiba telingga nya terasa perit

"Aduh! Ibu ampun ibu!". Tangannya cuba menarik tangan si ibu dari melekap di telingganya

Sakit woi. !!

Maafkan aku telingga!!!

"Bergurau lagi benda macam ni! Memang ini makan dia!". Balas Puan sri Aisyah, pulasan di telingga Aryan dikuatkan lagi

Kita punya risau sampai nak keluar jantung dia boleh main-main pulak pasal benda macam ni!

Bertuah punya teruna!

"Ala ibu Aryan gurau je". Muncung dikeluarkan, main peranan

Tak adil la macam ni!

"Tarik je lagi mama telingga budak ni, bila nak matang pun papa tak tahu la". Tan sri Alfi menyokong tindakan isterinya

Anak bujang seorang ini sampai bilalah nak hidup dengan gurauan sehingga benda kahwin juga dibawa bergurau

Tak pernah serius langsung kalau hal begini

"Papa defend la Aryan!" Makin panjang muncungnya

"Dah la papa nak tengok cucu papa, layan kamu ni buang masa papa je Aryan oi". Tan sri Alfi bangun dari duduknya

"Abang...". Simpati Rayyan pula dipinta

"Aku pun nak tengok anak aku, jom sayang". Tangan isterinya ditarik mengikutinya

Darin mengangkat ibu jari tanda bagus

Aryan maki mereka dalam hati

Kurang asam jawa betul!

"Hah nak minta tolong siapa pulak sekarang?". Puan sri Aisyah mengangkat-angkat kening

"Ala ibu". Tubuh ibunya dipeluk erat lalu pipi itu dicium bertalu-talu

Haih ibu kesayangan ni

"Disebabkan kamu nak bangkitkan hal ni, ibu perintahkan selama sebulan cari menantu untuk ibu, faham! Kalau tak ibu kahwin kan kamu dengan anak pakcik Samad sebelah rumah Wan tu, bersiap-sedia ok". Kepala anaknya dipukul lembut sebelum berlalu pergi

Aryan termanggu- manggu di situ

Sebulan?

Carikan menantu untuk ibu?

Kepalanya dipukul berulang kali, menyesal dengan gurauan sendiri

Buat hal la kau ni Aryan!!!

"Abang!! Tolong aku cari menantu untuk ibu!". Abangnya dicari, pantas langkahnya dibawa ke tingkat atas

Aku taknak kahwin dengan anak pakcik Samad sebelah rumah wan tu!!

--------------------------
"Tak payah nak paksa- paksa boleh tak? Saya kata taknak, taknak la!". Hannah menengking Syafiq

Lelaki dihadapannya ini setiap hari menganggunya, dulu dihospital setiap hari datang melawat katanya, sekarang di rumah pulak

Apa yang dia nak ni!?

Rimas la!

"Boleh tak kau ikut je aku balik, bukannya aku nak rogol kau pun". Syafiq berkata tenang, taknak bising-bising di rumah mertuanya

"Taknak! Tak faham ke!?". Hannah pusing ingin masuk ke dalam namun dirinya panic apabila terasa dirinya diangkat

"Duduk diam-diam kalau kau taknak aku berkasar". Amaran diberikan sebelum langkah menuju ke keretanya

Hannah mencebik, namun dia duduk diam, bukan sebab takut ye sebab taknak jatuh je, karang dua-dua jatuh macam nangka busuk

Buat malu je!

Sampai sahaja di kereta, pintu penumpang dibuka dan diletakkan Hannah disitu sebelum menutup pintu, Syafiq masuk ke bahagian memandu

Sebelum memulakan perjalanan Hannah yang sedang dengan wajah cemberut dan tangan disilangkan itu dipandang sekilas lalu mengeluh perlahan

Seatbelt yang sudah dipasang dibuka kembali, lalu seatbelt Hannah dicapai dan dipasangkan, keadaan mereka terlampau dekat sehingga Hannah terpaksa menahan nafasnya

Setelah memastikan seatbelt isterinya dipasang dengan betul dia memasang seatbelt nya kembali, pandangan tajam isterinya diabaikan

Lantaklah, aku taknak kau mati je nanti

Hannah dibawa ke kondo mewahnya di tengah-tengah bandar, sengaja dia beli rumah yang dekat dengan pejabat serta rumah ibu dan papa

"Jom, dah sampai".

Hannah keras disebelah, tidak mahu ikut Syafiq naik

"Kau nak aku angkat kau macam tadi ke?".

Hannah mendepakan tangan dengan wajah dinginnya, mengiyakan apa yang Syafiq cakap

Bukan aku yang minta dia yang tanya

Siapa salah sekarang?

Dia atau aku?

Syafiq mengeluh lagi sekali

Fine aku mengalah

Banyak betul aku mengeluh harini

Pintu penumpang dibuka, Hannah diangkat dari seat

Tak kenal tapi manja bukan main, nasib kau ni isteri aku!

"Tutup pintu". Arahnya

Hannah segera menutup pintu, lalu tanganya melingkar di leher Syafiq, seronok pula diangkat begini

"Tekan lif". Arahan Syafiq diikut

"Tingkat berapa?"

"15".

"Tingginya"

"Tekan jelah". Gesa Syafiq

Tangannya sudah lenguh mengangkat gadis ini, nasib tiada orang yang menaiki lif sekali, hanya mereka berdua

Tiba-tiba lif berhenti di tingkat 7, masuk seorang wanita yang mungkin sebaya dengan Puan sri Aisyah, Syafiq kebelakang sedikit memberi ruang

Hannah pula merapatkan mukanya dileher Syafiq

Malu!

"Prihatin betul suami anak ni ye". Wanita itu menegur dengan senyuman manis

Pasangan muda dihadapannya itu romantis baginya

"Ahah acik, tiba-tiba dia nak jadi sweet pulak harini". Hannah tersenyum lalu menepuk sedikit dada Syafiq, cukup membuatkan jelingan Syafiq memandangnya

"Baguslah macam tu, muda-muda sebelum ada anak ni kenalah sweet-sweet dah ada anak nanti terbatas semuanya"

Syafiq tersenyum

"Betul tu puan, tapi tulah memang dah ada perancangan nak anak awal, baru meriah sikit hidup, bertiga kan". Balas Syafiq

Pandangan mengejek diberikan Syafiq kepada Hannah

"Kalau dah mampu, dah puas bermanja, eloklah ada perancangan macam tu, dapatlah bermain dengan anak".

"Itulah tu puan"

Sampai di tingkat 13, wanita itu keluar selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Hannah dan Syafiq

Hannah diam memikirkan apa yang disebut Syafiq tadi

Anak?

Kalau betul lelaki ini suaminya, tak salah apa yang diminta lelaki ini

Tapi.... Aku.....

Bersedia ke?

"Turun". Syafiq menurunkan Hannah dihadapan pintu rumahnya, kunci didalam poket diambil

Buka sahaja rumah, Syafiq terus masuk dan baring di atas sofa panjang yang ada di ruang tamu

Hannah menutup pintu, Syafiq didekati

"Kalau kau nak tahu kita ni suami isteri atau tak, ada sijil kita kahwin dalam almari bilik aku". Ujar Syafiq, matanya ditutup tangan nya yang sakit dibiarkan

"Ok". Hannah terus masuk ke bilik lelaki itu dan mencari sijil itu

Memang betul ada sijil kahwin mereka, Hannah menyimpan kembali sijil itu ditempat asal

Betul la dihadapan itu suaminya

Suaminya yang sah

"Awak...."

"Dah percaya?"

Hannah terdiam

"Sorry tak percaya dekat awak". Wajah ditundukkan

"Hmmm"

"Husband sorry la....". Lengan suaminya dipicit lembut

"Hmmm"

Hannah menjeling Syafiq. Dingin la dia ni!

"Husband!"

"Ye, ye, aku maafkan dah pergi main jauh-jauh aku nak tidur"

Hannah tersengih memandang Syafiq sebelum, ingat senang aku nak main jauh-jauh

"Kau!". Syafiq bangun dari baringannya apabila terasa badannya digeletek

Hannah menjulurkan lidah, lalu ketawa

"Kau memang nak kena kan?". Tangan Hannah cuba ditangkap namun Hannah pantas melarikan diri

"Sini kau!"

"Taknak! Bluek!". Secara tak langsung mereka saling kejar-mengejar riuh rumah Syafiq harini

Permaisuri tuan rumah sudah balik....

------------------------
"Sayang...". Sejak mereka pulang dari rumah Puan sri Aisyah. Darin mengelak darinya

Darin terus bangun, kakinya melangkah ingin naik ke atas namun ditahan Rayyan

"Please dengar dulu apa abang nak cakap"

Darin diam, tidak memberi respon

"Abang tahu sayang terkejut but please jangan palau abang"

"You deserve it". Dingin dan mendatar

"Sayang, please..."

"Saya nak tengok kembar". Kakinya melangkah naik ke tingkat atas

Rayyan ditinggalkan seorang diri

"Sorry sayang". Rayyan tahu

Perang dingin Darin terhadapanya akan bermula
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story

Hargai sangat ✨✨

From me -

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro