75

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Penipu!". Bantal diruang tamu itu dicampak satu persatu kepada Davian. Baguslah tu kahwin dengan mafia. Kawan pun dengan mafia!

Yang paling best. Dua-dua menipu! Ya Allah kau sabar kan lah hati kecil aku ni!

"Sabar Darin! Dengar lah dulu apa aku nak cakap!". Ujar Davian tangannya sibuk menepis bantal yang datang kepadanya. Seperti peluru pula! Peluru lembut....

"Tak! Aku tak boleh sabar! Kenapa kena menipu! Kau tahukan aku siapa!". Hambur Darin. Apa susah sangat ke nak jujur sekarang ni!

"Kau jugak  yang kata. Kalau nak kawan dengan kau kena budak-budak baik-baik". Ujar Davian

"Iya ke?". Sejak bila pula aku buat syarat macam tu? Setahu aku takda... Pandangan sangsi diberikan. Dia modal nak tipu aku ke apa ni?

"Iyalah masa tu kau kan budak hot sekolah". Muka dia buatkan bosan. Memang Darin budak hot sekolah pun. Siapa sahaja tak kenal. Budak perempuan gangster ini. Lagi-lagi anak uncle Borhan. Haih tiada siapa berani kacau Darin dan Waisa

"Mana ada..". Muka tahan senyum.

"Eleh. Kau dah bantai mamat gangster dekat sekolah tu. Astu kau acah-acah ayu kan!". Tuduh Davian. Mamat paling gangster pun tunduk dengan dua manusia ni. Apatah lagi aku yang lemah lagi hina ni. Haih malu jika nak kenangkan kembali

"Alah mamat tu acah gangster je. Menyampah aku".

"Kau tak marah aku dah kan?". Dia duduk disebelah Darin

"Nasib baik kau ada point. Kalau tak dah lama aku bantai kau". Pandangan acah-acah gangster diberikan kepada Davian. Sampai hati ke aku nak bantai kawan aku seorang ni?

"Hehe sayang kau!". Sengihan diberikan. Nak peluk takut pada si suami mafia gelap tu pula. Haih keluarga ni memang menakutkan. Sungguh! Aku tak tipu!

Rayyan pula hanya memerhatikan sahaja dari tangga. Malas mahu masuk campur urusan isterinya. Biarlah janji mereka masih menjaga batas dan Darin tahu batas yang perlu dijaga. Selagi itu dia ok.

Kaki dibawa naik ke atas kembali. Niat hendak masuk ke biliknya namun kaki laju sahaja melangkah ke bilik twinsnya. Memang ada satu bilik khas untuk twins yang dibuat Rayyan. Bilik yang luas sesuai untuk twins bergerak ke sana-sini. Nak bersepah macam mana sekalipun dia tidak kisah

Setiap malam dia dan Darin akan bergilir-gilir tidur dengan twins. Ataupun dua-dua tidur dibilik twins. Dan kadang-kadang twins dibawa ke bilik mereka tidur bersama.

"Anak daddy". Twins sedang merangkak. Aktif betul budak-budak ni! Rayyan tidak risau kerana bilik itu memang dihias tanpa katil dan diubah suai sesuai dengan twins

Karpet yang digunakan untuk seluruh ruang itu jenis lembut. Jadi mereka tidak risau jika twins bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain. Takkan jatuh!

"Anak daddy aktif sangat ni kenapa!". Pipi Nash digomol berulang kali. Budak itu hanya tersengih sahaja. Suka betul dia digomol daddynya

Karl yang agak jauh dari mereka pantas merangkak ke arah daddynya lalu dia naik di atas riba Rayyan. Dia perlukan perhatian juga!

Rayyan pula sibuk dengan Nash. Karl diribanya dibiarkan sebentar. Karl sudah tercebik-cebik wajahnya. Menunggu masa untuk melepaskan sahaja

"Da.. da..". Penuh payah dia menyebut untuk mendapat perhatian Rayyan. Rayyan terus memandang anaknya

"Cakap lagi sekali sayang". Pintanya. Dia tak salah dengarkan? Nash sudah diletakkan di bawah

"Da.. da". Pelat

Rayyan tersenyum lebar. Anaknya memanggilnya! Terasa bahagia! Tersangat bahagia sebenarnya! Patutlah orang inginkan anak, begini rasanya bila anak memanggil mereka

"Yes sayang. Sebut lagi". Seronok!

"Da... Da!".

"Good job sayang daddy!". Wajah kecil tembam itu dicium bertalu-talu. Si abang sudah pandai menyebut si adik tidak tahu lagi. Dia tidak kisah pun sebenarnya

"Abang happy nampak". Darin menegur urusan dunianya dengan Davian sudah selesai. Yeay dapat makan free esok! Siapa belanja of course Davian si pesalah

"Mummy sini dengar Khar panggil abang". Isterinya ditarik duduk disampingnya. Kedua-dua mata memandang ke arah anak sulonhg mereka. Tidak tinggal juga Nash yang sudah berada di pangkuan mummynya

"Da... Da".

"See! Sayang". Dia teruja sebutlan berapa banyak kali sekali pun dia akan teruja!

"Tak adillah!". Darin pula cemburu

"Kenapa pulak". Rayyan pelik. Apa yang tidak adil?

"Mummy yang mengandungkan Khar kenapa dia panggil daddy dulu!?". Ujar Darin

Rayyan tahan gelak. Alahai isteri....

Namun tiba-tiba Nash memegang kedua belah wajah Darin seakan-akan tahu mummynya sedang bersedih

"Ma...ma"

Darin senyum. Perasaannya berbunga apabila anaknya memanggilnya. Ahhh! I'm melting!

"Aww you super duper sweet baby!". Tubuh anaknya dipeluk erat. Sambil bibirnya tersenyum bahagia

Nash tersenyum nampak gigi. Comel! Haih anak siapa ni!? Namun tiba-tiba Rayyan merampas Nash dari pelukan Darin lalu diletakkan agak jauh dari mereka. Karl juga dilakukan benda yang sama. Diletakkan kedua-duanya di tempat yang sama

"Abang... Kenapa letak twins jauh?". Darin ingin bangun hendak menggambil twins namun dihalang Rayyan

"No mummy, daddy punya sorang! Mummy boleh peluk daddy sorang je".

Darin mengeluh lemah. Dia dah start dah... Apa nak jadilah suami aku ni. Someone tolong jauhkan Rayyan Aiden dari Darin Wayra please....

"Lantak saya lah nak peluk siapa pun. Bukan jadi problem dekat awak pun". Lengannya yang dipengang Rayyan ditarik kasar. Anaknya yang sedang memandang mereka didekati

Malas mahu layan Rayyan...

"Eleh kalau daddy takda diorang ni pun tak keluar". Tubuh dibaringkan sambil tangan menongkat wajah mengiring memandang isteri dan twinsnya

Darin memberikan jelingan maut pada Rayyan. Namun sebentar sahaja jelingan itu sebelum dia juga turut berbaring di sebelah Rayyan

Anak-anaknya dibiarkan main. Budak tengah aktif nak dicium pun ditolaknya..

"Daddy.."

"Hmm". Mata memandang sekilas isterinya sebelum kembali memerhati twinsnya.

"Daddy tak terfikir ke nak cari isteri baru masa mummy tinggalkan daddy dulu?".

"Kenapa tanya?"

"Saja..".

"Pernah"

"Siapa?". Darin teruja! Wajahnya secara tidak langsung terukir senyuman sebelum senyumannya pudar

Sekejab kenapa aku perlu gembira? Suami aku nak kahwin lain kot!

"Alldys".

Darin memandang Rayyan bosan. Seriously aku?

"Habistu dulu bukan main halau-halau tu kenapa?"

"Abang takut"

"Takut?". Sekejab aku tak faham? Takut? Rayyan takut? Tapi... Kenapa?

Rayyan mengangguk "Abang takut terjatuh hati pada orang lain dasarkan abang tengah setia dengan sayang".

Ya dia hampir-hampir jatuh hati pada 'Alldys' gadis yang dia paling takut untuk dia berjumpa

"Kalau Alldys tu bukan sayang?"

"Dah jadi madu sayang kot". Jujur

"Tapi..."

"Dah la tu sayang. Yang penting sayang dah datang balik dalam hidup abang. Itu pun abang dah bersyukur". Tangan yang tadi menongkat kepala sudah pun selamat menjadi bantal Darin. Pinggang isterinya ditarik rapat dengan tubuhnya. Kepala dirapatkan ditelingga isterinya

"Allah takkan alihkan hati abang kalau sayang jodoh akhir hayat abang". Bisik Rayyan membuatkan Darin tersenyum dia mengubah posisi tidurnya menghadap Rayyan

"Doakan saya jadi bidadari awak sampai bila-bila boleh abang?"

"Always sayang". Mereka berbalas senyuman. Sebelum Darin terasa ada sesuatu yang memanjat dirinya lalu mendarat di tengah-tengah Rayyan dan Darin

Bertuah punya anak!

"Daddy baru nak manja-manja dengan mummy awak tau!". Pipi tembam Nash dicubit lembut. Geram!

Nash hanya ketawa sebelum membaringkan dirinya di lengan Rayyan. Selepas itu Karl juga mengikuti adiknya. Karl di sebelah Darin. Nash disebelah Rayyan

Darin hanya tersenyum lalu memeluk tubuh kecil itu. Kedua-duanya sekali. Pejam celik sudah 6 bulan pun usia twins. Majlis yang dirancang untuk dibuat di rumah Wan juga terbatal. Katanya tunggulah sehingga twins setahun

Darin dan Rayyan mengikut sahaja. Mereka tidak kisah sebenarnya. Lagipun majlis itu hanya adat

"Daddy I love you...".

Rayyan tersenyum. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Rayyan mengambil guna tangan kiri memandangkan tangan kanannya sudah menjadi bantal

"Hello"

"Hairah kemalangan?".

Darin melihat suaminya. Hairah? Sepupu suaminya?

"Yelah nanti Rayyan datang"

Panggilan dimatikan

"Kenapa abang?"

"Sepupu abang. Hairah kemalangan"

"Ouhh abang taknak jenguk dia?"

"Nantilah". Dia membaringkan kembali kepalanya

Darin diam. Malas mahu menganggu suaminya. Mungkin sedang perjalanan untuk ke alam mimpi. Yelah bukan selalu CEO ini berehat

Tapi kenapa dia rasa lain ye? Hairah... Ya nama itu buat dia rasa ada sesuatu bakal terjadi. Tapi apa dia?

.
.
.
.
.
.
.
.
If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story

Hargai sangat ✨✨

From me-

22:47 - percaya!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro