// Half-incompleted //

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tiba tiba ketukan pintu berbunyi dan Fang masuk ke dalam bilik dia.

"Kau okay Boboiboy?" tanya dia dan aku hanya mendiamkan diri.

Tak tahulah nak cakap okay ke tak sekarang ni. Aku lebih rasa macam...... tak tahu. Aku tak tahu aku okay ke tak.

"Boboiboy?" tanya dia lagi dan mengambil tempat duduk disebelah aku.

"Entah," balas aku pendek dan malas.

"Entah? Macam mana kau tak tahu kau okay ke tak?" tanya Fang.

"Tak tahu," balas aku.

"Boboiboy, kalau kau ada masalah, bagitahu aku. Kalau aku boleh tolong, aku akan tolong kau. Kita kawan kan?" aku melihat Fang yang senyum melihat aku.

Apa reaksi aku? Aku hanya diam. Muka aku takde ekspresi. Tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Rasa terharu? Rasa bahagia? Rasa sedih? Rasa marah? Aku sendiri dah lupa macam mana perasaan tu.

Aku cuma rasa... kosong. Hati aku.... kosong...

"Boboiboy... bagitahulah aku apa yang menganggu fikiran kau sekarang ni," Fang masih mengharapkan agar aku bagi respons yang positif. Walaupun macam tu, aku masih tak tahu nak respon apa.

"Aku okay. Jangan risaukan aku," itulah yang keluar dari mulut aku tapi.... kalau tengok ekspresi muka aku. Ia masih lagi kaku. Beku. Macam... tak boleh buat apa apa ekspresi lagi.

"Please tell me what's going on!" marah Fang.

"Hm? Kenapa kau nak marah ni?" tanya aku. Kali ni aku mula rasa... boleh buat ekspresi sikit. Ekspresi terkejut, ekspresi pelik.

"Kau lah! Dari tadi diam je! Pastu muka kau tu macam tak kena je! Kenapa?! Cuba bagitahu aku! Sampai hati kau! Kita kan kawan! Kenapa kau tak boleh bagitahu aku masalah kau!" kali ni... Fang mula menangis.

Aduh, budak ni dah kenapa nak nangis pulak kat sini. Aku tak sakitkan dia pun.

"Ehh... Fang... rilek lah... kenapa kau emotional sangat ni?" tanya aku dan cuba untuk memujuk dia.

"Sebab kau macam tak anggap aku ni kawan kau pun. Semua masalah kau, aku tak pernah tahu. Tapi aku selalu ceritakan kau masalah aku lagi lagi kalau aku rasa sunyi bila abang takde dengan aku. Kenapa masa kau dalam masalah, aku tak boleh tahu masalah kau?! Kau tak percayakan aku ke?!" Fang terus terusan menangis membuatkan aku tersedar yang aku ni memang tak pernah anggap dia sebagai kawan aku. Sekali pun tak pernah.

Aku cuma anggap Fang adalah rakan seperjuangan. Tak lebih dari tu. Tak pernah aku anggap dia kawan baik aku. Tak pernah aku anggap dia kawan aku.

"Aku takde masalah lah. Sebab tu lah aku tak--"

"Tipu! Kau ada masalah! Semua orang ada masalah! Cuma kau yang tak nak cerita dekat aku!" air mata dia menitis semakin laju.

"Aku okay! Ya, aku ada masalah tapi aku tak nak bagitahu kau! Aku tak nak kawan kawan aku nampak aku lemah! Aku nak jadi seorang yang kuat! Maafkan aku sebab tak selalu kongsi masalah aku dekat kau. Bukan kerana kau bukan kawan aku, aku cuma.... lebih selesa simpan masalah tu sendiri" air mata aku mula mengalir keluar. Sedih? Tak juga. Entah kenapa air mata ni keluar. Aku tak terkesan pun dengan apa yang aku cakap tadi. Semuanya tu tipu je. Hanya untuk mendiamkan budak yang menangis ni je.

"Kalau.... kau rasa kau tak selesa bercerita pasal masalah kau dekat sesiapa... aku boleh terima. Tapi yang aku tak boleh terima tu......" Fang mengambil bantal yang ada atas katil dia dan baling ke arah aku.

"Boleh tak muka kau tu buat ekspresi sikit?!" marah dia lagi.

Aku mengambil bantal tersebut dan baling balik bantal tu dekat dia dalam keadaan bantal tu aku dah tukar jadi ais menggunakan kuasa aku.

"Wargh!" Fang sempat elak bantal keras tu.

"Hahaha, rasakan! Nak main pillow fight sangat kan?!" kata aku dan bantal yang ada disebelah, aku baling ke arahnya.

"Jap jap! Abang panggil kau!" kata Fang membuatkan niat aku nak baling bantal kat dia buat kali ketiga, terhenti.

Aku pun berjalan keluar bilik dan....

BAM!

"Ha! Kena! Hahahahha!" satu bantal biru berstripe unggu yang dibaling oleh Fang mengena tepat kepala aku.

Budak ni kannn.....

Aku menoleh ke belakang dan mengambil bantal tersebut. Bersama dengan senyuman kejahatan, aku memulakan kembali pillow fight!

"Warghh! Kejap! Aku main main je!" jerit Fang apabila aku cuba untuk tekup muka dia dengan bantal. Eh, jadi jahat pulak aku ni.

"Boboiboy! Tak boleh..... bernafas!" kata dia dan aku masih lagi menekup muka dia. Well, who cares?

"Boboiboy!!!!" dia menjerit, meraung dan segala galanya. Tendang menendang pun dia cuba untuk melepaskan dirinya dari tekupan aku. Tapi diri aku macam bukan diri aku sendiri. Aku rasa..... benda ni buatkan hati aku gembira. Ruangan kosong di dalam hati yang aku rasa sebelum ni, mula terisi.

Aku rasa gembira sangat!

"Kau nak bunuh aku ke hah?!" jerit Fang dan aku tersedar. Tersedar daripada perbuatan aku. Bantal yang berada di tangan terus aku baling dengan jauh. Aku melihat Fang yang sudah hampir separuh mati disebabkan perbuatan aku tadi.

Kejam. Aku memang kejam. Tapi.... kalau dengan cara seperti tadi hati aku terisi, aku nak lakukan cara tadi lagi.

Kali ni mungkin... lebih berbaloi kalau buat dekat musuh.

"Uhuk uhuk!" aku melihat Fang. Ternyata apa yang aku lakukan tadi memberi kesan yang mendalam kepadanya.

"Kau okay?" tanya aku dengan nada bersahaja.

"Kenapa.... kau buat aku macam tu?!" Fang marah aku. Yelah, layak je lah aku kena marah. Aku hampir nak bunuh dia kot. Tapi..... best. Best sangat....

~~~~~~~~~~~~~~~
Hmmm.... cerita ni kelihatan membosankan ke? 😂author tulis semua ni tak ingat dunia, main tulis je~ jadi kalau rasa cerita ni membosankan, sila bagitahu. Kalau rasa cerita ni best pun, sila bagitahu😂🤣 okay bye~ vote jangan tinggal ye~💕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro