// Unexpected plan //

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selepas lebih kurang 15 minit berbincang tentang plan abang nak bunuh kapten, aku setuju dengan plannya.

"Senang kan kerja kau?" tanya abang sambil tersenyum sinis.

"Senang senang," balas aku semula dan secara tak sengaja, aku tersenyum sedikit.

"Happy nampak? Suka ye nak bunuh Kaizo?" tanya abang dan aku terdiam, cuba menyorok perasaan sendiri.

"Bagus adik abang ni! Ikut jejak langkah abang~" kata abang dan melihat aku dengan cerianya.

(Credit to owner👆🏻 seriously author jumpa kat google, author tak tahu siapa punya but ni anime Noragami )

"Abang memang membunuh ke? Apa sebab abang nak bunuh Kapten?" tanya aku.

"Sebab dia khianat Akademi kan?" kata abang tapi aku rasa itu bukan sebab yang utama abang nak bunuh kapten.

"Tak mungkin sebab tu je..." kata aku lagi.

"Sebab dia penyebab kematian mak ayah kita," kata abang.

"Tapi.. bukan ke abang kata yang Akademi tu memang—" ayat aku tergantung apabila abang memotong kata kata aku.

"Takkan abang nak marah depan Kaizo? Mestilah kena berlakon kan?~" kata abang dan dia mencubit pipi aku.

"Sebab tu je? Adik tak rasa itu je yang buat abang nak bunuh kapten," kata aku lagi sebab aku memang suspicious. Tak mungkin sebab ni je. Mesti ada sebab tersembunyi yang lain.

"Ha? Sebab lain? Hmm... mungkin... sebab abang nak adik dia~" kata kata abang membuatkan aku melihatnya dengan pandangan tajam.

"Apa maksud abang?" tanya aku, cuba untuk menahan emosi.

"Abang nak.... bunuh dia, hahaha! Adik ni, banyak tanya betul. Jangan sampai abang bunuh adik pulak. Korang semua ni memang buat aku menyampah je. Penat layan korang, tahu tak?" abang berlalu pergi dari situ.

"Jap. Adik ada misi baru~ buat tau, bye." kata abang sebelum abang meninggalkan aku berseorangan.

Kejap... misi baru? Abang... dah tahu aku ada misi lain?

Aku perlahan lahan berjalan keluar dari bilik dan memulakan misi baru aku. Sebenarnya misi lama sebab aku memang dah cadang nak bunuh kapten, tapi ia dikatakan misi baru sebab aku berkolaborasi dengan abang dalam plan ni.

Aku akan pastikan misi ni berjaya!

"Ala.. nak balik dah ke? Janganlah balik lagi, kaizo...." aku melihat abang yang sedang memujuk Kapten agar kapten tak balik lagi.

"Mana boleh Rief. Aku ada misi lah," balas kapten. Fang pula melihat kapten dengan perasaan sedih. Mungkin sedih nak tinggalkan abang angkat dia sebab misi?

"Ala kau ni! Kita baru je jumpa. Misi tu lain kali boleh buat," kata abang lagi, masih lagi merayu.

"Mana boleh buat lain kali. Sejak bila kau belajar misi boleh tangguh tangguh ni?" tanya Kapten.

"Alaaaaaa.... please lah Kaizo. Mana lagi penting? Misi ke aku?" tanya abang tiba tiba. Aku rasa macam nak gelak je. Of course lah kapten akan jawab 'misi'.

Kalau tanya kaizo, mana lagi penting, Fang atau misi? Rasanya dia jawab 'misi' jugak.

"Misi," balas kapten. See? Told ya!

"Apa ni kaizo? Kau tak sayang aku ke?" rayuan abang aku dengar bagaikan rayuan budak 5 tahun nak iphone X dekat mak dia. Rayuan yang pastinya takkan dapat.

"Tak," balas kapten membuatkan aku tergelak jahat.

"Okaylah~ aku tahu aku tak boleh pujuk kau, aku nak bagi sesuatu sebagai hadiah perpisahan," kata abang dan dia melihat aku, memberi isyarat supaya aku beri hadiah yang telah dibuat khas oleh aku dan abang untuk diberi kepada Kapten.

"Nah kapten," kata aku sambil menghulurkan satu kuntum bunga mawar berwarna merah hitam.

"Huh? Bunga?" kapten mengambil bunga tersebut dan melihatnya.

"Bunga ros? Warna merah hitam.... dan banyak duri? Nak buat apa dengan bunga ni?" tanya Kapten, pelik.

"Tu aroma terapi. Kau letak je dalam bilik kau and then bilik kau akan ada wangian bunga ros! Okay tak hadiah aku?" tanya abang.

"Hmmm.... entah," balas kapten. Sungguh keras hati kapten. Dia boleh buat tak kesah je hadiah yang abang bagi dekat dia? Ish ish ish...

"Tak hargai langsung. Dah lah. Blah dari sini. Buat semak kapal angkasa aku je," kata abang, akhirnya abang malas layan kapten yang memang jenis.. tak menghargai.

"Abang Rief.... hadiah untuk Fang? Takde?" tanya Fang tiba tiba. Aku dari tadi hanya memerhati pergerakan abang. Aku tak nak abang apa apakan Fang.

"Oh. Adik.... hmm... nah," abang memberikan satu kotak yang berwarna unggu dan berbentuk bulat.

"Apa ni?" tanya Fang sambil membelek belek kotak tersebut.

"Takde apa apa, cuma nak tarik perhatian adik je," kata abang dan dia menyerang Fang! Tak! Ni bukan dalam plan asal!

"Pang!" Kapten terus mendapatkan adiknya dan bunga ros tadi jatuh. Rupanya... bunga tu adalah gas tidur. Kalau bunga tu jatuh, gas tu akan teraktif dengan sendiri. Aku tak tahu pun semua ni.

Plan asal adalah untuk biarkan kapten mati dengan racun bunga ros tu. Bunga ros tu mempunyai racun yang boleh membunuh jika diletakkan di dalam bilik bersuhu 25 darjah celcius. Itulah plan asal aku dan abang... tapi.... abang belot aku...

Gas tu serta merta bertindak balas dan membuatkan kapten, fang... dan aku sendiri...... hilang kesedaran diri....

"Hahaha! Tidur lah semua~ semoga mimpi yang indah ye~" itu kata kata abang sebelum semuanya gelap...

~~~~~~~~~~~
I miss the good side of Arief😂 but, author suka juga tengok Arief ni jadi jahat. Lagi lagi bila dua dua adik beradik ni sebenarnya Yandere~

Hope korang enjoy~ Vote tau💞 bagi semangat kat author! Yosh! Thankieee💕😍 jap, on a scale from one to ten, how would you rate this story?😍 please comment!😆

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro