12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Senpai, I'm in Love | JJK

Bab 12

---

"Seperti terkena renjatan eletrik, aku terpaku dengan perubahan Jungkook."

-Park Hae Yoon

"Park Hae Yoon, s-saya nampak buruk sangat ke dengan imej baru ni?"

Aku segera menggelengkan kepala. Wajah Jungkook dengan imej serta penampilan yang baru membuatkan aku terpana.

Hampir sahaja air liur ini menitik laju keluar dari bibir.

"Awak..jawablah. Jangan biarkan Kook tergantung sepi. Nakal, nakal, nakal. Erm erm."

Jungkook berdiri pula di hadapan aku. Pandangan matanya yang menggoda sedikit sebanyak meruntuhkan imanku pada ketika itu.

Si Park Jeman ini mesti pakai jampi meletup siak. Sampaikan mata aku seperti gam UHU. Aku tidak mampu pandang lagi ke tempat lain selain wajah Softlan Kook.

---

"T-tak. Berhenti cakap kau buruk. Kau tak buruk pun Softlan. Kau dah macam daddy! Kau faham daddy? Asal noob sangat sayang?" Hae Yoon sambil bercekak pinggang. Keningnya dijengketkan ke arah lelaki itu.

Jungkook mengambil tempat semula di hadapan gadis berperwatakan kasar itu. Dia merenung tray makanannya yang berisi sandwich sardin dan air jus Oren. Seleranya terus terpadam akibat ditengking oleh Hae Yoon.

Sudah bermacam cara yang dilakukan oleh Jeon Jungkook untuk mendapat tempat di hati Hae Yoon. Namun, balasan yang diterimanya hanyalah makian daripada gadis itu.

Tiba-tiba, otak Jungkook mula ligat memikirkan pesanan yang dititip khas oleh Jeman. Kedua-dua pipinya mula bertukar merah. 

Malu dibuatnya apabila pesanan Park Jeman muncul di kotak fikiran. 

Katanya sama itu Park Jeman, pesanan ini mampu bikin hati Hae Yoon bisa goyah dong. 

Tetapi, belum cuba belum tahu kan?

Jungkook bangun daripada duduk. Dia berjalan ke arah belakang Hae Yoon tanpa sebarang kata-kata. 

Kepalanya diletakkan ke bahu Hae Yoon sebentar. Seterusnya, bibir lelaki lembut tersebut mengucup lembut pula belakang leher Park Hae Yoon.

"A-apa ni, Jeon Jungkook?"

Jungkook berdehem kecil. Jari-jemarinya menyelak helaian rambut Hae Yoon dengan penuh kasih.

"Saya dapat tahu perlakuan sebegini mampu buat seseorang kagum dengan kita. Jeman pesan buat macam ini. Katanya awak akan suka."

Hae Yoon menekup mulutnya daripada terbuka luas. Ajaran sesat yang diajar oleh Park Jeman betul-betul akan membuatkannya menjadi gila pada ketika itu.

Mana tidaknya, Jeon Jungkook sudah tidak menjadi Softlan. 

Aura barunya mampu menggoyahkan hati wanita di luar sana.

"A-aku tak akan tunduk dengan godaan Softlan. Never!"

Persoalannya, adakah sempat Park Hae Yoon melarikan diri?

-TBC-

A/N:

Saya berharap korang terhibur dengan bab kali ini. 

Saya cuba juga untuk update walaupun saya terlalu sibuk buat masa sekarang.

Terima kasih atas komen dan likes yang diberikan. Saya hargai semua itu.

Happy 10k reads dan 3k+ votes.

---

Saya nantikan komen korang. Harap tiada silent readers.

Selamat malam.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro