19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Senpai, I'm in Love | JJK

19

---

"Pesan pada hati. Jangan mudah percaya cinta itu membahagiakan. Kadang-kadang ianya bisa membuatkan anda tercirit. Cinta itu ada kehanatannya yang tersendiri."

-Kim Taelien Guchihyung

---

Park Hae Yoon mengikuti jejak langkah Jeon Jungkook menuruni anak tangga rumah. Lelaki itu melemparkan senyuman semanis gula kepada Hae Yoon.

Tangannya mengisyaratkan agar gadis itu untuk berjumpa mama Jeon di ruang dapur. Jungkook sudah tidak sabar untuk memperkenalkan sahabat baiknya yang terbaru kepada mama Jeon.

Sepanjang bergelar pelajar Universiti Bighit, belum ada seorang rakan pun yang benar-benar ingin berkawan dengannya seperti Hae Yoon.

Dia terasa begitu gembira. Ingin dipamerkan olehnya kepada mama Jeon sahabat barunya. Baru mama Jeon rasa bangga dengan anaknya itu.

---

"Uish, cantik betul kawan baik Jungkook. Alo, alo, alo. Mama proud of you, Jeonnie."puji wanita berusia pertengahan 50-an itu kepada Park Hae Yoon.

Hae Yoon membalas dengan anggukkan kepala yang begitu kekok. Gelagat mesra antara dua beranak itu membuatkan hati gadis itu semakin tercuit.

Tambah-tambah lagi kelakuan comel si anak Jeon itu.

"Terima kasih mama nak ucapkan dekat Hae Yoon kerana sudi kawan dengan anak mama ni. Tak pernah lagi mama lihat dia happy macam ni. Selalunya kalau balik kuliah aje, mesti dia masuk bilik. Lepas tu, kerjanya asyik menangis je. Bantu kook ya?"

Permintaan ikhlas Puan Jeon membuatkan hati Hae Yoon tersentap banyak. Bagaimana perasaan Puan Jeon jika dia dapat tahu tujuan sebenar Hae Yoon untuk mendekati Jeon Jungkook?

Raut wajahnya yang mendung mencuri perhatian Jungkook. Lelaki itu meletakkan lengan di atas bahu Hae Yoon.

"Hae Yoon , jangan sedih. Kook sentiasa ada. S-saya jamin awak sentiasa happy apabila berkawan dengan saya."ujar Jungkook sambil tangannya diangkat seperti membaca ikrar.

Puan Jeon yang sekadar menjadi pemerhati tidak berbayar tersenyum tipis. Dalam hatinya, wanita tua itu sudah dapat mengesan sesuatu.

Kedua-dua manusia di hadapannya ini sudah jatuh suka antara satu sama lain. Malangnya, mereka masih tidak sedar.

"Marilah makan cepat. Nanti sejuk pula lauk mama masak ni. Mari!"

Jungkook melepaskan pautan lengannya di bahu Hae Yoon. Pipinya mula merona merah. Hatinya tidak henti-henti berdegup kencang akibat kedudukannya yang rapat dengan gadis itu.

"Mama, J-jungkook malu. Erm, erm, erm."bisik Jungkook dalam hati. Dia mencapai sudu lalu sup ayam yang direneh mama Jeon dihirupnya dengan penuh selera.

Sesekali dia menjeling ke arah Hae Yoon yang sedang ralit makan bersama riak wajah yang dingin.

Bibir Jeon SoftlanKook menguntum senyuman bahagia. Hatinya tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kerana kesudian Hae Yoon untuk menjadi sahabat baiknya.

-TBC-

A/N:

Ada lagi update yang akan menyusul.

Kita road to 8k votes untuk story ni eh?


( '́з'̀)



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro