30 [ Akhir]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Senpai, I'm in Love • jjk

Status : End/Completed

+-+-+-+-+-+-+-+-+-+

Time skip: 2 tahun selepas itu

"Sayang, jauh termenung. Kook dah ada depan mata tahu?"

Aku mengedipkan kelopak mata berulang kali. Jujur aku katakan aku hanyut dalam kenangan lama yang terjalin antara aku dan Jungkook.

Babak imbas kembali pertemuan pertama kali aku dengan lelaki selembut softlan itu berputar di dalam fikiran.

Sedikitpun aku tidak merungut. Kenangan manis yang ada sepatutnya menjadi salah satu memori terindah buat kami berdua.

"Malu apa bosskur? Kami tak sabar nak tengok korang kissss."laung seseorang. Bunyi huruf 's' itu menjadi irama latar upacara perkahwinan yang sedang berlangsung ini.

Jungkook menyentuh permukaan pipiku. Matanya meminta izin dalam diam agar dia dapat mencium bibirku.

"Saya izinkan awak Encik Jeon."

Jungkook menahan air mata gembira yang hampir gugur dari celah kelopak mata. Hae Yoon, wanita kesayangannya itu sudah sah bergelar isterinya.

Hati Jungkook diserang perasaan gembira. Bibirnya mengucap syukur kepada tuhan kerana hubungan mereka direstui tuhan.

"Terima kasih Puan Jeon Hae Yoon. Ala, ala, ala. Kook makin bertambah sayang."

Pinggangku ditarik ke hadapan agar tubuh kami rapat antara satu sama lain. Aku sempat mengukirkan senyuman kecil tatkala bibir Jungkook sudah bergerak megah merasmikan ciuman perkahwinan kami.

---

Jungkook mematikan enjin. Kereta yang dipandu oleh suamiku berhenti di hadapan banglo dua tingkat yang terletak di satu kawasan kejiranan yang meriah dengan gelagat riang kanak-kanak.

"Terima kasih kerana sudi menerima saya, Jeon Jungkook."lafazku dalam nada suara yang perlahan.

Pipiku bertambah merah apabila tangan kiri Jungkook mengusap perlahan permukaan bibirku.

"Terima kasih juga untuk Jeon Hae Yoon kerana setia menemani perjalanan hidup saya. Saya tak sehebat lelaki lain. Tapi, saya tahu hati Hae Yoon hanya untuk saya seorang."

Jungkook mengembungkan pipinya. Bulu mata lentiknya dikedipkan manja. Lelaki itu berasa cukup malu kerana dirinya menjadi mangsa renungan penuh kasih Hae Yoon.

"Kook sentiasa manja. Bila nak jadi manly ni? Lembut-lembut nak gi ane pun tak oleh. Nak gi ane pun tak oleh."usik Hae Yoon.

Kunci kereta dimasukkan ke dalam poket. Mata Jungkook memberi isyarat agar Hae Yoon menurut jejak langkahnya ke pintu utama.

"Pandai mengusik. Kook gigit kang. Baru tahu erm."bisik Jungkook. Namun, ayat tersebut masih dapat didengari oleh Jeon Hae Yoon.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Jungkook menarik tubuh Hae Yoon masuk ke dalam.

Suasana baru persekitaran dalam rumah yang baru dijejaki mendatangkan rasa kagum di hati Hae Yoon.

"Siapa gelar aku lembut dan manja tadi hurm?"

Penggunaan kata ganti nama diri 'saya' dan nama manja 'Kook' terhapus sekelip mata. Lelaki yang membawa nama Jeon Jungkook itu menerpa ke arah Hae Yoon.

Sekali percubaan, tubuh kecil itu dicempungnya begitu mudah. Telapak tangan Hae Yoon menampar-nampar permukaan dada Jungkook.

Jungkook langsung tidak terusik. Kunci rumah dicampaknya ke atas sofa.

"Siapa awak sekarang?"duga Hae Yoon. Dia yakin suaminya yang berperwatakan lembut itu sedang merangka sesuatu yang tidak diduga akal fikirannya.

Bunyi pintu bilik dibuka menyebabkan bulu roma Hae Yoon berdiri tegak.

Wajah Jungkook menunjukkan riak yang sukar untuk aku tafsirkan.

"Siapa aku? Aku daddy untuk hari ini. Oh sayang, jangan kau sebut nama softlan hari ini."

Aku menutup kelopak mata sejurus ayat itu diucapkan.

"Softlankook."ujarku lagi. Tiada sebarang balasan. Jungkook hanya membiarkan gelak tawanya memenuhi segenap ruang bilik yang sunyi.

"Hae Yoon, i love you."

Aku membuka kelopak mata. Wajah Jungkook menjadi pencetus utama hatiku berdegup laju.

"I always love you, Jeon Jungkook."

Jari-jemari aku melonggarkan ikatan tali leher yang terlilit di kolar baju kemeja putihnya.

"So, let me make you love me more and more."

Baiklah, Jeon Jungkook. Teruskan. Teruskan mencuri hatiku yang sentiasa dambakan cinta kau ini.

Terima kasih, my only one Softlankook.

-End-

A/N:

Tamat sudah karya beshe beshe je ni.

Terima kasih untuk pembaca yang masih setia dari awal bab hingga ke akhir bab.

T.T


"Happy 50k reads, 14k votes."

[ ✓ ]

27/01/2019

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro