4

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Senpai, I'm In Love | JJK

Bab 4
-----

"Kau rasa aku ada masa untuk sakit kepala, Yoongey?"aku bertutur dalam nada yang sedikit kasar.

Sebelah tangan lagi sempat aku tarik pipi lelaki berkulit putih pucat itu kerana perasaan geram yang bertandang di dalam hati.

"Aku cabar kau tackle si lembut tu. Pulangannya lumayan. Aku sanggup belanja kau makan breakfast setiap hari sampai habis semester. Ha, gitu."pujuk Yoongi sekali lagi.

Aku menggelengkan kepala laju. Peristiwa bertembung dengan mamat Soflan itu masih segar dalam ingatan.

Terpegang punggung je kut, dah meroyan bagai.

"Kalau aku cakap aku tak nak? Sudahlah. Kau gila ke apa? Nak hadap si Jungkook tu seminit pun aku rasa macam nak sepak bontot dia. Inikan pula nak pikat. Jawapannya tidak!"bidasku menggunakan suara tegas dan garang seperti singa.

Tetiba aje, tanpa angin, tanpa ribut, gelak tawa Min Yoongey meletus dengan kuat.

Hampir semua pelajar di dalam kuliah memandang ke arah kami berdua.

Aku pandang muka Yoongey dengan perasaan gelisah. Gigiku ketap kuat.

"Kalau kau tak nak setuju, aku akan sebarkan berita hangat. Biar kau tak mampu angkat muka dah selepas ni. Kau tahu apa aku nak sebar? Rahsia terbesar kau?"ugut Yoongey.

Lelaki lahanat itu menarik wajahku supaya hampir mendekatinya. Dia bawa bibirnya untuk membisikkan sesuatu di telinga aku.

Yang pasti, rahsia yang aku sudah simpan sekian lama.

Dasar syaitonirojim.

"Aku tahu kau ada crush dekat mamat SotflanKook waktu dia normal dulu. Eh, gatal bibir aku tahu nak membawang satu Universiti Bughit. Ekekeke."

Aku terus menghentakkan tangan di atas meja Yoongey.

"Baik, a-aku setuju untuk tackle mamat jambu. Kau pegang rahsia aku elok-elok."aku beri amaran keras kepada Yoongey.

Aku lempar pandangan ke arah lain. Sungguh aku rindu Jungkook yang normal.

Jungkook jadi lembut seperti Soflan. Hanya disebabkan satu peristiwa malang.

Kepalanya menjadi kurang stabil disebabkan terkena balingan periuk merah jambu milik rakannya Kim Seokjin.

Mana tidaknya, dahulu kala, Jungkook adalah pembawang utama yang suka mengutuk kegilaan Kim Seokjin terhadap merah jambu.

Kasihan sama Jungkook. Terkena sumpahan merah jambu.

-TBC-

A/N:
Merapu bab ini. Tapi, diharapkan korang menyukainya.

Hidup SoflanKook.

Hidup periuk pink Kim Seokjin.

Hidup Kim Namjan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro