9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Serial Killer | JJK

Jungkook melepaskan cengkamannya di leher aku dan bergerak turun dari katil.

"Esok. Aku akan tamatkan riwayat kau."

Sempat dia melemparkan pandangan tajam ke arahku sebelum mengunci semula pintu bilik.

Aku merapatkan tubuh badan ke hujung katil. Kepalaku serabut memikirkan rancangan yang aku perlu laksanakan pada hari esok.

Jujur, aku tak mahu dibunuh begitu awal.

"Kau mesti boleh Nae Min!"aku suarakan kata-kata semangat kepada diri sendiri dengan nada suara yang perlahan.

Di dalam hati, aku tidak berhenti berdoa agar segalanya yang berlaku esok akan mendapat pertolongan tuhan.

----
Kim Nae Min terjaga daripada tidur yang lena apabila dia merasakan tubuh badannya seperti ditarik oleh seseorang.

"Bangunlah, perempuan. Sedap tidur nampaknya."perli Jungkook.

Kedua-dua tangannya menarik Nae Min kasar sehingga tubuh badan gadis itu terlantar di atas lantai.

"S-sakitlah!" Nae Min meraung kesakitan akibat perbuatan Jeon Jungkook.

Belum sempat Nae Min menarik nafas, Jungkook mengheret gadis malang itu keluar dari bilik.

Baginya, dia paling benci jika mangsanya lambat mati.

Nae Min jatuh terduduk di tengah-tengah ruang tamu. Matanya terkebil-kebil memandang sekeliling rumah.

Tiada langsung bayang-bayang semua pembantu rumah. Agaknya Jungkook dah rancang awal untuk bunuh dia pada hari itu.

Jungkook memandang penuh keseronokan suasana yang terhidang di depan matanya.

Suasana mangsanya mengadu kesakitan. Merayu minta dilepaskan semakin menambahkan kekejaman dalam dirinya.

"B-bunuhlah saya jika awak kebulur sangat. C-cepatlah."desak Nae Min secara mengejut.

Jungkook mengetap bibir untuk menahan reaksi terkejut yang hampir muncul di wajahnya.

Biar betul perempuan ni?

Pedang yang tersangkut di dinding dihalakan tepat ke arah leher Nae Min.

Jungkook sudah tidak sabar untuk membunuh wanita itu.

"Just kill me , Jeon Jungkook."

🔪💖
A/N: Apakah yang akan berlaku?

Stay tuned.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro