Intro & Prolog : Serial Killer

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Titisan darah melambangkan kepuasan. Kau, aku tanda sebagai milikku. Aku bunuh tanda sayang."

- Jeon Jungkook

"Kehidupan demi kehidupan. Nyawa berganti nyawa. Mulakan semuanya dari mula. Penamatnya akan tetap ketemu kamu wahai , Jeon Jungkook."

- Kim Nae Min

iamyourcupcake © 2018

🏁
"Penamat sebegini sudah menjadi kebiasaan. Aku bersumpah akan cari kau di kehidupan seterusnya. Cari dan bunuh. Aku suka!"ujar Jungkook sambil matanya liar memerhati susuk tubuh seorang wanita yang sedang memandangnya dari jauh.

Tubuh sasa miliknya diheret ke tengah kawasan hukuman. Jungkook ditolak untuk duduk melutut di atas tanah.

Wajah pemerintah zaman Jooseon itu berkerut memandang banduan yang menjadi buruan ramai tersebut.

Dia, Jeon Jungkook. Banduan yang dikehendaki ramai pihak. Membunuh sudah menjadi hobinya. Baginya, ia satu kepuasan. Satu nikmat apabila melihat titisan darah.

Dia tersenyum sinis tatkala kata-kata cacian dan lontaran makian ditujukan ke arahnya. Badannya didirikan untuk menghadap ke arah khalayak ramai.

"Hukuman bunuh. Hadiah terbaik untuk aku kali ini."

Dia menggigit bibir. Tangannya melambai-lambai ke arah seorang wanita yang sedang sakan menangis.

"Kim Nae Min, pembunuh bersiri kegemaran kau akan muncul lagi pada masa yang akan datang. Takdir akan menemukan kita."

Tali gantung dipasang di leher Jungkook. Jungkook tidak meronta-ronta apatah lagi ingin melarikan diri.

"Hukuman gantung ke atas Jeon Jungkook akan dilaksanakan dalam kiraan 3. Satu, dua.."

"Aku bersumpah kau akan bertemu aku lagi pada kehidupan selepas ini. Ingat, Kim Nae Min."

Klakk. Bunyi tali gantung tersebut memecahkan suasana sepi. Diikuti dengan sorakan rakyat jelata yang bergembira dengan kematian Jeon Jungkook, si pembunuh bersiri.

"Tiga."

Semoga takdir menemukan Jeon Jungkook dan Kim Nae Min.

Pernah dengar, kelahiran semula?

Lebih baik kau berhati-hati, Kim Nae Min.

💣

Idea asal dan jalan cerita : iamyourcupcake

Amaran:
Sebarang perlakuan atau tutur kata yang ditampilkan di dalam karya ini sekadar rekaan semata-mata.

Setiap baris ayat adalah garapan idea asal dari penulis. Dilarang menciplak mana-mana babak yang dinyatakan dalam story ini.

Peringatan mesra:
This story macam rollercoaster. Emosi anda bertukar rentak dari takut, sedih, bahagia, kecewa dan tertekan.

Jalan cerita yang tidak masuk akal. Namun, bakal menambahkan rasa gelisah di hati.

Pandang belakang. Awas.

Mana tahu. Jungkook dah bersedia nak serang anda.

*Asah pisau.*

---------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro