014

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

nobody

nara berguling - guling di atas lantai bilik sambil berfangirling seorang diri . dia tak percaya yang dia dapat tengok mata artis depan - depan . siap tambah pakej pujian lagi ha .

" lepasni aku nak jadi army gak la . aku nak stan v kyaaaaa ~ " ujarnya penuh ceria .

act dia ni minat juga la kat bitiyesh tapi takat minat lagu jela . ni bila dah bertatapan dengan kim taehyung , lelaki yang bukan sahaja iras , tapi 100% serupa dengan v , mana taknya si nara tu tak jatuh cinta an ?

" tapi tapi tapi ! dapat ke aku balik ke dunia aku balek ? sampai bila aku nak kena duduk mereput dalam bilik ni ? "

nara mengeluh lalu berhenti berguling . posisi baring ditukar kepada duduk . malas berdiri punya pasal , dia pun mengesot jela ke almari .

untuk kali kedua selama tah berapa hari dia tinggal sini dia pun lupa , pintu almari dibuka . dia buka almari tu pun sebab dia nak cari gaun lain .

yup , dia sebenarnya dengar apa yang si taehyung tu tanya tapi dia sengaja buat - buat tak dengar . dengar je soalan tu , ofkos la dia malu kan . dah berapa hari tak mandi .

" AH AH ACHUMMMM !!! " nara terbersin bila zarah habuk dari dalam almari masuk ke dalam lubang hidung .

masa first time buka almari tu , dia jumpa topeng . tapi kalini , dia jumpa habuk je . oh tak dilupakan juga , labah - labah pun ada buat kejiranan dalam tu .

" siyes ah aku puteri kat sini ? asal almari aku tak macam almari princess sofia the first tu ? baju berlambak sampai belum tentu boleh habis pakai semua even seribu tahun hidup . aku pun nak gak baju berlambak cenggitu "

gadis itu merungut sendiri . otaknya pula sudah membayangkan kalau - kalau hidup dia betul - betul macam anak raja .

bilik luas macam padang stadium . baju berlambak macam dalam mv spring day . muka lawa macam miss world . kahwin dengan raja yang hensem macam taehyung eh HAHA .

dan nara yang tengah berangan tinggi hingga mencecah puncak gunung everest itu pun sengih - sengih sorang diri di sebalik topengnya .

-

sungguh ramai pelanggan yang bertandang ke gerai kecil taehyung yang terletak di kaki lima sehingga anak teruna itu tak menang tangan dalam memberikan layanannya .

dia tak sangka yang jualan bunga dia pada hari ini mendapat keuntungan yang begitu wow !

berterima kasih banyaklah kepada nara sebab bagi kebenaran petik bunga untuk dijadikan hasil jualan .

pandai sungguh budak bernama taehyung ini membodek tuan puteri itu guna kaedah godaan . ada ciri - ciri international playboy bukan ?

" habis licin je jualan ni , aku nak gi jumpa si nara " monolog taehyung sambil mengira berapa banyak lagi kuntum bunga yang masih belum dibeli .

selesai kira bunga , kepingan duit kertas dalam genggaman pula yang dikira . sedang sibuk dalam proses pengiraan duit , tanpa disedari adanya sekujur tubuh yang duk terpacak depan gerai itu .

" saya nak beli bunga kat sini "

seakan suara yang pernah didengarinya , cepat - cepat taehyung mengangkat kepala , memandang wajah si empunya suara .

" j - jungha ? "

sudah beberapa hari mereka tak jumpa sampai terkebil - kebil taehyung dibuatnya .

" iye . jungha la ni . takkan dah lupa jiran sendiri kot " sindir jungha sambil meneliti bunga - bunga yang terletak atas meja .

oh ya , lupa nak bagitau . jungha ni sebenarnya jiran selang 20 rumah belah kanan rumah taehyung . walaupun agak jauh tapi tetap jiran an .

taehyung dah mula naik gelabah bila jemari jungha menyentuh bunga - bunga yang dia sememangnya nak hadiahkan untuk gadis itu tapi end up dijual .

bukan setakat gelabah , macam nak tak nak je dia biarkan jungha beli bunga kat situ . kan lagi gentle kalau dia yang bagi bunga tu kat si jungha . free of charge .

tapi bila teringat bunga campuran dua warna di taman istana yang baginya tampak begitu menawan hati , dia punya keinginan nak petik bunga tu nun tinggi sampai ke bulan sana .

jungha itu gadis yang boleh dikatakan agak istimewa jadi taehyung sebagai lelaki kena la bagi hadiah yang istimewa juga .

" bunga warna putih ni cantik ! nak ni , boleh ? "

" tapi bunga tu dah ada yang orang yang punya .. " tipu taehyung . tah macamana idea tu boleh muncul dalam kepala hotak dia .

" oh ye ke ? erm ada lagi tak bunga yang belum kena beli lagi ? "

soalan jungha mendapat gelengan daripada taehyung . rasa bersalah menyelubungi diri tapi tulah , taehyung terpaksa buat macamni .

" saya minta maaf sangat - sangat " taehyung menunduk . walaupun dia menunduk , dia masih dapat dengar tawa kecil milik jungha .

" nak minta maaf buat apa ? awak takde buat salah pun la . ah tae , awak balik rumah nanti tolong sampaikan salam saya kat omma awak nae ? petang ni saya nak tolong ayah berkebun jadi tak dapat nak singgah rumah awak . saya pergi dulu ya , annyeong "

taehyung segera mengangkat kepalanya semula namun figura jungha sudahpun beredar meninggalkan gerai tersebut .

helaan nafas berat dilepaskan . dia tak pasti sama ada telinga dia ni ada masalah atau apa tapi dia rasa dia betul - betul dengar yang nada suara jungha kedengaran begitu -- kecewa ?

-

ship #TaeRa ke #TaeHa ? eh memandai je aku buat nama kapal ni HAHAHAH

30/11/2019 ; YEPPI BEPDAY ALIEN ! STAY HANDSOME ALWAYS ! ARMYS PURPLE YOU ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro