016

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

nara

aku usap perut aku yang dah lama tak cernakan apa - apa . aku langsung tak jejakkan kaki aku masuk ke dalam tandas sejak aku termasuk ke dalam dunia khayalan dunia impiaaaaan eh mende aku cakap ni .

tapi aku usap - usap perut aku ni bukan sebab sistem penghadaman aku dah berfungsi .

sebabnya ? ehem ehem . bak kata omputeh , kalau tengah nebes kita kata butterfly in your stomach . jadi apa kaitannya ?

kaitannya , AKU TENGAH NEBES GILA KENA TENUNG DENGAN 2 ORANG HENSEM NI EYY SAMPAI SAKIT PERUT AKU DIBUATNYA EYY BERAPA BANYAK LA RAMA - RAMA BERTERBANGAN DALAM USUS AKU NI EYY TAK GELAP KE DALAM TU

hestek nara tetiba merapu . hm ok sila baling selipar jamban kat aku berjemaah gais . baling sekali dengan kasih sayang tau .

" boleh saya tau kenapa kita bertiga senyap jeh ? " ujar taehyung memecah keheningan di antara kami bertiga . hampir 5 minit kami diam . taktau nak cakap apa punya pasal .

aku pandang taehyung , taehyung pandang entah siapa lelaki asing kat depan kitorang ni , lelaki itu pandang kuda kat sebelah dia , kuda tu pula pandang kiri kanan . aku syak kuda tu tengah cari kuda betina sekitar kawasan sini kot .

aku tak tuduh k . aku just cakap . cakap dalam hati jelah .

then aku pandang dua orang lelaki yang kat depan dan kat sebelah aku silih berganti . aku nampak lelaki asing tu tengah tarik nafas dia dalam - dalam . aku rasa dia dah nak bersuara dah tu .

" beta sebenarnya -- "

" eh jom la kita bincang kat dalam ! kat sini banyak nyamuk hee " kataku sambil acah tampar nyamuk padahal yang aku tampar tu udara .

aku bukan apa , aku rasa janggal do buat perbincangan yang mustahak kat luar istana ni . atau lebih tepatnya , kat taman bunga yang bersemak dan juga bernyamuk .

" aniya ! beta bukan taknak tapi beta khuatir kalau nanti horseok menghilang entah ke mana cari teman sejati . maklumlah horseok dah lama membujang " balas lelaki itu . tangannya membelai lembut bulu putih melepaks kuda yang aku yakin dia adalah horseok .

tapi jap .. dia guna kata ganti nama diri ' beta ' ke tadi ? BETA ?

" a - a - anak raja ? " lambat - lambat aku tuding jari telunjuk aku ke muka hensem dia . aku beler k aku beler .

" maafkan beta . beta lupa nak perkenalkan diri tadi . beta putera muda lee taeyong -- "

" UHUK ! "

serentak aku dengan lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai putera muda lee taeyong itu memandang ke arah taehyung yang tiba - tiba sahaja terbatuk .

oh tak lupa juga , horseok pun join tengok taehyung sekali .

tapi aku rasa kesian jugalah kat putera ni . dah dua kali ayat dia kena potong HAHA .

" yah taehyung ! bagilah dulu tuan putera ni habiskan ucapan baru awak batuk ! " aku pukul lengan taehyung . takdelah kuat mana , aku pukul manja - manja aje .

" saya terbatuk je . tu pun nak marah " taehyung muncungkan bibirnya semuncung - muncung mulut itik buat aku rasa macam nak tarik je mulut dia tu buat hanger . nasib comel .

" maafkan patik , tuanku . anggap je orang sebelah patik ni tak wujud . tuanku sambunglah ayat tuanku yang terhenti tadi tu "

senyuman lebar aku yang berukuran 7 cm serta - merta pudar bila nampak putera taeyong pandang aku hairan . eh salah ke aku guna bahasa tadi ? ala aku ni manalah reti guna bahasa istana .

" kenapa dinda panggil kanda ' tuanku ' ? "

" UHUK UHUK UHUHUHUK ! "

k tu bukan taehyung yang batuk . tu aku yang batuk serupa orang nazak . DINDA ? KANDA ? AKU BINI DIA KE APA NI WEY ? EH EH AKU BARU NAK BERANGAN TAEHYUNG YANG JADI LAKI AKU TAU .

" dinda tak apa - apa ?! "

" nara tak apa - apa ?! "

putera taeyong dan taehyung , dua - dua serentak pegang bahu aku . sorang belah kanan , sorang belah kiri . tiber dua orang tae ni risau kat aku . pandangan aku halakan pada mereka berdua yang tengah berpandangan sesama sendiri .

SABAR NARA OI SABAR ! JANGAN KAU NAK BERFANGIRLING PULAK KAT SINI !

uish dah berapa banyak perkataan yang aku guna caps lock ni ? huehue .

" maafkan patik , tuanku . patik tak sepatutnya sentuh permaisuri tuanku " taehyung melepaskan pegangannya dari bahuku . dia kemudian menghelakan nafas beratnya .

" permaisuri ? apa yang patik maksudkan dengan permaisuri ? puteri nara ini adik beta , bagaimana bisa beta jadikan adinda beta sendiri sebagai permaisuri beta ? "

" M - MWO ? "

-

sorry sebab lama tak munculkan diri . aku haraplah ada yang rindu ff ni huehue ~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro