➳슬퍼 04

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Beberapa tahun lalu...

"Major Depressi Disoder."

Jelas doktor tersebut kepada Hongjoong. Dia menyelak beberapa fail sebelum menyambung kata-katanya.

"Tapi kamu jangan risau. Masih ada ubat untuk rawat sakit kamu tu."

"Apa ubatnya doktor?" soal Hongjoong ingin tahu.

"Kamu makan pil ni ikut masa yang telah ditetapkan. Dan kalau boleh kamu cuba untuk tidak berseorangan buat sementara waktu."

"Dengan cara ni, kemurungan kamu boleh dikurangkan sikit. Ia mungkin ambil masa yang lama untuk cari penawar tapi kalau kamu kuat, saya yakin kita dapat jumpa."

Terang doktor itu lagi. Hongjoong mengangguk faham. Dia membayar kos rawatan dia terlebih dahulu sebelum dia melangkah keluar dari pusat rawatan psikologi.

Waktu itu, Hongjoong baru sahaja berusia 15 tahun. Namun dia menghidap penyakit MDD disebabkan perkara pahit yang pernah dilaluinya dulu.

Sudahlah ibu bapanya tidak tahu yang dia menghidap penyakit MDD. Dia pergi check up kat klinik sendirian. Malah dia juga masih bergelar seorang pelajar.

Sungguh amat berat apa yang dilalui oleh Hongjoong sekarang. Dia bingung. Patutkah dia beritahu kepada keluarganya tentang sakit yang dialaminya sekarang?

Hanya Tuhan sahaja yang tahu, betapa peritnya rasa sakit tak nampak ini...

End flashback

••••••••••

Hongjoong terduduk lemah di dalam kelas sebaik sahaja semua pelajar keluar untuk pulang ke rumah. Hari sudah semakin lewat namun dia tidak terasa untuk pulang sekarang.

Matanya beralih melihat kedua-dua pergelengan dia. Terdapat banyak kesan torehan dan bengkak disebabkan kegiatan yang sering kali dia lakukan.

Toreh tangan ketika orang tiada. Itu sudah jadi hobi dia sendiri.

Namun kali ini tidak, seseorang sudah nampak kegiatan hina dia itu dari jauh. Malah, orang tersebut merupakan orang yang bencikan dirinya sendiri.

"Kau buka pintu kelas ni, Hongjoong!"

Jerit Seonghwa dari luar. Dia berkali-kali cuba untuk buka namun tidak berjaya.

Hongjoong tidak berganjak dari duduk. Dia berasa badannya sangat letih sekarang ini. Akibat tidak dapat menahan diri, dia terbaring lemah di atas lantai dan pengsan.

•••••••••••

Beberapa minit sudah berlalu, Hongjoong tersedar dari pengsannya. Pandangan dia masih lagi samar-samar dan kepalanya mula terasa sedikit pening.

Kini barulah dia sedar yang sekarang dia berada di bilik sakit. Namun dia tidak tahu siapa yang menghantar dia ke sini.

"Bangun pun kau."

Pantas Hongjoong menoleh kepalanya mencari pemilik suara tadi. Kelihatan Seonghwa sedang duduk disebelahnya dengan tangan menyilang dada.

"Kenapa kau hantar aku ke sini?" tanya Hongjoong perlahan.

"Dah kau tiba-tiba pengsan tadi. Tu yang aku angkat kau ke sini. Darah kau kat kelas tu aku dah lap betul-betul supaya tak ada orang perasan," jawab Seonghwa lebar membuatkan Hongjoong terpaku dengar.

"K-kau tolong?"

Tanya Hongjoong lagi. Seonghwa sekadar mengangguk kecil untuk menjawab soalannya tadi.

"Aku tak tahu sangat tentang penyakit yang dialami kau sekarang. Tapi aku cuba untuk faham. Sekarang, biarlah aku temankan kau hari ni."

Hongjoong terkedu. Adakah dia tersilap dengar? Ini merupakan kali pertama Seonghwa mahu menemaninya.

Kebiasaanya, Seonghwa akan berseorangan seperti hari lain kerana dia tidak mempunyai seorang kawan baik.

Tetapi kali ini tidak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro