➳슬퍼 15

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Seonghwa cuba untuk melintas jalan raya namun dia dihalang oleh seseorang dengan kasar. Kebetulan juga terdapat sebuah kereta meluncur laju depan dirinya tadi.

Dia tidak perasan! Sekiranya dia melintas tadi, pasti dia akan dilanggar oleh kereta itu.

Seonghwa terus mengalihkan mata melihat orang yang berjaya halangnya tadi. Dia terkaku. Dia amat mengenali orang itu.

"Yah! Kau okey? Kau menangis ke tadi?" soal orang itu sebaik sahaja melihat wajahnya yang sembab.

Itu San...

Dia tidak menjawab soalan tadi sebaliknya air matanya jatuh membuatkan San makin bingung.

"Err... Apa kata kita berbual kejap?" ajak San sebelum memanggil adiknya datang kemari.

•••••••••••

San dan Jongho mengajak Seonghwa untuk duduk di sebuah bangku yang terletak tidak jauh dengan taman. Seonghwa masih lagi dalam sisa tanggisan manakala San dan Jongho pula terdiam.

Mereka tidak tahu apa yang berlaku pada Seonghwa. Dia seperti dilanda masalah besar yang menyebabkan dia bersedih.

"Kau kenapa? Apa yang dah berlaku kat kau?" tanya Jongho ingin tahu setelah keadaan kembali reda.

Seonghwa tersedu kecil sebelum menjawab soalan.

"Mak ayah aku... Diorang bercerai..." katanya membuatkan mereka berdua terkedu.

"Diorang pecat bibik aku dan tak ada siapa pun nak jaga aku sekarang. Bagaikan diorang tak anggap yang aku ni satu-satunya anak diorang..."

Tambah Seonghwa lagi sebelum dia menundukkan kepala. Dia pening. Tidak tahu ke mana lagi dia patut pergi sekarang.

Dia tidak mahu balik ke rumah langsung. Dia sakit hati dengan orang tuanya! Malah, Seonghwa juga menganggap bukankah lebih baik sekiranya dia tidak dilahirkan di dunia.

Tiada siapa yang sayangkan dia sekarang.

Lebih baik dia lenyap terus!

Sungguh... Dia seperti tiada matlamat untuk teruskan hidup sekarang...

"Kau yakin ke tak ada orang sayangkan kau sekarang?"

Soalan yang dilemparkan oleh San tadi membuatkan Seonghwa tersentak.

"Huh?"

"Aku tak kenal kau... Aku cuma tahu dari Hongjoong yang kau banyak tolong dia. Hanya kau sahaja yang berjaya mengurangkan simptom dia..."

"Aku faham perasaan kau, Seonghwa. Dalam hati kau mesti kau terfikir lebih baik kau tak wujud bukan?"

Seonghwa terkejut. Pelik bagaimana San seolah-olah dapat baca isi hatinya bahawa dia berfikir tentang benda yang sama.

San tersenyum kecil sebelum dia menyambung kata-katanya.

"Jangan macam tu, Seonghwa... Walaupun kau rasa diri kau useless, percayalah bahawa ada orang lain masih ambil kisah dengan kau. Mungkin Hongjoong?"

Terus terdiam Seonghwa dibuatnya. Jongho yang dari tadi menjadi pendengar tidak berbayar itu terus menyampuk.

"Eh kau ni! Sampai ke situ pula. Seonghwa sedih sebab mak ayah dia bercerai. Bukan sebab dirinya tak berguna."

"Tak apa... Memang betul kata San tadi." Ujarnya perlahan membuatkan Jongho terbisu. Kemudian, dia teringatkan sesuatu.

"Kalau kau tak ada tempat untuk duduk, apa kata kau tinggal dengan Hongjoong?"

Cadangan yang diberikan oleh Jongho tadi mengejutkan Seonghwa.

"Huh? Seriuslah?" soalnya inginkan kepastian. Jongho mengangguk berkali-kali.

"Hongjoong sekarang tinggal di rumah seorang diri. Aku yang jiran dia ni bukan selalu sangat tengok dia. Kadang rasa bersalah pula sebab sibuk dengan hal lain."

Terang Jongho lebar. Seonghwa tergamam. Dia tidak pasti sama ada patutkah dia setuju dengan cadangan Jongho itu.

Tetapi apa yang dia tahu...

Hatinya masih lagi sedih dengan tindakkan ibu bapanya itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro