Bab 10🔒

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌻

"Selamat pagi!"

"Selamat pagi, em. Awak tak kerja hari ni?" Jungkook menyoal sebaik kelibat gadis itu kelihatan masuk kedalam ruang dapur. Ariel menggeleng, tanda tidak kemudian punggung dilabuhkan ke atas kerusi.

"Hari saya off, tapi kena settle- kan urusan jual beli dalam talian. Sekejap je, kenapa? Awak ada nak pergi mana- mana ke hari ni?" Ariel menyoal, teh susu yang baru dituang Jungkook dicapai lalu diteguknya. Jungkook menggeleng.

"Ariel, pasal semalam.. berkenaan apa yang saya cakap. A-awak janganlah ambil hati, saya minta maaf kalau saya buat awak tersinggung.." Jungkook berhenti bercakap bila jari Ariel dilekapkan pada bibirnya, lelaki itu terdiam, terkedu lebih tepatnya.

"Saya faham, awak tak payahlah risau pasal saya. Itukan, dah memang kerja awak? Saya nak buat macam mana lagi, kan?" Ariel membalas seraya menongkatkan dagunya dengan tangan. Dia pandang raut wajah Jungkook yang tengah diamkan diri.

"Lagipun, tak salah kan kalau saya anggap awak suami saya?"

"Ariel.."

Jungkook terpempan, pandangan mata Ariel terhadap dirinya benar- benar memberi kesan pada kadar degupan jantungnya yang tadinya perlahan sekarang melaju. Jungkook ketap bibir.

"Ariel-"

"No more Ariel. Mulai hari ni, saya nak awak biasakan diri awak panggil saya dengan panggilan sayang.." bisik Ariel seraya menyentuh pipi Jungkook dengan tapak tangannya. Makin tambah terkedu Jungkook jadinya, pipinya sudah mulai berona merah.

"You don't think this is too much?"

"What? Saya cuma minta awak panggil saya sayang sepanjang awak masih kekal menjadi suami saya. Saya tak minta banyak, kan? Takkan baru macam tu, awak dah lemah?" Jari jemari Ariel bergerak ke bibir Jungkook. Lelaki itu mengetap bibir sebelum tapak tangan Ariel ditahannya.

"Siapa cakap saya lemah? I just behave. If you ask me to call you sayang, then I'll do it.."

"Then do it, now"

Jungkook berbalas pandang dengan Ariel, dia rapatkan wajahnya dengan gadis itu, rambut Ariel yang sedikit terurai itu dia selitkan pada telinga, tangannya menyentuh lembut bibir Ariel.

"What can I do for you, sayang?"

Bisik Jungkook tepat pada telinga Ariel, bibir gadis itu mekar dengan senyuman. Pipi Jungkook disentuh.

"Apa yang awak boleh buat untuk saya? My husband?" Tanya Ariel, jarinya turun ke dagu lelaki itu. Jungkook mengetap bibir, nafasnya sudah tidak teratur. Sekali lagi, Jungkook menahan tangan Ariel dari mengusap ke seluruh wajahnya. Itu boleh buat dirinya terbang. Haru biru.

"I can do everything, just for you.."

"List one"

"I can kiss you and make you smile.." bisik Jungkook seraya menyentuh bibir merah Ariel. Kata- katanya tadi hanyalah ucapan yang dia sendiri tidak pasti, dia sendiri yang melarang bahkan menekankan bahawa no skin to skin around Ariel.

"Then, buatlah"

"Mwo?"

Membulat anak mata Jungkook jadinya, tadi dia hanya bergurau, tak sangka yang Ariel betul- betul mahukannya. Jungkook pasang muka tidak percaya, seraut wajah putih mulus dihadapannya ditatapnya dengan pandangan terkejut.

"Awak mesti bergurau, kan?" Jungkook menyoal seraya ketawa kecil. Cawan berisi susu dicapai sebelum diteguknya sampai habis bertujuan untuk menutup rasa gemuruh dalam hatinya.

"Saya tak bergurau"

"Ariel.. awak minta saya panggil awak sayang, saya buat. Now, awak minta saya cium awak, itu tak boleh sayang. Saya takut, be- benda lain yang terjadi. Awak kena faham saya.." terang Jungkook pada Ariel. Gadis itu hanya mengukir senyum kecil.

"Okay saya faham" Ariel menjawab seraya dia capai cawan yang tersisa teh susunya sebelum dia teguk sampai habis. Jungkook hanya menjadi pemerhati.

"Saya pergi dulu, kalau awak cari saya, saya ada je dalam bilik kerja, siapkan kerja. Bye!"

"Panggil je saya kalau awak perlukan apa- apa"

"Alright!"

Cup!

Pipi Jungkook dicium sekilas. Terbeliak anak mata Jungkook jadinya.

"Sayang!"

.

.

Sayang, sayang..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro