Bab 18🔒

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌻

"Cik Ariel, ada seorang lelaki sedang menunggu Cik di bilik meeting, dia merupakan wakil bagi syarikat KAT.CO yang akan bekerjasama dengan syarikat kita nanti." ucap P.A aku sebelum menghulurkan sebuah fail untuk memudahkan urusan kerjasama dengan syarikat tersebut.

"Berapa lama dah dia tunggu? Am I that late?" Soal Ariel seraya membetulkan blouse biru cairnya, rambut dibetulkan agar tidak nampak kusut dan serabai.

"Em, about 10 minutes ago, tapi cik jangan risau, dia cakap dia sengaja datang awal sebab nak tinjau suasana syarikat ni" katanya sebelum membuka buku nota kecilnya. Aku mengangguk- anggukkan kepala. Beberapa langkah sebelum hendak masuk kedalam bilik meeting, aku hentikan langkah.

Satu perasaan yang tidak enak terasa di hatiku. Sesuatu perasaan yang aku sendiri tidak pasti..

Tanganku menyentuh tombol pintu sebelum perlahan-lahan pintu yang diperbuat daripada kaca namun dicatkan dengan warna kelabu itu membataskan penglihatanku untuk melihat kedalam. Aku tarik nafas sebelum menghembusnya perlahan. Kemudian pintu bilik meeting aku tolak.

Serentak pandangan mata aku dengannya bertaut, bibirnya mengukir senyum lebar. Senyuman yang sudah lama aku tidak lihat.

"Hai, sweetheart. I'm back.." katanya buatkan aku terkaku dihadapan pintu tersebut.

Tolong bangunkan aku kalau ini mimpi..

🌻

"Hem.."

Jungkook membelek- belek barangan didalam troli. Dagunya digosok, rasanya macam ada termiss something ni, desis Jungkook dalam hati. Kemudian dia menolak troli ke bahagian basah.

"Ehh salah tempat" ucapnya seraya membelok ke bahagian sebelah, bahagian makanan ringan dan susu kotak. Bibirnya melebar sebaik terpandangkan banana uyu dibahagian paling atas rak diatas. Niatnya untuk mengambil banana uyu tersebut terbantut bila matanya terlihat seorang gadis kesusahan mencapai barang. Dengan senang hati, Jungkook menegur.

"Boleh saya tolong?" soal Jungkook kepada gadis itu, gadis itu menoleh memandang Jungkook, seketika dia terpesona dengan kekacakan Jungkook. Dream like!

"Err err ya, saya nak ambil kotak bijiran choco crunch tu, but I guess I'm too short to reach it.." ucap gadis itu seraya tersipu- sipu.

"Ohh, let me help" pelawa Jungkook sebelum dengan kerelaan hatinya dia berjengket, sekotak bijiran choco crunch diambil lalu dihulurkan pada gadis itu. Jungkook tersenyum, menyerlahkan lagi kekacakannya, gadis itu seakan terpaku.

"I think, itu je saya mampu buat untuk awak. So, ini choco crunch awak.." ucap Jungkook laju gadis itu tersedar dari khayalannya sebelum berdehem kecil. Kotak bijirin bertukar tangan.

"Te- terima kasih.." ucap gadis itu, malu- malu.

"Okay" baru sahaja Jungkook hendak membuka langkah, lengannya sudah ditahan.

"Err, boleh saya tahu nama awak?"

"Ohh, saya Jeon Jungkook and you?"

"I'm Kim Hyejung" jawab gadis itu. Jungkook menganggukkan kepalanya sebelum meminta diri untuk beredar. Gadis itu masih tetap diposisinya, nice name, Jungkook.

"Waktu macam ni Ariel belum balik,kan? So.. aku ada masa nak enjoy main game" kata Jungkook pada dirinya sendiri, dia menolak troli sebelum beberapa makanan ringan, chips more dan marshmellow dicapai. Nanti balik boleh buat S'more. Yeay!

Harini Jungkook menghabiskan waktunya di Cyber cafe bermain game sambil menikmati secawan kopi. Leka sampai dia sendiri tak sedar yang ada sepasang mata sedang memerhatikannya dari belakang.

"Boleh saya tolong, cik?"

"Tolong berikan minuman ni pada lelaki yang duduk paling hujung tu, baju hitam. Cakap dari second wife dia.." katanya seraya tersenyum lebar sampai ke telinga. Pekerja cyber cafe tersebut mengangguk sebelum beralih mendapatkan Jungkook di sudut cafe tersebut.

"Siapa bagi?"

"Em, katanya dari second wife, Encik" beritahu lelaki itu. Jungkook mengetap bibir sebelum matanya meliar memandang ke setiap sudut didalam cyber cafe tersebut sampai wajah Nadine dijumpainya. Gadis itu melambaikan tangannya pada Jungkook. Jungkook mengambil minuman tersebut dari lelaki tersebut.

"Haih, tak bolehke kalau tak menyusahkan kalau sehari ni.." bisik Jungkook, headphone dilepaskan dari telinga sebelum barangannya dikemaskan.

"Jungkook! Where are you going? Bukan awak suka ke tempat macam ni? Tempat ni kan ada kenangan kita? Sebab tulah awak kesini, kan?" Soal Nadine sambil mengekori Jungkook keluar dari cyber cafe tersebut.

"Kenapa? Takut isteri awak nampak kita berdua? Takut bayaran awak ditarik semula? Come on-lah Jungkook! Saya boleh bayar awak lebih dari dialah!" perli Nadine, Jungkook hanya mengepal tapak tangannya, cuba bersabar sebelum tapak tangannya melayang ke muka gadis tersebut. Hisy! Jangan jadi dayus!

"Stoplah Nadine, apa awak nak dari saya?"

"Saya nak awak jadi suami saya semula, walaupun sementara. I want to enjoy you.."

"Awak kena faham Nadine, dalam konteks SUD, saya cuma lelaki yang ditugaskan untuk menjadi suami sementara, bukan lelaki pemuas nafsu. Saya bukan gigolo!" marah Jungkook. Geram betul dia! Ini bukan kali pertama dia disalah anggap sebagai gigolo pada mata orang lain. Tapi SUD hanya menyediakan khidmat lelaki yang akan menjadi suami sementara seorang gadis. Tidak ada hubungan yang lebih dari itu. Jungkook bukan lelaki bodoh nak buat benda murah.

"Tapi awak tetap kena bayar, kan?"

Jungkook mengetap bibir, nafas cuba diatur sebelum tanpa banyak bicara dia berjalan meninggalkan Nadine terpinga- pinga.

"Susah sangat ke awak nak faham? Hah?!" Nadine menghentakkan kakinya geram, geram yang teramat.

.

.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro