Bab 22🔒

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌻

"Aku rasa aku dah buat kerja gila" kata Jungkook. Penyedut minuman digunakan untuk mengacau minuman yang masih tersisa separuh didalam cawannya itu. Galau ni galau!

"Kau buat apa?" soal Mingyu dengan muka yang tak berminat nak dengar, dia capai phonenya sebelum aplikasi permainan mobile legends ditekan. Kedua tapak tangan dia urut- urut perlahan, bersedia hendak fight dengan enemy.

"Aku tak tahulah, aku rasa makin hari aku makin berani. Berani bukan apa, aku mulai berani dekat dengan dia, sentuh tu sikitlah, but this is too much skin to skin! Aku takut kalau aku terus macam ni, aku terbabas!" ucap Jungkook sebelum memegang kepalanya.

Stress dia kalau macam ni. Ariel tu, mana boleh bawa main sangat, dia berani, dia langsung tak teragak- agak untuk mulakan rentak yang bagi Jungkook adalah bahaya. Tahu tak betapa susahnya nak elakkan diri dari Ariel? Seperti kelmarin? Sikit lagi nak terbabas, kan?

"Lahh, korang buat apa pulak kali ni?" soal Mingyu, sengaja mahu buat- buat dengar walhal dia langsung tak nak ambil tahu malahan dia tak berminat untuk mendengar. Saja je nak temankan Jungkook ni, yalah, sahabatlah konon!

"Kami tak buat apa- apa, just buat perkara ringan ke. Yup, perkara ringan." jawab Jungkook sebelum dia senyum- senyum sendiri.

"Tapi aku kena akui yang kali ni aku memang susah nak kawal diri, kadang aku seduce dia, tapi melarat. Kadang aku takut perkara yang tak patut berlaku, berlaku. Dia isteri aku, itu aku tahu dan aku faham. Cuma aku dengan dia masih terikat dengan satu kontrak, dan kalau aku tersentuh dia, kontrak tu automatik akan terbatal dan aku akan dikenakan denda kerana melanggar janji yang dibuat" panjang lebar Jungkook berkata tapi hanya seperti angin lalu saja ditelinga Mingyu.

Jungkook mengeluh berat, ni lah yang susah ni. Perasaan dia sama seperti kali pertama dia melakukan pekerjaan ini, namun kali ini, mungkin sedikit mencabar dan pastinya lebih mendebarkan.

"Victory!"

"Yes!" sorak Mingyu buatkan Jungkook memandangnya dengan muka poker. Dia tak tahulah nak buat apa dengan Mingyu ni. Punya panjang dia bercerita tu, dia layan game pulak?!

"Ohh bro, lepas tu?" tanya Mingyu.

"Lepastu, aku nak balik" balas Jungkook sebelum mengangkat punggung beredar dari cafe tersebut. Mingyu terpinga- pinga seketika sebelum dia sambung main game balik.

Alahh, biasalah tu, gaduh- gaduh manja. Ke, tension sebab bini baru? Ahh tak tahulah!

🌻

"Kita tak ada meeting hari nilah, Taehyung!" ujar Ariel, mahu saja dia marah Taehyung bila lelaki itu sudah tercongok dihadapan syarikat LE Holding's seraya membawa sejambak bunga rose bersertakan senyuman kotaknya.

"Yes, memang kita tak ada meeting hari ni, tapi saya kena selesaikan masalah kita. Saya tak boleh biar awak tinggal lama dengan lelaki yang awak gelar suami tu" jelas Taehyung.

Ariel mengeluh berat, dia meraup rambut hitamnya kebelakang. Dia tak boleh membalas kata- kata Taehyung kerana dia tak mahu berfikir banyak tentang perkara tersebut. Yalah, Taehyung ni, makin dilayan, makin menjadi- jadi.

"Awak tak nak bagi saya peluang kedua ke?"

"Perasaan saya untuk awak dah lama mati seiring ketika awak melangkah untuk tinggalkan saya dulu, Taehyung" ucap Ariel dengan bibir yang diketap. Dia geram dengan Taehyung, kenapa tanya soalan yang dia terang- terang sudah tahu?

"Saya boleh betulkan-"

"Betulkan?! Awak nak betulkan apa? Awak buat saya macam perempuan bodoh, awak buang saya macam sampah! Macam mana awak nak betulkan? Putarkan balik waktu? Macam tu? Huh?" Ariel melangkah merapatkan diri dengan sebelum dada Taehyung dia pukul. Taehyung diamkan diri, dia sentuh tangan Ariel namun cepat ditepis olehnya.

"Pergilah balik Taehyung.. kehadiran awak didepan mata saya boleh buat saya sakit kepala, sakit hati, bahkan boleh sakit jiwa!" balas Ariel serentak tubuhnya ditarik kedalam pelukan Taehyung.

"Saya minta maaf.. saya tahu saya salah, sebab tulah saya datang, nak tebus balik kesalahan yang pernah saya buat pada awak."

"Saya dah tak boleh terima awak, awak faham tak? Saya dah berkahwin, dah ada suami-"

"Awak fikir saya tak tahu siapa suami awak tu?" bisik Taehyung buatkan Ariel dengan pantas menolak tubuh lelaki itu.

"Apa maksud awak?"

"Dia cuma suami sewaan yang awak sewa hampir setengah juta, am I right sweetie?" tanya Taehyung seraya tersenyum sinis.

"Kalau ya pun, kenapa?"

"Saya masih ada peluang, kan?"

"Kalau dia suami sewaan saya, tak bermaksud saya boleh terima awak semula, Taehyung. Hati saya dah tertutup untuk berikan awak peluang dan awak tahu, kan? Saya tak suka peluang kedua" jawab Ariel sebelum melangkah keluar dari pejabatnya meninggalkan Taehyung terpinga- pinga sendirian.

"Saya akan dapatkan awak semula, Ariel. Saya janji.."

.

.

Oh my my my!
Oh my my my!

Good luck untuk budak pitigo☺😅

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro