Bab 24🔒

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌻

"Em, sayang. Saya ada bawakan awak panadol" ucap Jungkook sebelum pintu bilik Ariel yang terbuka sedikit dia tolak tanpa banyak bunyi. Ariel sedang duduk dibirai katil dihampiri. Panadol bersertakan segelas air putih dihulurkan kepada gadis itu.

"Makan ubat untuk hilangkan sakit kepala awak" kata Jungkook. Ariel menyambutnya tanpa banyak kata, dia tebuk dua lubang ubat panadol sebelum menelannya bersama air. Ubat diletakkan atas meja lampu.

"Nak saya urut leher sayang?"

"Boleh juga.." jawab Ariel perlahan, pening dikepalanya belum kebah. Bukan dia ada sakit apa- apa pun, dia cuma tak boleh berlama-lama dalam satu majlis. Kalau lama, macam nilah, sakit kepala dia datang.

Jungkook melabuhkan punggung di birai katil, perlahan- lahan dia urut leher Ariel. Gadis itu memejamkan matanya, peningnya sedikit hilang.

"Maaflah sebab fikir awak pregnant, tadi" kata Jungkook, Ariel mendiamkan diri. Dia tersenyum sebelum wajahnya didongakkan agar memandang Jungkook.

"Macam mana saya nak pregnant kalau awak belum pun sentuh saya?" balas Ariel dengan senyuman kecil di hujung bibirnya. Jungkook terdiam, urutannya pada leher Ariel mulai perlahan. Dia larikan pandangan.

"A- awak izinkan ke?" soal Jungkook, tergagap sedikit. Ariel meletakkan tapak tangannya dipipi Jungkook, buatkan anak mata mereka bertaut.

"Kenapa pula saya nak larang? Awak suami saya, awak ada hak keatas saya" jawab Ariel. Jungkook menggeleng bila dia tersedar sesuatu. Tapak tangan Ariel pada pipinya dia usap perlahan sebelum dia alihkan.

"Awak dah lupa ke yang saya ni, cuma-"

"Saya tak lupa, Jungkook." potong Ariel sebelum jarinya menyentuh bibir Jungkook untuk meminta lelaki itu diam. Ariel mengeluh, dia mengangkat punggung lalu berjalan keluar ke balkoni bilik. Jungkook menampar- nampar mulutnya. Sedar yang dia sudah salah cakap.

"Sayang, saya minta maaf." ucap Jungkook sebelum mengekori Ariel ke balkoni bilik. Gadis itu terdiam, tidak merespon kata- kata Jungkook. Dia berpeluk tubuh dengan pagar besi menahan tubuhnya.

"Saya tak nak maafkan awak" balas Ariel buatkan kening Jungkook terjongket. Dia sedikit gusar, dia rapatkan diri dengan Ariel sebelum lengan gadis itu dicuit perlahan. Ariel cuma tersenyum.

"Kenapa tak nak maafkan saya?"

"Bukan tak nak, saya boleh maafkan awak, tapi dengan satu syarat" balas Ariel, dahi Jungkook berkerut. Dia mulai berfikiran jauh sebaik matanya memandang senyuman kecil yang terbit dihujung bibir gadis itu.

"Syaratnya?"

"You have to treat me like your wife" jawab Ariel. Bibir Jungkook sedikit melengkung dengan senyuman.

"Sayang, i already treat you like my wife. Like this.." ucap Jungkook sebelum lengannya melingkar di pinggang Ariel sebelum gadia itu ditarik agar merapatinya.

"Saya nak awak layan saya lain dari yang lain"

"Lain yang macam mana?"

"Berbeza dengan ex- wife awak." ucap Ariel buatkan Jungkook mengemam bibir, matanya jatuh pada bibir merah bak delima milik Ariel. Jungkook mengetap bibir sebelum dia alihkan pandangan.

"Sayang.." rengek Jungkook, bibirnya dia kemam. Ariel melingkarkan lengannya pada leher Jungkook, serta merta membuatkan wajah Jungkook bertukar merah.

"Jujur saya cakap, Jungkook. Saya suka lelaki macam awak, malu tapi mahu" ucap Ariel. Jungkook mengetap bibir. Ada benarnya juga kata- kata gadis itu.

"Yes, I want. But, I cant. Awak fahamkan keadaan saya? Siapa saya yang sebenarnya? Hubungan kita hanya sementara, saya ni cuma suami sewa-"

"Jadi awak nak saya kembali pada Taehyung?" potong Ariel, sedikit kesal dengan ucapan Jungkook. Dia tahu dan dia faham, tapi tak bolehkan Jungkook lupakan perkara itu sementara? Salahkah dia nak bahagia walaupun sementara?

"Bukan itu maksud saya, sayang.."

"Tak bolehkah saya bahagia Jungkook? Walaupun awak hanyalah suami sementara saya, tapi tak bolehkah awak buat saya bahagia? Saya tak layak ke nak bahagia, Jungkook?" bertubi- tubi soalan Ariel serentak dia leraikan lengannya dari leher Jungkook dan menjarakkan diri.

"Sayang.."

"Tak apalah, saya sedar dan saya faham. Maafkan saya, sebab masuk dalam hidup awak.. Selamat malam." ucap Ariel sebelum melangkah masuk kedalam bilik. Jungkook menghela nafas berat. Rambutnya yang sudah mulai memanjang dia raup kebelakang.

"Huh.."

.


.

Hey, kiki do you love me?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro