Bab 28🔒

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌻

"Good morning, sayang.." ucap Jungkook dengan suara yang serak- serak basah kerana baru bangun tidur. Rambutnya yang kusut masai dia raup kebelakang sementara kakinya mengatur langkah mendapatkan Ariel di dapur. Punggung dilabuhkan keatas kerusi bersebelahan dengan Ariel.

"Halmoni mana?"

"Dia ke pasar, nak beli barang basah. Dia tak benarkan kita balik sebelum makan tengah hari." kata Ariel, teh pudina dituang kedalam cawan lalu disuakan pada Jungkook. Lelaki itu menggosok wajahnya.

"Lena ke tidur semalam?" soal Jungkook seraya menongkat dagunya dengan tapak tangan. Wajah Ariel yang dilihatnya dari pandangan sisi buatkan dia tersenyum. Ariel ni, tengok dari sudut mana pun tetap cantik. Haish! Angau ni angau!

"Lena, kenapa?"

"But, I didn't even feel you.."

"I just sleep 5 hours then wake up. I can't sleep because of your snoring. It's too loud" balas Ariel buatkan Jungkook tersengih- sengih sendirian. Dia capai cawan berisi teh pudina sebelum diteguknya sekaligus.

"Sayang.. ada peluk saya tak?"

"Of course.." jawab Ariel seraya menjongketkan keningnya. Gadis itu senyum buatkan Jungkook tertunduk malu. Haish, jantung ni time macam ni jugalah dia nak dup dup bagai! Keduanya mendiamkan diri, Jungkook melirikkan matanya pada Ariel lalu jatuh pada bibir gadis itu. Merah sangat, macam sedang terluka.

"Kenapa dengan bibir sayang?"

"Hidrasi, saya kurang minum air je sebab tulah kering sampai terluka" jawab Ariel, dia kemam bibir dia yang sedikit merah itu. Jungkook hanya memerhati, dia rapatkan diri dengan Ariel sebelum dagu gadis itu dia sentuh hingga wajah Ariel berhadapan dengannya.

"Tak sakit?"

"Aniya.."

"Don't even start this.." bisik Ariel sebelum jari telunjuknya diletakkan pada bibir lelaki itu. Jungkook cuma senyum, hampir terleka dia kerana asyik merenung bibir Ariel. Argh! Menggoda betul!

"Selamat pagi! Halmoni- eo?"

Seorang gadis yang baru sahaja melangkah masuk kedalam rumah terus menghentikan langkahnya sebaik matanya tertangkap dua kelibat. Satu dikenalinya, tapi satu lagi?

"Jungkook oppa?"

"Hara.." kata Jungkook sebelum berdiri, serentak tubuhnya dipeluk gadis bernama Hara itu. Ariel hanya mendiamkan diri seraya menundukkan kepala tanda menyapa Hara bila mereka bertentang mata.

"Kenapa oppa baru balik sekarang? Tahu tak Hara rindu? Halmoni pun rindu, sejak oppa bawa balik perempuan yang oppa kata kawan tu, oppa tak balik ni. Sekarang oppa bawa siapa pulak, hah?" tanya Hara bila pelukan terlerai. Jungkook melirik Ariel dari ekor mata, bimbang gadis itu marah lagi. Ouh, she's fine.

"Kali ini, oppa bawa isteri. Pergilah sapa, nama dia kak Ariel." kata Jungkook, Hara menundukkan badan, dia sedikit terkejut sebelum bibirnya mengukir senyuman lebar. Dia mengatur langkah ke meja makan sebelum menghulurkan tangan hendak berjabat tangan. Ariel menghulurkan tapak tangan dan berjabat tangan.

"Isteri oppa yang ke berapa dah ni?" soal Hara tanpa tidak diduga berserta senyuman sinisnya.

"Hara.." tegur Jungkook. Ariel mendiamkan diri, jabatan tangan dileraikan sebelum dia melangkah masuk kedalam. Hara sudah buat muka jengkel. Jungkook urut kening.

"Kenapa Hara buat macam tu dengan Kak Ariel? Dia masih isteri sah oppa walauapapun yang berlaku. Hara ulang benda yang sama macam yang berlaku dekat Kakak Au-"

"Ouh, kali ini Ariel pula? Lepas tu siapa pula? Hani? Ke perempuan barat yang lain lagi? Taste oppakan semua nak orang berbangsa barat. Ada keturunan Amerikalah, itulah inilah. Huh!" dengus Hara seraya berpeluk tubuh. Jungkook menggelengkan kepalanya, sedikit geram perilaku Hara yang merupakan sepupunya itu.

"Berapa dia bayar oppa?"

"Hara please, jangan jadi antagonis. Kenapa Hara jadi macam ni? Pembenci?"

"Hara tak benci oppa, Hara benci perempuan- perempuan yang oppa kenalkan kepada Hara sebagai isteri oppa." jawab Hara. Mereka merenung mata satu sama lain, geram, marah dah lain. Entahlah, Hara yang dia kenal dulu bukanlah seperti Hara yang sekarang.

"Hara tak kahwin lagi sebab Hara cintakan.."

"Hara tahukan yang hubungan kita sama seperti adik dan abang sahaja? Oppa hanya anggap Hara sebagai adik, tak lebih dari tu.."

"Hara benci oppa" kata Hara dengan riak wajah seperti ingin menangis. Jungkook ketap bibir, kali ini dia tidak boleh berlembut lagi, disebabkan Hara, hubungannya dengan cinta pertamanya putus ditengah jalan.

"Terpulanglah kalau Hara nak benci, oppa dah penat." balas Jungkook sebelum melangkah meninggalkan Hara lalu naik ketingkat atas untuk melihat keadaan Ariel isterinya.

"Sayang.."

"Em..?"

"Maafkan Hara, dia tak ada niat pun nak cakap macam tu-"

"Gwenchana, oppa.. Huh!" Ariel mendengus sebelum ketawa kecil. Dia beralih untuk duduk diatas birai katil, rambutnya yang menutupi wajah dia raup sebelum dia pandang Jungkook dengan pandangan redup.

"Tak sangka awak ni jadi rebutan ramai, Jeon Jungkook.." kata Ariel membuatkan senyuman Jungkook mengembang. Adakah itu satu pujian atau..

"Well I-"

"You are mine." pintas Ariel buatkan Jungkook terpegun seketika.

"Boleh awak janji dengan saya supaya kekal menjadi milik saya, Jeon Jungkook? Even after 3 months?" soal Ariel buatkan Jungkook terdiam. Dia dapatkan rasakan yang kesedihan, kekecewaan serta sakit hati dalam mata gadis itu. Jadi Ariel lebih memilih untuk mendiamkan diri dari meluahkan isi hatinya?

"Are you always that hurt, Ariel? Didn't your heart, hurt?"

"Why are you asking when you already know?" balas Ariel sebelum perlahan- lahan air matanya mengalir membasahi pipi buatkan Jungkook terpegun ditempatnya.

"Sayang.."

"I'm sorry.."

.

.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro