Bab 31🔒

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌻

Clek!


Ariel melangkah memasuki rumah dengan badan yang lesu. Penat seharian duduk didalam pejabat dan siapkan kerja yang tertangguh untuk beberapa hari. Baru saja dia hendak melangkah naik ke tingkat atas, Jungkook sudah menegurnya dari arah dapur. Laju lelaki itu merapati Ariel sebelum berdiri dihadapan gadis itu.

"Sayang mesti belum makan, kan? Saya ada masak sikit, simple and fast food. Jom, makan malam sama- sama?" ajak Jungkook. Perlahan- lahan dia ambil beg sandang Ariel lalu meletaknya diatas sofa. Dia tarik lengan Ariel perlahan.

"Saya dah makan dengan klien tadi" balas Ariel. Jungkook mengetap bibir, pegangan tangannya terhadap lengan Ariel masih belum lepas.

"At least, boleh awak temankan saya makan? Kalau awak sudilah.." kata Jungkook dengan suara rendah. Sengaja mahu buat Ariel rasa simpati dengannya.

Agrh! Sejujurnya, dia rindu nak bermanja- manja dengan Ariel, makan berdua, cuddle.. hem!

"Jomlah.." kata Ariel perlahan buatkan senyuman Jungkook lebar sampai ke telinga. Laju dia melangkah masuk ke dapur. Ariel hanya mengekori dari belakang, dia terus menuju ke peti sejuk lalu mengambil satu kotak jus apel lalu menuangkannya kedalam gelas.

"Sayang.." panggil Jungkook. Ariel mendongakkan kepala seraya menjongketkan keningnya. Jungkook mendiamkan diri sekejap sebelum dia menyenduk nasi kedalam piring. Ariel hanya memerhati seraya meneguk jus apel.

"Kakak awak bagi notice dekat saya yang dia akan tinggal kat hotel untuk beberapa hari. Sayang jangan risau, dia tak stay kat rumah tadi, awal pagi lagi lepas sayang pergi kerja dia keluar." jelas Jungkook. Ariel tidak merespon.

Jungkook kemam bibir, hey give my seductive wife, Ariel Lee back! Duduk diam je macam ni tak best lah! Hisy!

"Em.. macam mana dengan kerja sayang? Okay?"

"Em.."

Jungkook senyum hambar, semua ni kalau dihitung memang salah dia jugak. Yalah, kalau dia terangkan semuanya dari A sampai Z ke Ariel. Tentu keadaan tak jadi macam ni, kan? Hey, lagipun dia pun tak tahu yang Ariel ni boleh tahan kuat jugak merajuk. Hey, sayang- sayang..

"Sayang.."
"Saya nak tidur dengan awak malam ni" ucap Jungkook buatkan Ariel mendongakkan kepalanya cepat. Sedikit tidak mempercayai kata- kata Jungkook. Jungkook mengetap bibir, argh pedulilah!

"Are you sure?"

"Y- yes."

"Tapi saya suka tidur guna top and bottom je. Awak tahu, waktu malam sentiasa terasa panas, kan? Are you okay with that?" soal Ariel dengan suara yang biasa namun kedengaran luar biasa dan seksi di telinga Jungkook. Pipi Jungkook memerah. Dia menggeleng- gelengkan kepalanya bila terbayang perkara yang bukan- bukan.

Argh! Boleh gila aku kalau macam ni!

"Mu- mungkin saya akan okay?"

"We'll see" ucap Ariel buatkan Jungkook menelan liur. Cepat- cepat dia mengalihkan pandangan seraya sambung mengunyah makanan.

Kau betulke akan okay, Jungkook?

🌻


Dengan penuh debaran, Jungkook mengetuk pintu bilik Ariel, namun tidak ada jawapan langsung dari gadis itu. Jadi dia memilih untuk masuk terus tapi sebelum itu dia menarik nafas sebelum menghembuskannya.

Kenapa tiba- tiba rasa nervous ni?

Clek!

Jungkook menolak pintu bilik dengan perlahan sebelum mengintai sekejap, tak ada kelibat Ariel dalam bilik tidur tersebut, mungkin isterinya itu sedang mandi? Em..

Jungkook melangkah merapati katil lalu duduk dibirai katil. Dia menghela nafas berat, matanya memerhati ke sekeliling bilik tidur milik Ariel, wangian lavender buatkan Jungkook terasa tenang seketika.

"Huh.."

Bunyi pintu kamar mandi dibuka buatkan Jungkook yang tadinya tenang kembali gugup. Matanya menangkap figura Ariel yang baru keluar dari kamar mandi seraya memakai bathrobe. Keadaan itu buatkan Jungkook bertambah gemuruh.

"Sayang.." ucapan Jungkook terjeda bila Ariel melangkah merapatinya. Argh! Gila ni gila!

"Isteri awak.. pernah buat macam ni?" soal Ariel. Jungkook menggeleng perlahan. Ariel cuma senyum, dia mengikat tali bathrobe pada tubuhnya sebelum bergerak menjauhi Jungkook. Lelaki itu mengelus dadanya.

"Sayang, we- we really need talk." kata Jungkook. Dia hanya menelan liur melihat Ariel yang sedang berdiri membelakanginya di meja kecil di hujung bilik.

"Cakaplah.."

"Pasal kakak awak, saya betul- betul dah lupakan dia-"

"I know" jawab Ariel. Jungkook mengerutkan dahi, sedikit pelik dengan tingkah laku gadis itu. Kalau dia tahu, kenapa masih tak nak bercakap bahkan bertegur sapa dengan dia?

"Habistu, kenapa tak hiraukan saya?"

"Sebab saya sengaja-"

"Awak sengaja nak buat saya terseksa? Sengaja nak biarkan saya berteka- teki? Sengaja buat saya sakit hati? Huh?" soal Jungkook bertubi- tubi. Geram dengan Ariel, dia melangkah hendak keluar dari bilik namun langkahnya terhenti bila Ariel mengucapkan sesuatu.

"Awak tahu, kan saya tak boleh bencikan awak? Sebab apa? Sebab saya cintakan awak" ucap Ariel. Jungkook berhenti melangkah.

"Saya jauhkan diri dari awak sebab nak hilangkan perasaan tu, sebab saya tahu, awak takkan mungkin cintakan saya semula, kan?"

Jungkook jadi serba salah.

"Sayang.." Jungkook menghampiri Ariel sebelum membalikkan gadis itu agar berhadapan dengannya.

"Susah sangat ke nak lupakan saya?"

Ariel dengan cepat mendongakkan kepalanya memandang Jungkook, soalan itu terasa sangat kejam untuk dikatakan kepadanya. Dia menolak tubuh Jungkook hingga terundur beberapa langkah lalu terduduk di birai katil.

"Susah Jungkook, sangat susah. Kalau saya boleh lupakan awak, mesti saya tak bersama dengan awak sekarang. Maybe I'll be with Taehyung right now-" ucapan Ariel tergendala bila Jungkook mengecup bibirnya tanpa amaran. Jungkook leraikan ciuman.

"Jangan sebut nama lelaki tu bila dengan saya.."

Pandangan mata Jungkook menikam anak mata Ariel. Gadis itu tersenyum kecil, tapak tangannya menyentuh leher Jungkook buatkan lelaki itu mengetap bibir, dia sedar yang Ariel sudah kembali ke Ariel yang dahulu.

"I'm not.."

"Don't.." Jungkook menggeleng kecil, tapak tangan Ariel ditahan dari bergerak lebih jauh. Ariel cuma ketawa bila melihat wajah cuak Jungkook. Dia mengecup dahi Jungkook lembut buatkan Jungkook terpana.

"Saya akan jaga jarak dengan awak mulai dari sekarang, Jungkook. Jadi awak tak payahlah risau.." ucap Ariel. Jungkook mendiamkan diri, dia gigit bawah bibirnya. Pinggang Ariel ditarik lalu dipeluknya erat.

"Tak, jangan buat macam tu. Just stay like this, saya akan rindukan awak.." ucap Jungkook. Ariel tidak merespon, dia hanya mengusap rambut Jungkook perlahan.

"Please.."

.

Maafkan aye sebab buat macam niii

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro