《40》

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🐰

Jimin merenung keluar tingkap kaca didalam pejabatnya. Dia rasa kosong.. dan sunyi. Entahlah, lepas balik je dengan taehyung tempoh hari, dia rasa something, something yang.. ergh! Susah nak explain.

Jimin pegang dadanya dan tepuk pelan. Alahaiilaa hati, janganlah gatal sangat. She's not the only one, bisik jimin pada dirinya sendiri. She's Jungkook wife anyway. Bisik jimin lagi. Lelaki itu mengeluh pendek, dia rasa sebal dengan dirinya.

Mengapa dia perlu jatuh cinta pada sesuatu yang telah menjadi milik orang? Mengapa mesti Rachel? Mengapa mesti hak milik Jungkook? Jimin tepuk dadanya sendiri. Rasa nak marah, tapi marah untuk apa? Hatinya memang senang nak jatuh cinta.

Jimin pejamkan mata. Dia perlu hilangkan bayangan gadis itu dari fikirannya sekarang juga. Tapi kenapa bayangan itu menjadi lebih kuat pulak? Kenapa tak nak lari rachel-ya? You're not mine. Just let it go. Jimin acakkan rambut perangnya kusut. Mahu je dia tumbuk cermin kaca ni, bior pecah. Bior berdarah tangan. Tapi.. nanti appo.

Jimin seluk poket seluarnya. Phone ber- casing hitam putih dia teliti. Bibirnya tersenyum kecil. Phone milik rachel. Dia on- kan phone tersebut, dan disitu dia nampak wallpaper Jungkook dan Rachel. Rachel dengan wedding dressnya. Ahhh this is so hurtless. Jimin ketap bibir, semalaman dia on- off phone tu semata- mata nak tengok gambar Rachel yang sedang tersenyum.

Dia dah ceroboh masuk phone milik gadis itu dan meneliti segala isi dalamnya. Tapi hasilnya makin dia rasa sakit hati adalah. Jungkook, Jungkook dan Jungkook. Hwargh!! Jimin dah buang tebiat!

"Woii malaun"

Jimin bernafas pelan. Dia masukkan phone milik rachel kedalam saku seluarnya semula. Badan dipusingkan menghadap lelaki yang sedang tersenyum kotak. Siapa lagi kalau bukan Kim Taehyung? Ponteng kerja aje dia tahu. Jimin menjeling, muka kacak macam aku kau panggil malaun? Jilake punya taikhyung.

"Apa?"

Taehyung mengukir senyuman yang meleret- leret, tanpa pelawaan dari Jimin dia duduk di kerusi hadapan meja kerja CEO PARK. Pendek. Getus hati taehyung, macam manalah manusia pendek macam dia dapat duduk kerusi tertinggi ni? Eish. Itu rezeki orang. Jangan dipersoalkan. Jimin mengeluh, layan taehyung yang gila- gila ni mungkin dapat hilangkan perasaan tu sikit. Yep, haraplah.

"Mana wana?"

"Wana apa?" Tanya Jimin balik, dia labuhkan punggung atas kerusi kerjanya. Butang kot dibukanya sedikit bila pergerakannya sedikit terbatas akibat kot tersebut. Taehyung meleret senyum lagi. "Alahhh Wana Lee, PA kau tu, mana dio?" Soal taehyung lagi. Matanya meliar ke luar pejabat Jimin yang bapak besar tu. Mencari- cari kelibat si PA cantik yang dimaksudkannya tadi.

"Kenapa kau tanya pulak ni? Sangkut ke?" Sebaik saja Jimin melontarkan soalan tersebut, mulalah Taehyung buat muka malu- malu kucing gitu. Eee lepuk kang, berderai gigi. Taehyung angguk kecil dan cover muka dia dengan tangan.

"Kau jangan macam- macam, tunang orang tu woii" membulat besar anak mata taehyung. Tak dapat nak terima kenyataan yang Wana Lee, PA cantik dan merangkap bekas peramugari tersebut sudah bertunang?

What da

"Elehh aku usya je, mana tau kau lagi teruk, bini orang pun jadi" perli Taehyung tanpa tahu apa- apa. Serkap jarang. Mengena tu Taehyung. Serentak itu, pembantu bahagian pantry, Meii Hwa mengetuk pintu bilik dan menghidangkan secawan kopi dan segelas jus oren pada kedua jejaka idaman tadi. Lepas tu dia keluar balik. Terus aja taehyung menyambar gelas berisi oren miliknya tadi.

Jimin gigit bawah bibirnya. Takkanlah taehyung dah tahu yang dia sukakan rachel? Sepupunya itu? Matilanak. Jimin pandang taehyung yang sedang meneguk jus orennya. Taehyung angkat kening tanda apa bila Jimin asyik merenungnya.

"A- ada betulnya jugak tentang apa yang kau cakap tadi tu" kata Jimin tersekat- sekat. Jantung dia berdegup kuat. Taehyung kerutkan dahi. Now tell me, Jimin sedang cari masalah apa sampai bini orang pun dia nak try ni? Takda perempuan single lain ke yang dia boleh try? Mengapa bini orang jugak yang dia nak?

"Dan.. o- orang tu.. isteri kawan kita. Rachel" luah Jimin. Bersembur jus oren yang memang sedia ada dalam mulut taehyung jadinya. Kepala bana anda Jimin. Engko ingat ni april fool ke apa?

"Jangan nak berguraulah Park Jimin! Birthday aku belum sampai lagi, april fool pun dah lepas, gurau kasar kau ni, jangan nak memainlah malaun!"

"Aku cakap betullah!"

Kedua- duanya terdiam. Jimin mengeluh pelan. Dia keluarkan phone milik rachel dari saku seluarnya dan letakkan atas meja kerjanya. "Kau curi?"

"Jubo kau" haaa jimin ganas dah mari. Tersengih taehyung jadinya. Jubo- jubo ni mana boleh buat main. Malulah dia nanti. Eish.

"Habis tu?" Tanya taehyung dan garu kepalanya yang tidak gatal. Jimin sandarkan badannya di kerusi. Kepalanya dia picit pelan. Rasa lega jugalah sebab dapat luahkan isi hati pada manusia tak berapa betul depan dia ni. "Aku kira nak bagi dia balik, tapi.. aku tak berani. Aku takut aku.. tak dapat nak kawal diri" kata jimin. Dia raup wajahnya dengan kedua tapak tangan. Terdengar taehyung mengeluh.

"Kau nampak kan macam mana keadaan Jungkook hari tu? Apa yang dia buat dekat lelaki tu bila rachel disentuh? Kau nak ke jadi macam tu? Jangan bermain dengan api Park Jimin" kata taehyung memberi amaran. Dia tak boleh bayangkan kalau Jimin dan Jungkook bergaduh disebabkan perempuan.

"Aku tahu" balas Jimin dengan keluhan berat.

"Aku harap kau tak ulang lagi apa yang kau buat 3 tahun yang lalu. Keep this in your mind, past is past. Aku nak kau lupakan Rachel macam kau lupakan Jieun dulu" kata taehyung. Sesungguhnya, Jimin adalah manusia paling susah untuk dinasihat. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

But, Park Jimin is Park Jimin. This is his 'another' side.

🐰


Jungkook masukkan pepero cookies and cream kedalam mulutnya. Badannya disandarkan pada meja snek bar yang tinggi tu. Pepero bar, ruangan yang menyediakan dessert bercirikan pepero. Rachel suka benda manis, so dia suggest ruangan ni pada pereka dalamannya. Uuee.

"Jungkook.."

Jungkook menoleh, wajah yang rachel memuncungkan bibirnya itu dipandang dengan wajah yang mintak penampor. Sebenarnya dia faham akan masalah rachel yang tak dapat nak naik untuk duduk atas kerusi bar yang tinggi tu. Budak pendeklah katakan.

Jungkook naikkan kening tanda apa, mulutnya masih mengunyah pepero, kali ini perisa coklat pulak. Rachel memuncungkan bibirnya ke kerusi bar yang tinggi tu. Tch, ni yang tak suka ni. Dahlah dari tadi dia berperang dengan kerusi sebab tak dapat naik untuk duduk. Kaki dia dah kebas dah ni sebab asyik berdiri dari tadi. Jebon punya angkaralah ni.

"Usaha tangga kejayaan" kata Jungkook dan selamba badak dia masukkan beberapa batang pepero lagi kedalam mulut dia. Rachel membebel. Dia bergayut di lengan Jungkook yang sasa tu, mencuba untuk raih simpati kepada makhluk bernama Jeon Jebon. Jungkook sengih suka. Tapi sengihannya perlahan- lahan memudar bila pelayan tadi mulai melirik- lirik isterinya. Mung cari pasal eah?

Jungkook jeling pekerja tadi dan pusingkan badan dia yang tadi berdepan dengan pekerja tadi ke menghadap Rachel.

"Saya pun nak"

"Nahhh, ambiklah" Jungkook letakkan batang pepero pada hujung bibirnya. Leher rachel ditarik agar merapat dengan wajahnya. Tapi rachel menahan dan menggeleng tanda tidak. "Eeee saya nak satu kotak, bukan satu batang macam tu" rengek rachel segupe kanak- kanak. Haaa match lah mereka ni, satu rabbit yang manja habis, satu kentang yang act cam bebudak. Lepuk dedua kang, susah.

Jungkook gelengkan kepala, dis tetap tarik leher rachel supaya merapat dengannya. Akhirnya disaksikan pelayan bar tadi, Rachel dan Jungkook buat jugak pepero kiss challenge.

"Jom"

"Ha? Alahhh saya tak puas nak rasa lagi pepero tu Jeon Jungkook" rachel mencebik kesal. Dia keraskan badan dia bila Jungkook dah tarik dia untuk ke suatu tempat. "Bibir aku ada je selalu, jangan risau, nanti malam kita sambung" selamba badak je jebon tu jawab. Memang dia tak nampak ke ada banyak mata yang perati je gerak geri mereka dari tadi?

Tubuh rachel ditolak masuk kedalam lif jernih. Tombol tingkat bernombor 2 Jungkook tekan. Rachel cebikkan bibir, Jungkook senyum kecil sebelum serahkan satu kotak pepero perisa cookies and cream tadi ke rachel. Rachel terkebil- kebil sebelum menyambutnya. "Gomapta Jungkook-ya"

"Em" jawab Jungkook. Dia capai tangan rachel dan tautkan jari- jemari mereka berdua. Rachel hanya biarkan saja. Mata dia dah bersinar- sinar sebabkan snek tu. Rachel masukkan pepero kedalam beg kecilnya, tangan mereka yang bertaut dia goyangkan depan belakang. Senyuman lebar diberikan ke Jungkook.

"Kawal sikit senyuman tu rachel, tu baru sikit. Lepas ni kau nak senyum sampai koyak bibir ke apa?" Tanya Jungkook, rachel mencebik dan jatuhkan dahinya ke lengan Jungkook. Niat nak pukul, tapi dia tak terdaya pulak hari ni. Jungkook manyak baiklah hari ni. Mana bole sakitkan Jungkook.

Ting!

Mereka beriringan keluar dari lif jernih tersebut dan benda pertama yang menarik minat Rachel adalah gula- gula kapas! Awww, finally i found you!! Terus tangan jungkook dia lepaskan dan berlari- lari anak ke penjual gula- gula kapas tadi. Jungkook geleng- gelengkan kepalanya.

"Come here, someone special really want to see you" kata Jungkook dan menarik pergelangan tangan Rachel bila gadis itu selesai membayar gula- gula kapas berbentuk unicorn tersebut. Rachel hanya menuruti Jungkook.

Jungkook membawa diri mereka ke sebuah kedai Aquarium yang sedikit besar dan hampir memenuhi satu tingkat tersebut. Mereka beriringan masuk kedalam setelah membayar di kaunter. Rachel hanya meleret senyum saja bila gula- gula kapas masuk kedalam mulutnya.

"Jungkook, look! Macam baby kan?" Kata Rachel dan menundingkan jari ke ikan emas yang sedang berenang- renang dalam aquarium tu.  (Baby: nama anak ikan emas mereka berdua. Dah tukar nama sebab Rachel protes. Rujuk ch13)

Jungkook hanya mengangguk, dia belek phone dia dan tarik tangan Rachel bila isterinya itu hampir dilanggar oleh para anak muda yang berada di tempat itu. Jungkook mendongak, dia angkat tangan kiri dia sebelum menarik Rachel ke tempat lelaki tersebut berada.

"Maaf sebab buat papa lama menunggu" kata Jungkook seraya menunduk, Rachel yang termangu- mangu ikut menunduk ke lelaki yang digelar 'Papa' oleh Jungkook tadi. Rachel tegakkan badan balik, lelaki tersebut tersenyum.

"Long time no see, my daughter" kata lelaki itu sebelum menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Rachel. Walaupun masih tak tahu apa- apa, Rachel tetap hulurkan tangan dia. Kelihatan anak mata lelaki itu berkaca- kaca.

"Papa rindukan kamu, Rachel sayang" katanya dengan suara yang mulai serak. Lelaki tersebut akhirnya mengalah jua, dia menangis. Setelah hampir 12 tahun berjauhan dengan anaknya sendiri, akhirnya dia bertemu juga. Rachel Kim, his own daughter.

"Papa?" Soal Rachel. Dia kerutkan dahi, Jungkook lepaskan tangannya dan ambil gula- gula kapas dari pegangan gadis itu. Belakang tubuh Rachel dia tolak perlahan. "Go talk to your father, i'll be wait, there" kata Jungkook dan tundingkan jari ke satu penjuru sebelum berjalan menjauhi kedua anak- beranak tersebut.

"How's your mother do-"

"She's dead, because of heart cancer" jawab Rachel, dia tundukkan wajah dan mainkan anak jari jemarinya. Sebenarnya dia tidak menyangka yang dia akan menemui papanya disini. Terdengar Tuan Kim mengeluh kesal. Dia kesat air matanya dan membuang pandang ke arah aquarium.

"Papa minta maaf sebab tak lawat kamu di perancis. Papa.. sibuk. Lagipun mama-"

"My mother never talk about you. She just say that my father is busy, very busy. I don't ask more, cause mom could scold me. So, it's you?" Soal Rachel dan pandang wajah lelaki tua didepannya ini. Terpancar riak kecewa yang amat di anak mata lelaki itu bila anak mata mereka bertembung. "Yea, t- that's me" jawab Tuan Kim lirih.

"I feel bad. Papa.. tak tahu nak buat apa, I love your mother but at the same time, i have to take care of your stepmother. Dia yang pertama dalam hidup papa."

"Papa abaikan kami lepas tu kan?"

"Tak sayang. Papa tak pernah abaikan kamu berdua, papa sayang mama kamu dan mama tiri kamu sama rata, but i've to choose one. I have to choose just one, then i realize that i've make a biggest mistake in my world. I've lost your mother and you. I- i'm so sorry" Tuan Kim meraup wajah. Rachel menunduk, dia tak marah, cuma terasa hati saja sebab nampak macam mereka dibiarkan diluar negara.

"Papa.." Rachel merapat, dia usap belakang tubuh lelaki tersebut sebelum dibawa ke pelukannya.

"Saya still sayangkan papa walaupun papa pilih mama tiri tu" bisiknya ke Tuan Kim. Kami galaklah lelaki itu menangis bila mendengar ucapan anak gadisnya itu.

Maafkan aku, Jane.

.

.

Hip hip hore!

Promote;

My Doctor - KSJ
By @heitsmehari

[Thank you for reading. Do vote and comment♡♡]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro