《44》

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🐰

Seperti biasa, Taehyung akan ke sungai Han untuk mengambil angin sambil membawa anjing kesayangannya itu. Dia pasangkan earphone pada telinga dan berlari- lari anak mengejar anjingnya.

Pemakaiannya hari ni simple je, hanya t- shirt putih dan seluar slek hitam dengan bandana jenama gucci melilit dikepala. Dia nampak hot dengan pemakaian macam tu, yup he's look like boyfriend material.

"Yah, jangan pergi jauh" jeritnya pada anjing kecilnya tersebut lalu meregangkan badannya sikit. Inilah rutin harian Taehyung, dia akan ke Sungai Han untuk jogging pada setiap hari rabu or khamis dan pada hari itu jugalah Sungai Han akan penuh dengan para anak gadis yang nak mengorat Taehyung.

"Huhu hhuu"

Taehyung kerutkan dahi, suara tu nampak macam familiar aje di telinga dia. Refleks kepalanya tertinjau- tinjau untuk mencari mana datangnya suara orang tersebut. Eih, frust teruk ni. Dan di satu sudut, dia akhirnya menjumpai kelibat seorang gadis sedang duduk memeluk lutut dengan dress paras lutut berwarna pic dan higheel yang dipandankan sama dengan dress milik gadis. It's simple, but look so elegent. Fit her well.

"Huhuhhu huuu huu"

Taehyung rapatkan diri, dia regangkan lengannya. Anak matanya melirik kearah gadis itu sedikit, wait, macam kenal. Dia rapatkan diri lagi lalu menunduk, disebabkan tindakannya itu, para anak gadis yang lain mulai memandang serong pada dirinya. Tch.

"Hey, i think i know you" katanya pada gadis tersebut. Untuk beberapa detik seterusnya, hanya bunyi gadis menarik hingus dan melap hidungnya. Masih belum nak angkat wajah. Taehyung senyum, dia rogoh saku poket seluarnya lalu menghulurkan napkin miliknya.

"Here, guna ni untuk lap hingus awak tu" katanya. Lambat- lambat gadis itu mendongak, pandangan mereka bertaut seketika. Fikir Taehyung, yang dia akan berjumpa dengan jodohnya hari ni. Yep, macam cerita yang lainnya, angkat muka, hati akan bertaut. But wait a minute, ini isteri orang.

"Tae?"

"Rachel? What are you doing here?" Soal Taehyung lalu ikut duduk mencangkung dihadapan gadis itu. Dengan dahi yang berkerut dia pandang seraut wajah polos yang basah dengan air mata didepannya ini. Rachel pout, dia rasa macam nak nangis balik bila tengok Taehyung. Like what i've say, he's look like a boyfriend material. Dan itu buatkan Rachel jeles, sepatutnya Jungkook yang ada depan mata dia sekarang, bukan Taehyung. Huaaa!!

"Mana husband? Jungkook?" Tanya Taehyung tanpa sedar yang dia akan buatkan hati Rachel yang sedia hancur tu makin hancur ke kepingan lalu pecah lagi hingga tinggal cebisan. Semuanya sebab Jeon Jungkook punya angkara!! Lagipun Taehyung manalah tahu apa- apa, dia pun pelik takkanlah Jungkook tinggalkan isteri kesayangan dia ni kat sini? Nak kena sambar kumbang lain ke apa ni?

Belum sempat Taehyung hendak menanyakan soalan Rachel meraung balik. Gelabah lelaki itu jadinya, eih dahlah orang- orang yang lalu lalang kat sana dah pandang dia lain macam. Adoii, nanti kena cakap dia buat onar dekat anak orang.

"Ehhh kenapa ni?"

Laju je tangan dia tepuk belakang Rachel untuk menangkan gadis itu. Tidak cukup dengan itu, dia tarik Rachel kedalam pelukan, biarlah dia kena cop ambil kesempatan dekat Rachel sekalipun, sebab dia rasa yang dia patut tenangkan gadis itu sekarang. His instict say that.

"Jungkook.. he.. hurgh huwaa!!" Kata Rachel disebalik sendu tangisannya. Sepatutnya dia keluar berdua dengan Jungkook, menikmati mi jajang dan buat momen romantik balik. Tapi Jungkook sendiri yang tempah bala, aish! Tengoklah apa dah jadi sekarang?!

"What?"

Rachel sembunyikan wajah, dia tekup mulutnya menggunakan tangan. Seburuk- buruk apa pun peribadi Jungkook, dia takkan ceritakannya pada orang lain. He's my husband, by the way. Itu salah.
Tapi bagaimana kalau Jungkook betul- betul maksudkannya? Harap Rachel tak ambil inisiatif untuk pancung kepala Jebon.

Yep, haraplah.

🐰

Disini, Jungkook masih tersangkut di kesesakan jalan raya. Tangannya masih ligat menaip pesanan untuk Rachel. Entahlah untuk kali keberapa, tapi hasilnya semua nihil, tak ada bluetick ataupun sebarang tanda yang Rachel sudah membacanya. Hanya satu tick berwarna kelabu sudah mampu buatkan dia makin tambah risau.

"Huh.. Rachel Jeon, please jangan buat aku macam ni.." lirih Jungkook. Dia mendail nombor isterinya lalu melekapkan phonenya antara bahu dan telinganya. Jungkook gigit bawah bibir. Jantung dia berdegup laju. Bunyi deringan telefon tu boleh buatkan jantung dia rasa nak pecah aje sekarang ni.

Tuttt tutt. Tuttt tutt

"Nombor yang anda dail-"

"Yaish!" Jungkook merengus bila mendengar suara operator yang menjawab panggilannya. Lain yang diharap untuk menjawab, lain pulak yang datang. Haish. Kalau kau tak balas ciuman tu Jungkook, semuanya takkan jadi macam ni. Neo pabo.

Drt drt!

Laju aje Jungkook pandang skrin phone dia balik, berharap yang Rachel akan membalasnya. Tapi sekali pandang saja sudah buatkan hati dia resah balik. Ni apa Taehyung nak ni?

Taikhyung

+ sampai hati kau eah

Berkerut dahi Jungkook jadinya. Wait, kenapa dengan budak terung ni? Tak ada angin, tak ada ribut main nak redah bagai. Jungkook anginkan itu dan sambung taip mesej ke Rachel lagi. Mungkin ada sinar harapan untuk dirinya kerana tanda mesej sudah bertukar ke bluetick. Tapi langsung tak ada tanda- tanda isteri kesayangannya itu akan membalas. Online, online, online, last seen today kemudian hilang dari radar. Ahhh sayanggg

Taikhyung

+ aku call
+ make sure kau angkat

"Apa kau nak?" Dingin aje jawapan yang Jungkook bagi sebaik panggilannya dengan Taehyung tersambung. Jungkook diam, begitu juga dengan Taehyung dihujung talian. Tak nak mengalah, dia pun mengeluh kesal.

"Kau buat apa dekat Rachel? Kenapa tinggalkan dia kat Sungai Han? Wehh kalaupun kau dah fed up nak hidup dengan dia, atleast tepayahlah buang dia macam sampah. Pulangkan dia baik- baik pada keluarga. Dia perempuan, ada hati-"

"Woo woo apa kau cakap ni, aku tak faham" Berkerut dahi Jungkook sebaik Taehyung menuturkan kata- katanya itu. Benda ahh Taehyung ni, siapa cakap dia nak buang Rachel? Sungai Han?

"Tadi aku ke Sungai Han, macam biasa. Jogging, bawa yeontan sekali. Aku nampak satu yeoja ni, dia pakai dress warna pic, tengah nangis, aku dekatlah, tengok punya tengok. Eh isteri kau rupanya. Kau buat apa dekat dia? Kau buat hanat eah sampai nangis teruk macam tu. Kalau Yoongi hyung dapat tahu, berkecai kepala kau" terang Taehyung panjang lebar. Sempat lagi dia menyelit ugutan kepada Jungkook supaya lelaki itu kecut sikit. Tapi hasilnya, Jungkook masih berkerut, hatinya mulai berbisik tak tenteram. Bibir diketap.

"Dia okey ke? Dia cakap apa dekat kau?" Tanya Jungkook, bibirnya diketap. Rasa bersalahnya makin bertambah bila terdengar Rachel memakai dress. Yep, pastinya gadis itu sudah bersiap untuk keluar berdua dengannya. Nak makan mi jajang. Erg.

"Dia tak cakap banyak. Dia cakap kau tak buat apa- apa dekat dia. Cuma, dia sakit hati je, kat siapa pun aku tak tahu. Tapi aku tau dia macam tu sebab kau, habaq kat aku apa kau buat?" Kata Taehyung dengan nada tegas. Dia patut tahu masalah yang mereka berdua ni tengah alami. Yalah, dia rasa sayang dekat Rachel pun sebab gadis itu sepupunya. Sound fishy😌

"Aku.. Hahh. Bukan masalah kau, dan kau takpayahlah ambil tahu tentang ni. Hal Rachel, itu biar aku selesaikan. Skang bagi tahu aku Rachel kat mana?" Laju je Jungkook ubah topik. Dia perlu dia keberadaan Rachel barulah hati dia tenteram.

"Aku dah hantar dia balik, lepas makan mi jajang tadi dengan aku. Nampak craving sangat dia tu. Aku-"

Jungkook matikan panggilan. Sekali lagi bibirnya diketap, sekarang rasa bersalahnya makin bergunung- gunung pula. Dia sandarkan badannya pada kerusi, kalau kau tak layan Jieun tadi, semuanya tak akan jadi macam ni. So, now tell me. Macam nak pujuk kesayangan tu balik?

🐰

"Rachel okey tak ni?"

Rachel yang tengah asyik merenung dinding sampai nak tembus tu tersentak. Min unnie yang menegurnya tadi dipandang, nampak sangat yang gadis itu risau dengan keadaannya sekarang. Rachel anggukkan kepala kemudian letakkan kepalanya atas meja. Mood melayang entah kemana. Malas nak cakap banyak.

"Betul ke ni? Rachel demam ke sampai tak nak bukak mulut seharian?" Minjoo meletakkan tapak tangannya didahi Rachel. Panas pun tak, sakit lagilah tak. Entah apa masalah budak ni. Bukan apa, dia pelik je sekarang ni. Yalah, kata tadi nak keluar jalan- jalan dengan encik husband. Tapi balik tadi, Taehyung pulak yang hantar. Pa cita?

"Rachel okeyy, cuma pening sikitlah unnie. Ni unnie punya angkaralah ni, wangi sangat" jawab Rachel lalu dia tarik pinggang min unnienya lalu dipeluk. Makin bertambahlah kerutan didahi minjoo. Aih, mesti ada apa- apa rachel ni. Rachel ketap bibir, dia tahan air mata dia dari keluar dari. Kepala dia dahlah berdenyut- denyut sebab asyik nangis dalam kereta Taehyung tadi. Tak pasal- pasal kena salak dengan Yeontan. Huaa

Tadi pun dia rasa nak berkurung dalam bilik, tapi nanti rasa berwap. Panas, jadi dia ambik keputusan untuk mogok kat dalam dapur. Tengok unnienya masak. Itupun asyik dileter dengan min unnie.

"Haaa tu pun suami kamu, Jungkook dah balik. Pergilah tengok" saran unnie bila terdengar suara deru enjin kereta masuk ke halaman rumah. sambil tangannya ligat menolak bahu aku. Rimas sebab pelukan Rachel ni kuat sangat, nak unnienya mati kali.

"Tak nak ahh, dia boleh je kan masuk sendiri" Haaa Rachel dah bagi nampak kenapa dia tak ada mood hari ni. Dan disitu, Minjoo sudah dapat mengagak bahawa ada sesuatu yang tak betul sedang berlaku antara mereka. Sekali lagi minjoo menolak bahu Rachel.

"Pergi tengok suami kamu tu, kalau tak unnie habaq kat yoongi oppa"

"Arghh andwaeee" rungut Rachel sebelum berlari ke depan pintu untuk mendapatkan Jungkook. Jungkook yang baru berura- ura mahu membuka pintu rumah tu terpana sebaik melihat Rachel yang masih dengan muka monyok sambut dia balik. Rachel larikan anak mata lalu memberi laluan untuk Jungkook masuk rumah. Jungkook melankah masuk kedalam rumah, melihatkan Rachel yang tak banyak cakap buatkan hati dia makin rasa tak senang.

"Rachel, aku-"

"Makan dulu, saya dah sediakan makan malam. Apa pun awak nak cakap, kita bincang dalam bilik, itupun kalau awak tak nak abang saya dengar" balas Rachel sambil matanya tegak memandang lurus kedepan. Jungkook berdehem kecil, dia tarik lengan Rachel supaya gadis itu rapat dengannya. Tapi Rachel tepis.

"Don't touch me" katanya sebelum meluru masuk kedalam dapur. Disitu dia sembamkan wajah balik atas meja. Eeee mahu je dia terajang Jungkook tadi, muka dia tu selamba badak je. Buatkan mood dia makin membuak- membuak untuk hempuk Jungkook dengan pasu. Hufffffffff.

Beberapa minit kemudian, Jungkook turun dari bilik ke dapur. Dia dapatkan Rachel yang sedang menghidang makanan. Tapi hanya Rachel je yang ada, abangnya yang lain tak ada pulak. Mana mereka? Awalnye tidur. Ahh pedulikan, misi memujuk isteri bermula!

"Nak pergi mana tu? Tak nak temankan aku makan ke?" Jungkook tahan lengan Rachel dari pergi keluar dari dapur tu tinggalkan dia. Rachel jeling Jungkook dan tanpa banyak cakap dia duduk juga atas kerusi depan Jungkook. Biar bagi dia puas sikit.

"Dah makan?"

"Em" itu je jawapan yang Rachel bagi, sebab tak nak panjangkan conversation dengan Jungkook. Cepat Jungkook makan, cepat dia siap, cepat jugak dia masuk bilik. Nak tidur.

"Rachel baby, tolong jangan buat muka toya boleh tak? Nanti perut aku sakit macam mana? Tak kesian ke?" Kata Jungkook, cuba memancing Rachel untuk mengeluarkan patah perkataan banyak malam ni. Rachel renung Jungkook tajam.

"Perut awak, bukan perut saya" balas Rachel buatkan Jungkook sentap. Okey Rachel, okey. Dia menyerah. Lepas habis je Jungkook makan, Rachel capai pinggan tu dan cuci. Jungkook hanya perati belakang badan Rachel sambil teguk air sejuk.

"Sampai bila nak macam ni? Aku sunyi" kata Jungkook kemudian dia bergerak dari ke kerusi lalu menghampiri Rachel. Dia pandang belakang Rachel sebelum belakang tubuh gadis itu dia peluk. Dia rindu nak peluk Rachel, dari pagi lagi dia merajuk. Em

"Kenapa tak jawab call?"

"Saya taknaklah kacau momen bahagia awak dengan dia" perli Rachel, Jungkook pout. Dia sembamkan wajahnya pada leher Rachel. Masih wangi.

"Aku boleh jelaskan kenapa aku buat macam tu. Aku-"

"Saya dengar waktu dalam bilik nanti, now stay away from me" Rachel tolak Jungkook dengan bahunya. Rasa tak selesa kalau Jungkook asyik peluk dia je. Sejak kejadian Jungkook kiss Jieun tu, dia mulai rasa macam tak selesa dengan Jungkook. Entahlah sebab apa.

"Sayang.."

"Go"

Jungkook akur. Okelah Rachel, nanti dalam bilik aku bermaharajalela depan kau. Tak ada penolakan waktu tu.

.

.

"I said enough is enough. Don't come close. I don't need you"

[Thank you for reading. Do vote and comment♡♡]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro