《64》

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🐰

Clekk!

"Apa kau buat?"

"Tak ada apa- apa, just nak curi- curi ambil gambar awak dan sematkan dalam phone saya. Manatau nanti rinduuu" Rachel menyembunyikan phonenya kedalam poket sweeter bila Jungkook memberikan jelingan maut kepada dia.

"Buat apa?"

"Saya cakap nanti nak hilangkan rindu, kan" Rachel memuncungkan bibirnya. Jungkook sengih kecil, tapak tangan Rachel dicapai lalu dikecup banyak kali.

"Tahu pun tak dapat nak avoid kehenseman suami kau ni. Tulah lain kali jangan sombong sangat" Kata Jungkook, milkshakenya dicapai lalu disedut. Komputer riba yang dipasang itu dia hiraukan sekejap.

Nak layan Rachel mocel ni kejap.

"Jungkook.."

"Em?"

"Tak adalah. Sambunglah balik"

Jungkook menjeling. Cawannya diletakkan atas meja. Rachel sudah tersengih seperti kerang busuk ditepi lelaki itu. Jungkook naikkan kening, Rachel menggeleng lalu ketawa kecil.

"Kau mainkan aku?"

"Aniya~"

"Come here" Jungkook menarik Rachel lalu menghujani wajah gadis itu dengan ciuman. Mulai dari hidung, dahi, pipi, kening dan akhir sekali adalah bibir. Jungkook meleraikan ciuman, pipi Rachel dicubit lembut.

"Aigoo, kenapa kau comel sangat ni? Rasa nak babap. Kiss sikit-"

"Aip! Siapkan kerja dulu baru ada kiss"

"Aaaa aku mana ada energy nak kerja kalau tak ada kiss" rengek Jungkook. Jungkook pout, Rachel pout. Mereka merenung satu sama lain.

"Come here-"

"Noooo"

.

"Jungkook.. bila awak nak bangun? Saya rindu awak.. awak tahu tak?" Rachel menggenggam erat tapak tangan Jungkook yang masih lagi berbalut dengan bandage. Air mata Rachel mengalir lagi, rasa tak kuat dia pandang Jungkook lama- lama. Lelaki itu tidak patut melalui benda macam ni. Ini tidak adil, he don't deserve this.

"Rachel, tak nak makan dulu ke?" Puan Jeon menyoal seraya menepuk paha Rachel. Wanita itu jugak sudah semalaman menangisi nasib anak lelakinya, tambahan lagi melihat Rachel yang sudah pucat ditepi lelaki itu. Lebih- lebih lagi bila dia dapat tahu yang Rachel kehilangan anak.

Hati ibu mana yang sanggup mendengar kenyataan tersebut? Punah harapan dia hendak menimang cucu. Puan Jeon mengusap rambut Rachel perlahan bila gadis itu menggelengkan kepalanya.

"Mama keluar kejap eah, kalau Rachel nak makan, panggil mama" kata Puan Jeon disambut anggukan dari gadis itu. Puan Jeon melangkah keluar dari wad Jungkook lalu mengisyaratkan Taehyung untuk melihat- lihat keadaan Rachel.

"Rachel, awak tak nak-"

"Tak" jawab Rachel sepatah, memintas pertanyaan Taehyung. Lelaki itu mengeluh kecil lalu mengambil tempat diatas sofa ditepi katil tersebut. Wajah pucat Rachel diperhati dengan penuh kerisauan, mana tidaknya, gadis itu belum menjamah apa- apa lagi sejak semalam.

"Rachel.."

"Saya cakap saya tak nak-"

"Saya bawakan awak susu, sekurang- kurangnya ada benda yang masuk dalam perut, sebagai makanan untuk alas perut awak" kata Taehyung lembut. Gadis itu dilayannya seperti adik sendiri. Rachel menganggukkan kepala, setuju dengan cadangan Taehyung.

"Rachel, nanti kalau nak tidur, tidur atas katil, jangan tidur kat situ, nanti belakang sakit-"

"Tapi saya nak temankan Jungkook. Dia perlukan saya" jawab Rachel. Taehyung mengeluh kecil, dia berdiri dari tempat duduk lalu merapatkan dirinya dengan Rachel lalu meletakkan tapak tangannya pada bahu gadis itu.

"Saya faham, tapi kesihatan awak jugak perlu dijaga. Kalau Jungkook tengok awak dalam keadaan tak sihat, Jungkook pun akan sedih, awak tahukan macam mana perangai Jungkook? Dia tak suka tengok orang yang dia sayang sakit, lebih- lebih lagi kalau orang tu awak. Awak sayang dia, kan?" Kata Taehyung. Rachel diamkan diri, dia renung wajah Jungkook yang tenang tersebut. Hatinya menjadi serba salah.

"Em.." jawab Rachel perlahan. Taehyung menganggukkan kepala lalu berlalu keluar untuk menyediakan susu hangat untuk gadis itu. Dia kembali setengah jam kemudian dengan secawan susu.

"Rachel-"

Taehyung mendapati gadis itu sudah terlentok tidur diatas katil milik Jungkook beralaskan lengan. Taehyung mengeluh kecil, dia letakkan susu atas meja kecil lalu membetulkan posisi gadis itu lalu mengangkat Rachel secara bridal style.

"Jungkook, aku alihkan isteri kau kejap. Esok dia datang balik, aku harap kau cepat sedar." Kata Taehyung lalu bergerak keluar dari wad Jungkook lalu beralih masuk kedalam wad vip Rachel. Pengawal diarahkan untuk berkawal dihadapan bilik mereka berdua. Bertujuan hanya untuk berjaga- jaga.

🐰

Jimin membuka mask hitamnya, lelaki itu mendapatkan Taehyung yang sedang berjaga dihadapan bilik Rachel. Jimin berdiri tegak dihadapan Taehyung, lelaki itu tidak sedar dengan kehadiran Jimin kerana asyik berkhayal.

"Taehyung.."

"Ohh Jimin.. kau buat apa dekat sini? Waktu melawat kan dah tamat?" Taehyung mengerutkan dahinya, pelik dengan kehadiran Jimin yang secara tiba-tiba itu. Takkanlah Jimin nak melawat Jungkook pula? Setahu dia, lelaki itu mana kesah dengan keadaan Jungkook. Tahu nak cari masalah je.

"Aku nak tengok Rachel-"

"Dia tengah berehat, jangan ganggu dia" jawab Taehyung bila dapat mengesan sebab kehadiran Jimin disitu. Jimin mendiamkan dirinya, niatnya untuk menemui Rachel menjadi hancur.

"Jimin.."

Jimin mendongakkan wajah, memandang Taehyung yang sedang menundukkan wajah dengan wajah seriusnya. Jimin ikut diam, dia tahu apa yang berada dalam kepala otak Taehyung sekarang ni.

"Bukan kau kan, yang buat?"

"Bukan akulah, kau fikir aku sanggup ke buat Jungkook macam tu?" Jawab Jimin seraya menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Taehyung menghela nafas berat, tubuh disandarkan pada kerusi, keningnya diurut.

"Kalau bukan kau, siapa? Kau seorang je lelaki yang aku tahu paling dengki dengan Jungkook" perli Taehyung buatkan Jimin menggenggam penumbuk.

"Manalah aku tahu. Kau fikir aku tergamak ke buat Jungkook macam tu? Aku masih ada hati perut, Jungkook bahagia, aku bahagia" kata Jimin, dia raup rambut perangnya ke belakang lalu menggigit bawah bibirnya.

No, aku takkan bahagia selagi Rachel masih milik Jungkook.

"Jimin, kau fikir aku baru kenal kau seminggu dua? Aku dah kenal kau bertahun, malahan perangai serta tahi lalat kau pun aku tahu dimana letaknya. Bagitau aku, apa plan kau lepas ni" kata Taehyung, dia sudah dapat mengagak bahawa Jiminlah pelaku yang sebenarnya melalui pergerakan dan naluri lelaki itu.

Jimin melirikkan anak matanya pada Taehyung. Dia ketawa kecil sebelum menolak pipinya menggunakan lidah. Taehyung menggenggam tapak tangannya erat. Amarahnya cuba ditahan.

"Taehyung lepas apa yang aku terangkan pada kau panjang lebar kau masih tak percayakan aku? Taehyung, come on.. kan aku dah cakap, bukan aku yang buat-"

"Habis tu siapa?! Kau fikir bila kau cakap macam ni aku akan percayakan kau? Apa yang ada pada Rachel sampai kau tergila- gilakan dia? Sedarlah Jimin! Rachel tu isteri orang! Isteri kawan kau! Isteri sah Jeon Jungkook! Kau dengar tak? Masih banyak lagilah perempuan kat luar sana Jimin, kau buta ke!" Taehyung menengking, dia sudah berdiri dari tempat duduknya sebelum meramas rambutnya kasar.

Jimin mendiamkan diri, keadaan Taehyung buatkan dia teringat akan dirinya suatu masa yang dahulu. Keadaanya sama sewaktu dia bergaduh dengan Jungkook,

Dahulu..

.

.

"I wonder why i always pleased everytime i see you. Are you sure we never meet before?"

To be continue..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro