Bab 12 Your last❤

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"weh asal kita 4 orang je yang tinggal ni?" soal Alia apabila mereka berempat sudah turun dari bas. Sampai je sekolah terus diorang bergerak ke kantin nak lepak jap.

Time time camni semua orang dah balik so amanla sikit nak bergosip. Alia terus mengeluarkan susu kotak miliknya lalu hujung straw itu dia tebuk kat lubang aluminum kotak minuman itu.

Terus dia sedut

"aku syak diorang kena culik la dengan mamat 2 orang tu" balas Izham selamba menggaru dagunya yang terasa gatal. Terasa janggut nak melebat pula aish

"culik mendenya, kau tak tahu ke Harraz tu tunang iliya. Lepastu Ashraf cousin Aqis" kata Najihah yang sudah mengambil tempat duduk di sebelah Afif.

"aik, tu ke Ashraf cousin Aqis ? Aku tak kenal tuan duh mana nak perasan !" Afif terus mengetuk meja batu dihadapannya. Alia yang syok minum susu hampir tersembur.

"uhuks uhuks!" terus Izham dengan gentlemannya menepuk belakang Alia

Tapi dia bukan tepuk perlahan. Dia punya tepuk macam nak tepuk nyamuk atas muka makcik kantin.

"SAKIT SIAL!" akibat tersedak yang amat habis tersembur air susu dan terkena muka Izham .

"sudahla kau,esok muka tumbuh jerawat!" Najihah gelak jahat sambil mengeluarkan phone miliknya.

Membulat mata Najihah apabila ada nombor tidak dikenali menghantar chat kat whatsapp dia.

Siapa lagi.

Hariz la

Tadi Najihah mengambil kesempatan untuk menulis nombor telefonnya lalu dia letak dalam kotak milik Hariz. Berharap Hariz akan menghubunginya. Abang idola tu !

"kau chat siapa tu wei??" soal Afif lalu dia mendekatkan wajahnya untuk stalk siapa yang Najihah chat.

Perasan akan hal itu,terus Najihah menyorokkan phonenya kebawah meja.

"a-adala. Sibuk je nak tahu" kata Najihah kekok. Dia membuat muka tak bersalah pada Afif yang sudah tersinggung.

Apabila Afif kembali mengundurkan tubuhnya,terus Najihah sambung main phone

Siap senyum senyum lagi!

"aku bosan duh!" kata Izham kuat nadanya. Kalau boleh nak satu dunia tahu dia tengah nazak kebosanan.

"weh tadi kan aku ada nampak lembu ni weh..berisi gila. Aku craving burgerla pula huwaaaa!" adu Alia tiba tiba

"lembu berisi? Alaa kau nak lembu berisi pergi la bagi lembut kau makan nestum . Settle masaalah" nasihat tak bermoral Izham membuatkan meja mereka krik krik

"aku ada cerita,aku ada cerita!!" Alia terus keluarkan phonennya dari poket. Selepas beberapa saat dia terus letakkan phonenya atas meja

"kenal?" soalnya

"aik,bukan ke tu bias kau dalam group kpop BTS?" soal Najihah dan fokus pada Alia. Phonenya masih didalam genggaman.

"ya gais,sekarang aku nak kenalkan ni laki aku sebelum dia kahwin dengan aku!" kata Alia teruja. Najihah pula dah buat muka 'apa-bezanya-hanat!?'

"so? Ada beza ke kahwin dengan tak kahwin?" soal Afif malas. Dia menjatuhkan beg galasnya di lantai bawah meja.

"ada! Jap" terus Alia tarik phone dia dan scroll scroll.

"ni lepas dia kahwin dengan aku gais" kata Alia dengan ketawa macam langsuirnya lalu dia sua phone dia pada ketiga sahabatnya itu.

Terus ternganga mereka bertiga sebelum masing masing ketawa terbahak bahak.

"dia dah bertudung gais,dia dah berhijrah!" kata Alia lagi dan mencium cium skrin phonenya. Sengaja suaranya disajatkan dengan lenggok mendayu dayu untuk menjiwai ceritanya

"AHAHAHA ASAL AKU KAWAN DENGAN KAU DUH!" jerit Najihah sambil mengelap air mata palsunya. Terasa nak ketawa sampai pecah perut!

"takdir gais korang kena faham takdir" kata Afif

"sumpah malang aku"kata Izham sebelum menghantukkan kepalanya ke meja batu.

"AHAHAHA AKU KENNOT WEH .AKU KENNOT AHAHAHAH!!" habis tersembur sembur air liur Najihah duk ketawa tak henti.

"weh weh ada lagi!"

"MENDE WEH MENDE AKU TAKLEH TAHAN DAH SIAL!"

"walaupun dia berhijrah aku curang dengan dia" terus Alia sua gambar di phonenya. Makin sakan Najihah ketawa sampai tak keluar suara

"AHAHAHAHAHAH!"

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
‎.
‎.
‎.
‎.
‎.
‎.
‎.
"marah?" soalan tak masuk akal Harraz buatkan aku rasa nak lempang dia sekarang.

Sepanjang perjalanan ke rumah aku,kami berdua lansung tak bertegur sapa. Malah aku menyibukkan diri dengan spam whatsapp kat chat Aqis.

Takot takot dia terasa dengan aku ke apa

Lepastu dia selamat pulang ke tak.

RISAU TAU RISAU!

"hey saya tanya ni?" Tegur Harraz lagi kini aku menyimpan phone aku dalam beg sekolah sebab aku baru perasan yang aku dah sampai rumah dah.

Baru je aku nak keluar,Harraz dah pegang lengan aku.

"suka eh pegang pegang?" soal aku dengan nada mendatar. Terus aku menarik lengan aku dari genggamannya

"s-sorry, " ucapnya perlahan.

Aku mengeluh dah cuba membuka pintu tapi berkunci. Sah mamat ni tak bagi aku keluar.

"Harraz.."

"ya?" soalnya dengan muka bersemangat bila aku sudah bersuara sebab dari tadi dia je yang duk tegur aku tapi aku buat tak endah.

"bukak pintu." kata aku dan menunjuk kearah pintu kereta sebelahnya di mana tempat dia kena tekan.

"kalau taknak?" Soalnya dengan muka yang ya tuhan. Bapak annoying !

"BUKA JELA" kata aku lagi. Kini suara aku dah naik . Lantakla dia nak kata apa. Aku mogok dengan dia ! Cermin kereta di sebelah aku tepuk tepuk kuat .

"jom dating,nak?" soal Harraz selamba membuka seatbelt nya. Aku pula dah terkedu. Bapak ar mamat ni nak date!? Siapa ajar!?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"ingat nak bawa pergi mana tadi" kata aku dan menutup pintu kereta. Terus aku betulkan selendang aku yang berterbangan sebab angin pantai.

Lepas Harraz tumpang aku balik, terus dia paksa aku date. Aku tolak pon tetap dia desak aku. Kalau aku taknak keluar dengan dia,dia nak pergi bunuh Aqim.

And aku tertanya tanya. Camna dia kenal Aqim!?

"awak expect saya nak bawa awak pergi mana ? Kelab malam?" soalnya tanpa memandang aku. Selepas dia lock kereta terus dia berjalan meninggalkan aku yang terpinga pinga

Aku pula dah rasa nak mencarut. Tubuhnya dari belakang aku tenung dengan muka rasa nak gadoh .

Aku dah la pakai shawl malas malas. Dengan pin nya tidak. Aku kancing dekat tekak lepastu pakai libas kat bahu. Dengan angin macamni mahu tudung aku jadi macam hantu.

Terus aku ikat kedua hujung shawl aku kebelakang tekak aku sambil menilik di cermin kereta Harraz sebelum mengejar langkahnya.

Dia ni dah la tinggi macam klcc , lepastu jalan macam nak tinggalkan aku. Berani nak tinggal aku,aku pecahkan kereta kau nanti

"woi jangan laju sangat boleh tak!?" jerit aku sambil berlari anak mengejarnya yang agak jauh dari aku.

Sampai sahaja di sebelahnya. Terus aku mendongakkan kepala memandangnya .

"awak bawa saya kat sini untuk apa ? Teman awak berjiwang? Kalau ya pun bawa la radio ke,pasang lagu aiman tino ke baru feeling"kata aku lalu mengeluarkan phone aku dari beg sandang aku bewarna hitam berbentuk bulat.

"nak saya pasangkan ke?" soal aku sambil scroll lagu kat aplikasi gedung lagu aku. Eh aku bukan jenis dak jiwang,dak funimate ke apa. Lepastu aku broken dengan Aqim tak ada sampai post ayat panjang macam esei dekat status and buat caption nak kelar tanganla apa. Baik aku pergi mengaji lagi eloks.

Banyak songehla kau iliya,kau bukan mengaji pun nak move on. Kau nangis sambil layan lagu tiktok ada lah.

Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang--

"takde lagu lain ke kalau nak pasang pun?" soalnya dingin dengan muka yang macam meluat . Meluat dengan lagu please jangan meluat dengan aku. Kita baru bertunang tak sampai seminggu please

Jangan meluat please, kau tak kenal lagi perangai aku camna. Nanti tak pepasal dia bunuh diri taknak kahwin dengan aku.

Jap jap asal ayat aku macam aku terdesak nak kahwin dengan dia duh!?


"janganla pandang saya macamtu.." kata aku dan memandang kearah lain sambil menggaru kepala yang terasa gatal. Aku syak aku ada kutu sebab berjangkit dengan adik aku. Hiks.

"off lagu tu. Saya malas nak dengar lagu tiktok ni semua. Saya nak kedamaian. Can you?" katanya lagi. Muka dia tak berubah. Aku takleh bla. Kau memang masa dilahirkan sampai besar memang Mama Susan tayang muka derp mimi peri ke apa sampai kau trauma nak senyum

Sian tunang aku. Takpe nanti kita kahwin saya tayang muka saya pulak yer depan awak tiap hari.

Eh iliya kau jangan nanti makin depress tunang kau hiks :")

Nanti dia tak tahu apa guna dia hidup. K apa aku merapu.

"awak meluat eh dengan saya?" soal aku sambil mengoff phone aku. Kaki aku juga turut melangkah bersama dia.

"kenapa tanya macamtu?"

"takla, kalau boleh jangan meluat lagi. Nanti kalau awak tahu perangai saya lama lama takut awak bunub diri taknak bertunang dengan saya dah" kata aku perlahan sambil memeluk tubuh.

Sempat tangan aku bergerak bila tudung aku joget mayang diulik. Habis berterbangan, dah rupa kelawar dah kepala aku ni.

"huh takda maknanya saya nak putuskan pertunangan tanpa sebab yang serius. Kalau jodoh saya tu awak saya ikutkan je tapi nak ada perasan ambil masa kot"terangnya dan aku dah bangga habis sebab dapat buat dia bercakap banyak camtu. Rasa nak dab dengan kain batik !

"kenapa awak setuju nak bertunang dengan saya?" soal aku sambil memandang kehadapan. Dapat aku tengok ada beberapa budak dengan family diorang tengah main air laut pe semua

"ada nampak muka saya macam kaunter pertanyaan ke?" jawapannya buatkan aku menjelingnya.

"awak pernah bercinta?" soalnya padaku. Aku pegang kepala aku sebab tudung aku rasa mengembang macam ikan puyu bila aku nak dongak. Dah aku duk tepi laut! Dia duduk sebelah kira aku lindungi dia dari angin pantai.cis!

"pernah, kenapa?" kata aku

"saja tanya...erm berapa kali?"

"ada la dalam 5 orang, tapi saya bukan playgirl tau. Diorang buat hal" kata aku dan terus beri alasan supaya dia tak fikir buruk pasal aku

"asal break?"

"mula mula saya couple masa form tau! Fuh time tu saya noob habes!" terang aku. Aku suka betul kalau orang tanya pasal kisah aku breakup ni.

Dapat aku cerita betapa bodohnya ex aku tinggalkan aku dulu.

"sekarang pon noob" jawabnya dan aku buat muka derp

"taknak story ar!"

"ok ok story semua"

Aku kelipkan mata beberapa kali
"serious ni nak saya cerita dari A sampai Z?"

Dia angguk dan aku dan tersenyum suka.

Terus dia keluarkan phone dia dan tayang depan aku. Dia nak rakam?

"for what?"

"saya nak rakam. I need to know everything pasal tunang saya. Kita masih baru so saya rasa kita kena tahu kisah silam masing masing for a smooth relationship" jawapannya lalu menekan start recording. Bapak terharu babi.

KAU DALAM MUKA TAK RETI SENYUM PUN RETI BERSEMUT BAGAI YA TUHAN!

NI BARU SIKIT. KALAU DIA BAGI PAKEJ SENYUM MAHU AKU GULING DALAM LAUT SANA!

Terus aku ceritakan kisah aku dari A sampai Z.

"time saya form 1 dulu saya tak pernah couple tau . Lepastu ada la budak sekolah saya ni. Nama dia Haikal Akmal tapi saya couple dengan dia dalam 3 minggu je " aku bercerita dan menggosok hidung aku.

"kenapa break?"

"ha? Sebab dia curang . "terus Harraz terdiam mendengar jawapan aku.

"lepastu yang kedua ni masa saya form 1 jugak . Kira dia tiba tiba muncul time saya tengah broken dengan ex pertamala..nama dia Arif Hakimi" jelas aku lagi. Tudung aku betulkan.

"tapi Hakim ni sama je,dia playboy. Lepastu muncul lagi sekor nama dia Ikmal and dia kira okey jugakla cuma melayan"

"ikmal ni okay bagi saya,cuma tu la.. Dia macam sporting terlajak dengan perempuan sampai tak pedulikan saya"jelas aku

"saya break masa saya form2..lepastu ex saya yang keempat nama dia irfan..dia pun pemujuk jugak. Tapi tak sampai seminggu dia berubah jugak and dia selalu tak tepati janji. Dia mainkan saya erm. Kira semua ex saya mula mula je bersungguh. Bila dah dapat dia sia siakan saya. Tapi yang lawaknya irfan ex saya tu sekarang terkejar kejarkan saya. Cuma saya fedup nak melayan" terang aku panjang lebar dan diam seketika.

Patut ke aku teruskan dengan Aqim? Aku masih tak boleh move on.. Kalau Harraz terasa macam mana?

Mahu aku jadi janda bersaksikan pantai dan daun reput.

Merapu kau.

"and? Yang kelima?" soalnya bila aku tiba tiba senyap.

"erm..saya taknak story boleh?" soal aku.

"asal?"

"saya..aih saya taknak awak terasa hati dengan saya je" kata aku perlahan dan menunduk.

"no need. Ex adalah ex. Past is past. I am your future right? Its okey" pujuknya. Sikunya menyenggol bahu aku perlahan.

Aku tersenyum nipis. Cair tuhan, hati aku

"ex kelima saya .. Aqim Hakimi nama dia.."

"oh patutlah dia pandang saya semacam tadi"

Aku kerut kening
"bila?"

Dia mengangkat bahu
"entah,dia pandang masa saya rapat ngan awak. Mesti dia nak awak lagi" katanya dan aku jadi senyap

"tapi tepi dia tu girlfriend baru dia.."kata aku perlahan

"boleh saya jujur?"soal aku padanya

"boleh je."

"saya baru breakup dengan dia..tak sampai 2minggu pun lagi kami breakup.. Dia..tinggalkan saya camtu je. Cakap nak break pun tak. Saya memang broken teruk . Rasa sakit tak macam masa saya break dengan ex saya yang lain. And saya sayang dia tu memang berbeza..dia buat tahi pun saya tetap nak stay..tak tahu kenapa . Saya bagi segalanya tapi dia bagi saya sampah. Yang paling perit,dia tak cakap pun nak break..dia buat saya gantung tak bertali.. Saya tahu pun dari mulut orang.." aku senyap seketika..air mata aku mula bertakung.

Harraz juga senyap.

"sa-saya nak dengar dari mulut dia sendiri. Tapi..dia tinggal je saya macamtu. Saya sayang mati kat dia. Apa kurangnya saya? Tiba tiba je dah ada pengganti..musuh saya pula tu. Sumpah saya down sangat. "luah aku. Lalu mengesat air mata dengan hujung lengan baju.

"Lepastu tiba tiba saya kena tunang dengan awak..jadi saya fikir maybe awak anugerah untuk saya..entahla.."kata aku lagi. Aku mengerling dirinya yang masih diam tak bersuara.

"i dont know,saya rasa nak bunuh diri pun ada tapi saya masih waras..sumpah saya kecewa" akhirnya aku senyap seketika

Aku pandang sipi sipi Harraz di sebelah aku. Aku taknak dongak sebab muka aku sumpah buruk time nangis

"Harraz..awak marah sa--"

"awak sayang dia lagi sekarang?" pintas Harraz sambil memandang langit.

Aku tersentak bila nadanya begitu

"saya..saya.."

"awak masih tak boleh move on dengan dia ?" soalnya lagi. Kini aku dapat rasa seolah dia macam kecewa dengan aku.

"saya.."

"jawab iliya jawab..saya okey"

Tak Harraz..awak tak okey..

"saya masih sayangkan dia..tapi saya cuba untuk move on" ujar aku. Kini Harraz menyimpan phonenya kedalam poket selepas merakam suara aku.

Aku pula dah betulkan tudung aku . Sialla kacau aku nak jiwang

Tiba tiba dia memegang bahu aku supaya bertukar posisi dengan aku . Terus tubuhnya melindungi aku dari tiupan angin pantai yang amatla dengki dengan tudung aku.

Pehal duh angin pantai ni kuat semacam. Mesti kena tinggal ngan pakwe dia yang bernama tiupan laut hindi. Urh aku kennot stop merepek please !

"urh geram aku tengok tudung dia ni" katanya perlahan sebelum menyentuh dagu aku supaya mendongak memandangnya. Dia membetulkan tudung aku yang selebet supaya menjadi kemas.

Aku pula dapat rasakan wajah aku dah merah!

"awak..marah saya ke?" soal aku. Sebab malu,aku tundukkan kepala aku

"pandang saya jap"

Terus aku dongak

"can i ask u something?" soalnya perlahan. Laju ibu jarinya mengelap air mata di pipi aku dengan lengan bajunya.

"a-apa?"

" please lupakan Aqim..move on. " katanya perlahan

"awak marah saya ke. Sorry.." bibir aku bergetar terasa mahu menangis sekali lagi.

"iliya.."

"yes?"

"saya bukan yang pertama muncul dalam hati awak. Tapi boleh tak awak jadikan saya yang terakhir untuk awak?"

Tbc❤

35 comments baru aku hupdate ahahahahaha sorry.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro