Bab 22 Replace ❤?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"awak stay sini sampai pukul berapa?" soal iliya sambil mengunyah biskut chipsmore. Dia melunjurkan kaki dan duduk bersandar di kepala katil.

"sampai awak rasa nak balik.."Harraz menjedakan ayat. Dahi iliya berkerut.

"tak suka ke saya kat sini?" soal Harraz dengan muka kereknya. Iliya mencebik,muka tu memang minta penendang.

"tak la,siapa kata tak suka? " soal iliya perlahan. Matanya merenung anak mata Harraz yang menunduk bermain iphone 8 nya. Entah apa yang kusyuk sangat.

Chat betina lain ke? Eh positif iliya..kalau ya pun asal kau nak jealous nak kisah pula. Kau bukan suka Harraz tu ,bisik hatinya sendiri.

"cara awak tanya macam nak tahu bila saya nak blah"kata Harraz. Nadanya mendatar tapi dia masih fokus terhadap phonenya itu.

Iliya agak terkedu, alaaa dia dah salah faham..

Merajuk ke?

"takla....saya suka..tak tipu" Iliya jatuhkan kening berkerut sayu, siapa la tak suka ada lelaki kacak teman kita time sakit.

Hakikatnya dia bukan sakit pun. Saja malas masuk kelas. Dasar,

"awak suka?"

"suka!"

Harraz angkat muka,serentak dia merenung kedua belah anak mata gadis mengunyah biskut itu.

Kunyahan iliya terhenti secara drastik,terasa ada aliran kuat melalui pandangan mata jejaka itu.

Harraz angkat kening bila iliya masih merenung anak matanya,mulut gadis itu sudah berhenti mengunyah tetapi mata bundar itu masih galak merenung matanya dengan berani sekali.

Harraz apa lagi,dia turut membalas renungan itu. Lengan kirinya dipaut pada penyandar kerusinya manakala tangannya masih memegang phonenya.

Bibirnya terukir senyuman kacak yang agak sinis,cukup buat gadis di luar sana bersawan babi.

Dahi iliya berkerut apabila mata tajam lelaki itu masih memanah matanya sehingga bergetar tulang rusuk dan tulang bontot.

Harraz tak berkelip merenungnya seakan mahu terkam sahaja. Kau jangan Harraz,dengan cara camni aku yang terkam kau dulu baru terperanjat kau nanti

Tersentak dia bila Harraz menjungkit kening dengan cara yang agak seksi...

ARGHHHH AKU TERGODAA AKU TERGODAAA

Terus wajah putih kemerah merahan itu bertukar merah semerah darah period.

Sepasang mata bundar itu dijatuhkan merenung biskut pula. Harraz tersenyum.

Senyumannya yang sinis tadi kendur menjadi senyuman manis . Tersenyum lebar bibir jejaka itu sebelum tergelak menampakkan giginya yang tersusun cantik.

"renung sikit je dah merah cam apa.."Harraz menjedakan ayat dia..

Dia menundukkan kepala dan mendekatkan kepada muka gadis itu. Dengan nakalnya dia mengendap wajah gadis itu yang masih kaku.

"lepas kahwin nanti tak tahu jadi apa"kata Harraz lalu meniup muka iliya yang masih kaku.

Iliya terkejut,dia mengerutkan kening buat muka tak puas hati. Matanya dikecilkan sebelum dia menolak wajah Harraz dari dekat dengannya.

Sedap sedap mulut dia menghembuskan nafas terakhir dekat muka aku. Kau ingat wangi?

Tapi memang wangi pun....aumm

"tumbuk kang!" balasnya sebelum menarik bantal di bawah punggungnya dan dipeluk rapat ke dada.

"nanti lepas kahwin mesti tak keluar selimut kan?"

"Harraz.."

"agak agak mesti tak pakai baju dalam tu kan?"
Selamba jejaka itu meluahkan pendapat dengan muka miang.

Iliya menunduk dan mengemam bibir dengan mata terpejam pejam lama. Cuba bersabar dengan lelaki gatal di depannya ini.

"Harraz..stop it"

"mesti cute kan awak tak pakai baju"

"Can you just shut up.." Iliya rasa nak hantuk kepala kat hujung bucu katil

"cute cam baby!" tambah Harraz lagi dan selamba bangun dari kerusinya. Kini dia berdiri di hujung katil gadis itu sambil berpeluk tubuh.

"Harraz!"

"masa tidur awak pakai underwear tak?"

"HARRAZ AWAK TENGOK VIDEO PORN KE SEMALAM SAMPAI JADI MIANG MACAM NI HAH!?" Terus bantal di dalam pelukan dilempar ke arah Harraz.

Tergelak besar jejaka itu dibuatnya,tangkas tangan kiri lelaki itu menangkap bantal yang iliya lempar .

dengan muka tak bersalah dia pergi baling balik bantal tu dekat gadis itu.

Tepat atas kepala iliya sebelum bantal itu jatuh di atas riba gadis itu,habis rosak awning tudung,berkeronyok tudung.

Berkerut kerut muka gadis itu bila Harraz makin sawan gelakkan dia.

"eeee Harraz !" jerit gadis itu

"eeee Harraz!" ejek Harraz dengan memek muka menganjing teruk. Suaranya juga dipondankan untuk hasil yang berkualiti.

Berkualiti sangat

"bencilah!"

"bencilah!" ajuk Harraz lagi. Dia meraup muka sambil tergelak. Habis tenaga dia gelak hari ni.

"eee!!" Iliya angkat bantal acah nak baling dekat Harraz. Tapi tak dibaling juga,takut si Harraz baling balik dekat dia memang menangis la dia.

Dahla iliya ni mudah nangis,tak boleh bergurau kasar.

"eeee!!" Harraz capai botol mineral kosong yang entah dari mana dia dapat acah nak baling seperti perilaku iliya. Yang lainnya iliya acah je tapi si Harraz ni pergi baling bebetul.

Akhirnya botol kosong itu mendarat tepat tepat di hidung gadis itu. Dah la kuat dia baling.

Hidung gadis itu sudah memerah, kedua belah mata bundarnya mula bertakung dengan air mata. Tunggu nak tumpah sahaja

Baru sahaja Harraz nak sambung gelak, dia terpandang wajah monyok si gadis itu.

Hilang terus ketawanya tadi. Laju sahaja dia duduk di birai katil lalu diusap usap kepala gadis itu yang berlapik tudung.

"jangan nangis jangan nangis..shushh shushhh" pujuknya kembali. Tak tahu pula gadis ni cepat terasa dengan gurauan kasarnya itu.

Ingatkan semua gadis sempoi cam iliya ni boleh bawa bergurau kasar. Rupanya tidak.

Tangan Harraz di atas kepalanya ditepis. Air mata di lap kasar. Harraz terkilan sedikit tapi tidak cepat melenting.

Faham sangat awning tudung dia jahnam nanti kalau dia sentuh.

"hey,shush shush.."
Harraz menepuk belakang bahu iliya. Tepuk je. Kalau usap lain jadinya. *muka miang

"kasar sangat ke saya bergurau? Awak tak suka?" soal Harraz perlahan.

Iliya tidak menjawab tapi kepala laju mengangguk.

Harraz senyum nipis.
"yela,tak gurau dah cam tadi. I am sorry"

"hurm"

"taknak berhenti?"

"hurm?"

"berhenti nangis,bunyi cam cirit saya je"

"urmm!!!" Iliya menghentak kakinya dengan geram tapi kepala masih tersembam di bantal.

Tergelak Harraz, memang tak boleh bawa gurau kasar budak ni. Lain jadinya, cepat nangis,cepat melenting

Nasib baru tunang, kalau dah jadi bini aku ni tahu la nasib kau. Memang digomol juga budak kecik ni kat atas katil.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"dah sampai" Harraz mematikan enjin sebelum memandang cik tunang di sebelah yang tersenyum lebar.

Harraz kulum senyum,nak je dia tarik tarik cubit cubit bibir gadis itu.

"asal senyum camtu?"

"takdela saja ja." Iliya masih senyum.

"taknak keluar ke?" soal Harraz lembut. Bukan niat nak menghalau tapi dia kena pergi ke kolej balik.

Lepas hadap traffic jam tadi memang boleh diagak dia akan lambat masuk kelas petang ni kalau dia berlengah.

"ceh,halau."bibir gadis itu tercebik

"mana ada..saya busy la lepasni" tegur Harraz lembut.

"busy busy, alasan. Dulu Aqim pun selalu bagi alasa--" Iliya mengemam bibir bila terlanjur bicara.

Mahu sahaja dia menepuk mulut dengan tangan banyak kali kasi bengkak. Boleh pula tersebut nama lelaki itu.

Sudahla Harraz sudah isytihar dia haters si Aqim tu. Boleh gatai terkeluar. Dia mengucap panjang sambil mengerling Harraz.

Senyuman nipis jejaka tadi mengendur menjadi senyuman tawar. Dia terasa ke?

"esok awak hantar saya juga?" dia cuba mengubah topik bila suasana menjadi janggal

"yela siapa lagi takkan Aqim pula" jawapan Harraz membuatkan iliya membisu seketika sebelum mata naik mengerling jejaka di sebelahnya yang sudah duduk bersandar merenung ke depan .

"awak ..."

"pergila naik,saya ada kelas lepasni" kata Harraz . Tangan kiri naik memegang stereng.

Yang paling sendu,Harraz lansung tak memandangnya..

"awak saya tak berniat.."

"it's okey. Teruskan samakan,bandingkan saya dengan lelaki tu" senyuman yang masih terukir di wajah jejaka itu membuatkan iliya makin serba salah.

Jelas senyuman itu menunjukkan dia amat kecewa tapi dia masih tersenyum. Tuhan,jahatnya aku..

"Harraz.."

"keluar"

"thanks" balas iliya sepatah sebelum menyandang begnya dan keluar dari kereta silver itu meninggalkan Harraz yang masih mencengkam erat stereng kereta.

Rahangnya bergerak gerak menahan marah yang membuak buak.

Mata helang lelaki itu merenung kelibat iliya yang berjalan menunduk ke arah lif. Hilang sahaja kelibat si dia terus Harraz memejamkan matanya.

"tak rindu saya ke?" soal Aqim lagi. Cuba memancing hati gadis itu.

Iliya mendongak merenung kedua belah anak mata Aqim. Cuba mencari keikhlasan dari anak mata jejaka itu.
"r-rindu.." jawabnya perlahan. Dia seolah terpukau.

Harraz menghentak belakang kepalanya di kepala kerusinya kuat. Dia menyerabutkan rambutnya sebelum mengeluh berat.

Di tumbuk beberapa kali stereng kereta itu sampai hampir beberapa kali terbunyi hon. Erat giginya diketap geram.

"susah sangat ke nak bagi aku replace tempat sial tu hah?"

Sungguh rasa tercabar bila dia terasa bahawa dia hampir gagal merampas kedudukan Aqim di dalam hati tunangnya

Apa yang ada pada lelaki itu tapi tiada dengannya?

Tbc❤

Im sorry sebab selalu updte lambat. Like hey guys, korang boleh bagi nama korang ? Sis got no idea for nama watak after this chapter..and boleh suggest idea untuk sis boleh? You guys boleh request apa apa scene yang korang nak. Sis akan usahakan❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro