Bab 24 Comfort🌈

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sampai sahaja di parking kediaman kondo,terus chat iliya dibuka dengan perasaan bercampur baur. Difikirkan iliya akan memujuknya tapi tidak,gadis itu hanya meninggalkan satu voicenote.

Voicenote yang dihantar oleh cik tunang ditenung lama oleh Harraz,sementara itu dia memasukkan kunci kereta ke dalam poket sebelum menekan butang lif untuk ke tingkat atas.

Tingkat 14 ditekan sebelum dia meng-off phonenya. Nak dengar bila sampai kondo la. Kat sini tak feeling.

Sampai sahaja di tingkat 14,Harraz berjalan sambil bersiul sementara kedua belah tangannya diseluk dalam poket hoodienya.

Sebelum itu sempat jam tangannya dikerling,okey baru pukul 6.

Sempat juga la dia makan tengah hari dan solat di rumah Puan Susan tadi sebelum balik ke sini.

Tiba tiba langkahnya terhenti bila dia ternampak kelibat di hadapan pintu kondonya. Betul betul tengah berdiri sambil berpeluk tubuh merenung kaki sambil bersandar di pagar luar pintu.

Perasan akan kehadiran jejaka itu, gadis itu mendongak.

"lama saya tunggu.."kata iliya dengan suara agak perlahan. Mata dialih kearah lain,tidak mahu bertentang mata dengan si dia

"macam mana awak tahu saya tinggal kat sini?" soal Harraz mendatar. Kakinya diundur selangkah kebelakang apabila iliya bergerak mendekatinya.

"awak marah saya ke..?"

"siapa bagi tahu awak saya tinggal kat sini?"soal Harraz lagi. Suaranya kali ini ditekankan sedikit.

"erm..ashraf..saya--"

"awak ada nombor dia!? Awak chat dia ke!? Dah berapa lama contact dengan dia!?" sergah Harraz tiba tiba, terperanjat gadis itu dibuatnya.

Harraz pula dah menjegilkan mata,perasaan cemburu tu memang senang nak keluar dihadapan gadis itu.

"m-mana ada! Saya suruh Aqis la tanya,saya tak chat pun dia sumpah! " Iliya mengangkat tangan membuat lambang pangkah dan kepalanya digeleng laju.

"so? Nak apa cari saya?" soal Harraz dingin. Sengaja ingin menguji gadis itu.

"saya nak tanya awak je..awak marah saya ke..?" soal gadis itu. Kedua belah tapak tangannya disatukan dan diramas perlahan,habis berpeluh tapak tangan dan dahi.

"tak,dah pergi balik. Nak dekat maghrib dah ni" halau Harraz siap buat angkat tangan buat buat halau iliya.

Iliya membuat muka cemberut.
Harraz pula masih buat muka kerek. Sengaja nak buli budak ni.

Nak tengok macam mana dia pujuk.

"balik"kata Harraz sepatah dan menjeling. Tubuh dipusing dan berpatah balik ke arah lif tadi.

"awak nak gi mana?"soal iliya kalut dan mengekori langkah jejaka itu.

"keluar" balas Harraz sepatah tanpa memandang gadis itu.

Dia juga tak banyak cakap bila iliya turut masuk ke dalam lif bersama dia. Ini yang dia mahu,nak tengok gadis itu pro ke tak memujuknya. Hiks.

"Harraz...janganla marah"kata iliya lalu menggigit bibir bawahnya. Dikerling sekilas tubuh tegap jejaka disebelahnya dengan ekor mata sebelum dijatuhkan merenung kakinya.

"tak"

"sorry.."

"okay"

"Harraz.."

Harraz tak menjawab tapi berdecit sebal dan selamba bermain phone seolah kehadiran gadis itu tiad di situ.

"Harraz..janganla buat saya macam ni..saya tahu la salah saya" pujuk iliya lagi. Tapi kali ini dia memberanikan diri mendongakkan muka merenung wajah kacak jejaka itu.

Harraz diam,jari masih di skrin phonenya.

Akibat terlalu geram,Iliya terus merampas phone itu dan disimpan selamba ke dalam poket seluar jeans nya.

"bagi balik!"

"janganla buat saya macam tunggul!"marah iliya.

"saya kata bagi,bagi je lah"Harraz mula menarik bahu iliya supaya mendekatinya lalu tangan jejaka itu dicuba menyeluk kedalam poket seluar jeans gadis itu

"woi janganla! "jerit iliya bila tapak tangan Harraz seolah seperti meraba dia

Harraz berhenti,faham bahawa gadis itu tidak selesa.

Tapak tangan dihulur.

"bagi"katanya sepatah.

"taknak..maafkan saya dulu!"

"kalau taknak bagi sudah,ambik la buat pekasam" kata Harraz dingin dan keluar dari lif setelah sampai ke tempat parking.

"Harraz!"panggil iliya bengang bila lelaki itu seolah mengabaikannya.

"Harraz..."panggilnya lagi. Kini suaranya diperlahankan tetapi kaki masih setia mengekori langkah jejaka itu yang selamba badak jalan laju nak tinggal dia.

Disebabkan Harraz tak menyahut,Iliya mengangkat middle finger di belakang Harraz. Terus dia turunkan middle fingernya bila tiba tiba Harraz toleh memandang dia di belakang.

Bukan nak cakap apa,dia pusing depan balik dan sambung jalan . Tercebik cebik gadis itu dibuatnya.

Iliya mula mengangkat penumbuk dan acah acah nak tumbuk kepala Harraz. Langkah dilajukan bila Harraz melajukan langkahnya. Dasar kaki panjang. Masa kecik kecik dulu konfem makan chopstick goreng.

"arkk!" jerit iliya kesakitan.

Elok dia duk acah nak tumbuk si Harraz,boleh pula mamat tu berhenti mengejut menyebabkan penumbuk iliya yang diangkat tadi terkena mukanya sendiri akibat terlanggar belakang badan lelaki itu.

Harraz angkat kening,boleh dia pandang ja iliya yang berkerut kerut memegang batang hidung. Sakit sangat tu.

Iliya pun satu,angkat middle fingerla..acah nak tumbukla. Ingat Harraz tak perasan ke?

Harraz perati je tindak tanduk gadis itu melalui pantulan cermin tingkap kereta yang ada di tempat parking itu.

Makin terserlah kebodohan cik tunang kesayangan dia. Hiks !

"jahat..!" marah iliya. Hidungnya yang terasa pedih akibat terkena buku lima milik diri sendiri ditekup dengan tapak tangan kanan

Mata bundar gadis itu makin berair ketika merenung Harraz yang turut merenungnya tanpa reaksi.

Jahat!

"ingat orang tak nampak apa dia buat belakang badan orang tadi" kata Harraz dengan muka kerek sambil bercekak pinggang memandang gadis itu yang masih mengusap hidungnya

tapi mata tu hey merenung Harraz bagai taknak lepas! Rasa nak tikam tikam Si Harraz tuh.

Boleh buat selamba muka tak berperasaan macam tu!

"apa pandang pandang camtu!? Nampak ni?" marah Harraz lalu penumbuk sulung belah kanannya diangkat betul betul depan muka gadis itu.

Iliya pula dah rasa nak nangis. Lagi lagi Harraz buat muka garang namampos macamtu. Tapi siapa tahu,Harraz niat nak mengusik sahaja.

Melihat wajah sedih gadis itu lama lama timbul rasa serba salah pula di hati. Harraz menghela nafas perlahan dan mendekati iliya yang sudah menunduk mengelap air mata.

Haih,tak boleh nak protes sikit dah nangis. Sabar jela Harraz. Sesi memujuk dah sampai dah

"sakit?" soal Harraz. Nadanya berubah menjadi soft spoken. Bukan macam tadi,gaya macam nak pergi masuk sumo

Iliya tak menjawab tapi hanya mampu mengangguk. Harraz diam seketika.

"nak buat lagi?"

Laju iliya angkat kepala dengan tangan elok mengelap air mata lalu dia gelengkan kepala laju laju tanda tidak.

"janji?" soal Harraz lagi.

"j-jan--huwaaaaa!!!"
Iliya tidak angguk dan tidak geleng tapi gadis itu tiba tiba menangis kuat sambil menekup wajahnya.

"maaf..maaf..tak buat dah..isk isk.."katanya perlahan.

Harraz menggaru kening kirinya sebelum mendekati iliya. Lalu bahu kanan gadis itu dipegang lembut.

"dah dah,jom .."pujuk Harraz dengan suara perlahan. Sempat belakang bahu gadis itu ditepuk lembut supaya mengikutinya.

Sepanjang ke kereta,tangan Harraz setia menepuk lembut bahu gadis itu supaya bertenang.

Dibuka pintu penumpang sebelum disuruh gadis itu supaya duduk .

Masuk sahaja ke dalam kereta,Harraz tidak menghidupkan enjin..malah dia hanya menyandarkan tangan di penyandar seat gadis itu.

So cute..bisik hatinya perlahan

Wajah kemerahan gadis itu ditenung lama sebelum tisu di hadapan di tarik lalu dilap di pipi gadis itu.

"dah,jangan nangis"pujuknya lagi. Terkelip kelip mata bundar gadis itu sebelum mengangguk perlahan. Dia menolak lengan Harraz yang menyandar di belakang seatnya supaya menjauhinya.

Malu tau tak!

"start la kereta tu.."kata gadis itu perlahan

Harraz tersenyum nipis. Sifat malu itu manis bukan?

"awak nak pergi mana?" soal Harraz

Iliya tak menjawab,tapi masih mengelap air matanya yang masih bersisa.

"dah la tu.."Pipi gadis itu dicuit manja . Tersenyum malu gadis itu dibuatnya

"gatal.."

Harraz hanya ketawa,dia mula start enjin kereta dan memulakan perjalanan.

"saya cravingla.."kata Harraz perlahan ,jari jemarinya setia mengetuk ngetuk permukaan stereng.

"awak craving apa? Biar saya masak,saya pandai masak tau!" Harraz angkat kening mendengar kata kata gadis itu.

Pandai masak? Terasa senang dalam hati kerana dia jatuh sayang pada gadis ini. Nanti senang nak masak untuk dia.......

Dan anak mereka nanti

GATAL YER KAU HARRAZ!

"awak pandai buat makaroni blackpepper goreng?"soal Harraz

"pandai!" jawab iliya dengan senyuman.

"masakkan boleh..? Nak try air tangan awak" kata Harraz dengan suara agak mengada

"aish yela yela..nanti saya buat"

"taknak..nak hari ni jugak!"

Membulat mata iliya,gediknya!

"tapi.."

"jom beli barang, kita masak sama sama" kata Harraz dan mencuit hidung gadis itu.

"masak? Mana?" soalnya,hidung yang dicuit Harraz tadi dipegang

"rumah la.." sengaja dia miangkan wajahnya

Iliya tayang muka nak gadoh
"alaa gurau..masak kat rumah Mama boleh apa? Mama tak kisah,suka ada la"kata Harraz dan iliya hanya menghembus nafas lega

"okey,saya ikutkan sahaja"Balas iliya.

"kita pergi supermarket la"kata Harraz.
Sempat dia memandang iliya yang sedang mengeluarkan iphone 8 miliknya yang gadis itu rampas dalam lif tadi.

"nak main boleh?"soal gadis itu sambil mengangkat iphone 8 itu di depan muka Harraz

Harraz senyum
"kenapa tanya saya?"

Dia tak kisah,lagi pun bukan dia ada sorok apa apa rahsia pun dalam tu.

"la..ni kan phone awak?"

"semua milik saya nanti akan jadi milik awak jugak sayang.." kata Harraz,sumpah dia bagai tak sedar apa yang dia sebut.

Manakala iliya sudah ternganga.

Dia panggil aku apa!?

"awak panggil apa kat saya t-tadi?"soal iliya terkejut. Rasa nak terjun tingkap sekarang ni

"saya pang--eh!!"
Harraz yang acah muka selamba tadi juga sudah terkejut beruk dengan apa yang dia sebut tadi.

"ma-maaf tak sengaja.."kata Harraz dengan muka memerah. Boleh kau tersasul Harraz!! Malu yaampun!!!

Iliya pula dah kaku di sebelah lelaki itu. Jantungnya berdegup kencang dengan apa yang baru dia dengar. Memerah wajahnya,blushing woi

Dua dua diam tak bersuara.

Ketika Iliya bermain phone Harraz,dia sempat membaca nama contactnya di whatsapp Harraz.

Queen👑

Awww,so sweet....

Tapi benda yang mencuri perhatiannya adalah...

"sejak bila saya send voicenote kat awak?" soal Iliya hairan. Selamba dia tanya,lupa terus encik tunang panggil dia sayang tadi.

"entah,baru ja dapat tadi.."jawab Harraz gugup. Masih menyesal sebab tersasul tadi.

"saya pasang eh voicenote ni?" soal iliya manakala Harraz mengangguk.

"DENGAN BAJU TAK SALIN DAH LANDING ATAS KATIL,KAU TAHU TAK KOTOR EEEE!! PASTU KAU GOLEK GOLEK YA ALLAHHH KAWAN AKU NI,DAHLA HARITU AKU NAMPAK BAJU DALAM SPENDER BRA KAU LETAK MERATA,BAWAH KATIL LA TEPI SINKI LA,TEPI MEJA SOLEKLA. YA TUHANN BETUL KE KAWAN AKU NII!?" pekik Aqis nyaring

Krik krik ..

Krik krik...

Harraz pandang iliya.

Iliya pandang Harraz.

"apa ...tu.."soal Harraz dengan muka yang teramat terkejut

Iliya membesarkan mata sebelum di off serta merta phone itu dan diletak di atas riba Harraz. Dia memandang ke luar tingkap dengan mata masih membulat.

"malunya aku..fuck..."bisiknya perlahan

Tak sanggup nak pandang wajah Harraz weh!!

Tbc❤

30comments ha bru aq updte🍬

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro