Bab 28 sucks!

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Awak" panggil iliya. Nafas cuba diatur tenang sebelum dia menggengam erat hujung lengan bajunya menahan debaran di dada

"iya?" jawab Harraz tanpa memandang dia di sebelahnya.

"kalau saya cakap saya suka awak macam mana, awak okay tak?" ujar gadis itu spontan

Harraz terkedu,jantungnya seakan berhenti berdetak dengan pengakuan mengejut gadis disebelahnya itu.

Dia merenung wajah iliya cuba memproses apa yang baru didengarinya buat beberapa saat sebelum dia menjerit nyaring

"h-hah!?" jerit Harraz terkejut dengan mata bulatnya tuh. Seriousla minah ni !?

Serentak itu pintu lif terbuka luas dihadapan mereka.

Iliya P.o.v

Gosh, babi betul

ASAL BERANI SANGAT KAU NAK CONFESSSSSS SIAAAAAA

TIME NI JUGAK NAK BUAT CONFESSION SECARA MENGEJUT.

Apabila pintu lif terbuka luas,cepat cepat aku keluar sambil mencarut kat diri sendiri dalam hati.

Wajah terperanjat Harraz aku pandang,

gila.

Aku tak ready nak kena reject duh. Tengok muka Harraz kan,aku macam boleh agak dia akan reject aku.

Kau imagine ar dia dahla hensem, tinggi ,sweet , instafamous, bunyi kata suara dia sedap tapi aku tak pernah dengar lagi.

Aku tahu aku tunang dia yang sah but but but,

Tak rasa terlalu awal ke aku nak mengaku yang aku suka dia !?

Aku cuba tergelak walaupun kedengaran agak janggal.
"saya gurau jelah" ujar aku dan membuat isyarat suruh Harraz keluar juga dari lif.

Hanat, asal aku cakap aku bergurau !
Lantak lah,aku kena buat sesuatu sebelum dia reject aku!

"tercegat apa lagi? Jom lah, hantar saya " selamba aku acah acah berani pergi tarik hujung lengan kemeja Harraz supaya keluar dari lif.

Duk tercegat kat situ buat apa,

KAU SAJA NAK SURUH AKU RASA BERDEBOR DEBOR KAN!?

Aku menggelengkan kepala untuk menghalau anasir tak baik lalu memutarkan tubuh ingin menuju ke arah kondo Jihah.

"awak memang bergurau ke?"

Soalan yang terkeluar dari bibir Harraz membuatkan aku berhenti berjalan.

Damn,asal kau tanya duh!

Aku menggenggam erat kedua belah tapak tangan hingga menjadi buku lima . Nafas diatur sebaik mungkin sebelum aku mengeluh perlahan.

Wajah aku sedaya upaya cuba diukir senyuman manis sebelum aku memandang Harraz yang masih kaku di hadapan lif dibelakang aku.

Asal mamat ni frozen kat situ duh!

Hang lek, frozen 2 tak out kat cinema lagi dia dah buat heroin elsa kat depan lif. Dasar,

"y-ye lah, awak ingat saya serius ke? Ha ha"
Aduhhh iliya fakenya cara kau gelak.

Gadis itu memandang wajah jejaka yang masih menatapnya sebelum dialihkan wajahnya ke arah lain.

Gosh, kau memang gila iliya!!!

"oh" aku pandang raut wajah Harraz ketika dia berjalan mendekati aku.

Plastik berisi nugget di tangan aku dirampas kasar . Sakit bodoh,dia ingat tak sakit ke main rampas rampas macamtu !?

"awak!" panggil aku

"cepatlah,saya ada kerja nak buat lepasni" ujarnya dan melangkah meninggalkan aku dibelakang.

"dia dah kenapa? Period baru keluar ke?" bisik aku perlahan

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kejadian semalam sampai sekarang aku tak boleh lupa, harini pulak buat aku semakin pelik .

Dahtu,selalunya Harraz yang hantar aku time pagi pergi sekolah. Eh memang sekarang dia lah yang tanggungjawab hantar ambil aku.

Tapi tiba tiba je dia cakap dia ada hal mustahak. Yang takleh bla dia boleh cakap last minute weiii! Dia cakap pagi tadi time semua geng aku dah pergi sekolah naik grab.

Nasib aku sempat panggil grab untuk aku,huh membazir. Kalau naik ngan dorang kan jimat sikit.

Mamat ni nak balas dendam ke apa ?

Nanti time balik tetiba dia buat hal taknak amik aku ke apa sumpah aku cekik dia. Disebabkan dia lah aku bawa phone ke sekolah harini. Dahtu kalau tak bawak aku nak tempah grab dengan apa? Public phone!?

Alia,Najihah dan Aqis memang awal awal lagi aku dah hadam. Pagi pergi dengan grab. Time balik dengan bas.

Tapi kena ontimela. Harraz pula tak cakap apa apa time aku balik nanti dia amik ke tak.

Aku dilanda kestresan kau tahu!?

"wei lambat kau sampai" tegur Najihah bila aku mengambil port di barisan kelas kami betul betul di belakang dia.

"Harraz lambat datang ke ?" soal Aqis pula yang berada di sebelah Najihah

"jem eh?" soal Alia yang berada di depan Najihah

"tah dia, gaya macam mengidam nak bergaduh ngan aku je tetiba cancel"kata aku sambil buat muka meluat. Menyusahkan.

Sempat aku pandang Pkhem yang sedang berucap di hadapan dengan muka ketat. Lama betul dia membebel macamla budak dengar.

"korang gaduh ke ?" Aqis buat muka berminat. Disebabkan belakang dia tak ada orang. Dia mengengsot bontot dia kebelakang supaya berada di sebelah aku.

"psst,betulkan barisan!" tegur Izham di belakang kami . Dibelakangnya ada Afif.

"asal weh?" soal aku

" Pkhem nak buat spotcheck" kata Afif dan membuatkan seluruh wajah aku menjadi pucat,menggeletar tubuh badan aku.

Ha sudah,aku bawa phone wei !!

Sumpah kalau phone aku kena rampas memang aku bunuh Harraz tuh!

"Weh!" panggil aku . Tapi malangnya Afif dan Izham sudah berlari ke bahagian lelaki selepas kena marah dengan pengawas perempuan. Pergi menempel kat bahagian perempuan memang kena maki ar kau.

"weh..."kata aku. Aku dapat rasakan bibir aku dan pucat. Darah aku macam tak mengalir.

"weh kau okey tak!?" risau Aqis. Bahu aku di goncang-goncang sekuat hati dia.

"wait..jangan cakap--" ayat Najihah tergantung

"kau bawa phone eh ?" sambung Alia perlahan supaya tidak didengari orang lain.

Lambat lambat aku menganggukkan kepala aku dengan muka risau ya ampun. Feeling dia lain macam wei ! Tambah lagi geng aku buat muka cam beruk sebab terkejut. WOI MUKA KORANG BUAT AKU TAMBAH STRESS TAHU TAK!?

"kau letak kat mana wei!?" soal Najihah dengan nada kuat

"ya allah kau asal bawak!" Alia tepuk dahi

"kenapa ka--" ayat Aqis tergantung apabila seorang pengawas perempuan dari kelas 5 sains berdiri di belakang kami.

Tambah amaran terus dia menarik beg aku. Tapi takdela kasar cuma perbuatan dia yang lembut tu buat aku makin nak terkencing.

Aku pandang pengawas lain yang mengambil beg semua pelajar termaksud geng aku.

Aku memandang pengawas tadi yang membawa beg aku ke hadapan...

Mampus,

Harraz. Sumpah aku taknak bercakap ngan kau lepasni.

Tbc♥

20 comments. Nanti aq updte

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro