Bab 30 Boy's fight?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"awak nak phone awak balik?" soalnya dan itu membuatkan langkah aku terhenti.

"Terima saya balik dan saya akan bagi balik phone awak tu "

Siyel,dia nak pecah amanah demi aku ke ?

Terus aku memandangnya bersama dahi yang berkerut seribu. Dia ni kan. Kalau aku tumbuk dia kat sini aci ke tak aci ?

Kringg!

Aku menahan debar di dada bila loceng berbunyi nyaring menandakan waktu rehat. Sebab aku tahu aku berkurung dalam jamban tadi nak dekat 3 jam lebih jugakla.

Mata aku menoleh ke arah beberapa pelajar yang sudah keluar dari kelas mereka. Ada yang guna tangga lain. Ada yang guna tangga dekat belah tandas.

Shit,

Aku mengetap bibir bila ada beberapa pelajar memandang ke arah aku dan Aqim yang berdiri di tengah jalan jalan.

Ya, nak dekat satu sekolah jugakla tahu kisah aku dengan Aqim

"apani? Diorang getback ke ?"

"bukanke iliya ada pakwe lain dah ?"

"tunangla bukan pakwe"

"tunang dia yang famous tu"

"gedik, dah ada tunang nak juga kat Aqim tu"

"bukanke Aqim ngan kamila?"

"cinta berputik ke?"

"weh weh cam nak gadoh je"

Ey ey suara sape soksek soksek tu Hah!?

Aku lempang kang baru tahu langit tu tinggi ke rendah.

"aqim.." aku membuka bicara cuba menenangkan diri aku bila sekarang aku dan Aqim dah jadi topik membawang pelajar form 4 dan form 5 yang lalu bahagian ni

"aku rela tak ada phone daripada terima kau balik" kata aku.

"ye ke ?" soal Aqim dan bibirnya terukir senyuman sinis.

"ke kau nak aku guna cara kasar untuk dapatkan kau?" aku memandangnya dengan mata tak berkelip. Dia cakap aku kau ke tadi!? Dia try ugut aku ke tadi !? Aku memandangnya dengan pandangan benci.

Pelajar yang mula berhimpun di sekeliling kami juga dah buat bulatan keliling kami. Dasar bawang berkulat, fak fak !

"k-kau nak buat apa ?" soal aku dengan suara agak bergetar.

"you know what? "
Aqim cuba mendekati aku bersama senyuman sinisnya yang sebijik macam alif syukri. Riak takbur ! Emangnya gue gak mahu ini cowok baru !

"hack phone kau? Sebar gambar kau ? Aku tahu kau ada gambar freehair dalam tu kan?"

Aku menunduk,cuba memekakkan telinga mendengar suara yang tengah mengata aku dan dia sekarang. Anak mata aku memerhati pergerakan kaki Aqim yang menghampiri aku.

Tuhan, aku rasa tak kuat. Aku menggengam erat hujung lengan baju sekolah aku.

Aku dapat rasa tubir mata aku mula bergenang dengan air mata. Tolonglah aku weh. Geng aku hilang kemana weh yatuhan!






"hei budak," tiba tiba bahu Aqim dipegang oleh tangan seseorang yang lebih tinggi dari dia. Terhenti terus kaki Aqim dari mendekati aku

"kau kata apa tadi? Kau nak ugut dia ?"
Melopong mulut aku melihat manusia yang tiba tiba muncul di belakang Aqim. Cepat cepat aku cuba mendekati Aqim untuk mendapatkannya.

"H-Harraz"

"stay there " arah Harraz kepada aku dengan muka tiada riak. Jari telunjuknya di arahkan kearah aku supaya aku tidak masuk campur.

Aku beristighfar dalam hati wei, janganla korang bertumbuk ke apa. Aku yang kena nanti.

"weh tu tunang iliya en?"

"HENSEM BABIIII"

"kalau iliya nak aqim aku amik laki tu jela "

"nama dia Harraz kan? Instafamous tuh?"

Siyel, serabut pula aku dengan suara sumbang yang aku dengar tadi.

Kini Harraz makin kuat mencengkam bahu Aqim dan ditarik supaya menghadap dirinya.

"kau Aqim kan ?"

Lambat lambat Aqim angguk dengan soalan Harraz

"ulang balik apa kau ugut dia tadi " soal Harraz dengan muka ketatnya.

Aqim pula dah macam pucat dahtu AHAHAHAH . Lupa, Aqim penakut ! Tapi Aqim buat buat acah berani sebab taknak jatuh standard kot

"aku ugut dia nak guna cara kotor kalau dia tak terima aku. Kalau dia terima aku,aku boleh bagi balik phone dia " Aqim cuba tersenyum sinis. Bangga dapat bagitahu niatnya.

Harraz pula langsung tak terkesan dengan kata kata Aqim. Lama Harraz merenung wajah Aqim dengan muka bengisnya sampai berpeluh peluh weh muka Aqim.

YA ALLAH KENAPA AKU RASA LAWAK WEI!?

Tiba tiba wajah bengis Harraz tadi diganti dengan senyuman. Aik ?

Aku rasa nak carut pun ada bila Harraz tiba tiba gelak. Rambutnya disebak kebelakang

Aku pandang perempuan sekeliling aku yang dah cair. Alahai mamat ni kan memang attention seeker. Aku kena suruh Harraz basuh muka dengan air kumbahan dah lepasni.

"kau ugut dia camtu ke weh ? AHAHAHA !" Aqim pula dah tayang wajah senyum kekok bila Harraz gelakkan dia.

"Bapak kau doktor biasa kat Hospital Roselle kan?" soal Harraz tiba tiba .

Maka Aqim yang bendul pun angguk.

"Kau tak takut ke ?" makin kuat Harraz gelak . Aqim berkerut dahi.

"t-takut apa ?"

"bangunan hospital tu family aku punya. Tak takut ke aku buat bapak kau hilang kerja sebab perangai bodoh anak dia ?" semakin creepy duh nada suara Harraz. Kini dia tak gelak dah tapi senyum psiko.

"aku boleh blacklist nama dia. Biar dia tak dapat kerja dah. Korang pon merempat. Amacam ?" Harraz angkat keningnya berkali kali.

"kau siapa nak ugut ugut aku!?" melenting Aqim dibuatnya. Tahu dia rasa takut !

Tiba tiba wajah Harraz bertukar jadi bengis
dia terus tarik kolar baju Aqim sampai hampir terangkat kaki Aqim sebab Harraz angkat dia tinggi weh biar sama tinggi dengan dia.

PSIKO NYA TUNANG AKU WEH

EY AKU SUKA AKU SUKAAA ! AHAHAHAHA !

"eh tunang aku pun tak hadap la phone yang kau nak rampas tu. Aku boleh beli yang baru la ! Lebih mahal pun aku mampu !" jerkah Harraz. Kolar Aqim digoncang berkali kali

"kau tu siapa nak ugut dia !? Ha budak !? Pergi sekolah jadi budak baik jangan kacau anak dara orang sial ! " tak semena mena tubuh Aqim ditolak kuat sampai tergolek lelaki itu di atas lantai.

Semua pelajar yang menonton sudah menjerit terkejut. Aku lagi lah. Rasa bangga .

HAHAHAH BATAK KAU ILIYA

"kau kata nak sebar gambar freehair dia ?" soal Harraz lagi.

Terus Aqim menggeleng laju. Takut diapa-apakan . "t-tak!"

"aku dengar tadi ! Kau siapa nak ugut dia macam tu hah !? Ey nasib kau budak sekolah je kalau tak aku dah lama tumbuk muka kau biar pecah !" kaki Aqim disepak kuat .

"aku pun tak pernah tengok dia freehair,ada hati kau nak sebar. Dasar budak takda kalsium . Dahla pendek dari aku. Pui !"

Harraz, awak pun gatal sebenarnya kan ?

Membulat mata aku bila Aqim nangis sebab Harraz ludah atas muka dia. Aduh,aku nak gelak.

Tiba tiba Harraz memandang aku. Terkejut aku bila dia terus tarik lengan baju sekolah aku mengikutinya dan meninggalkan Aqim yang menangis di khalayak ramai.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"awak okey? Dia ada sakitkan awak ke ? Dia gatal ngan awak ? Dia pegang kat mana tadi ?"

Sampai sahaja di garaj kereta,terus Harraz memegang bahu aku dan dipusing tubuh aku dihadapannya dan dia menilik seluruh badan aku nak pastikan aku okey ke tak.

"harraz saya okey saya okey " aku tolak lembut dirinya dari duk buat aku pusing pusing . Pening weh.

"haih, saya risau. Saya rasa ni salah saya. Saya minta maaf " aku pandang wajahnya yang mengendur merenung aku yang pendek darinya.

Aku cebikkan bibir acah merajuk

"ya ,memang salah awak. Sebab awak lah phone saya kena rampas "

"huh?" Harraz buat muka blur. Ey dia ni,tadi macho kemain.

Bila depan aku je mesti acah blur acah comel.

JANGAN BUAT AKU CAIR TIME AKU NAK MERAJUK PLEASE.

"yalah,nak tempah grab pergi balik ngan phone. Bukan public phone. Awak pula acah badmood ngan saya. Saya-"

"iliya..saya minta maaf" ujarnya perlahan. Matanya dikerdip banyak kali.

"tapi saya dah tahu phone awak kena rampas "

Aku kerut dahi
"tak faham "

"taknak tanya ke kenapa saya tiba tiba ada kat sekolah ni ?"

Aku geleng

" umi dengan walid call saya. Suruh ambil awak sekarang. Ikut diorang balik kampung belah Umi awak. Urgent katanya. And masa saya minta izin pengetua tadi ,saya terjumpa cikgu disiplin awak..dia cakap phone awak kena rampas. Dan.." Harraz garu keningnya

"dan apa ?"

"dia tu kenal Papa saya, tak tahu la tapi dia bagi balik phone awak cuma..." aku menatap wajahnya . Janganla suspen weh..

"Harraz..kenapa ?" soal aku hilang sabar

"phone awak pecah teruk..saya tak tahu kenapa " ujar Harraz dan menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan phone jenama oppo aku.

Terkaku aku melihat skrin phone aku yang retak teruk.

Aku jaga phone tu macam nyawa aku kot.. Dahla beli dengan duit sendiri..tiba tiba pecah..

Aku kemam bibir. Aqim.. Babi jantan tu..

"hey hey jangan nangis" tegur dia bila aku hanya tenung je phone di tangan Harraz.

"simcard dengan kad memori selamat lagi ni..janganla sedih.. Kita beli phone baru eh ?" pujuk Harraz dan menepuk bahu aku.

Dia membuka pintu kereta dan mengarahkan aku masuk.

"takpela ,umi dengan walid takkan keluarkan duit untuk saya beli phone..diorang kalau boleh taknak anak diorang pakai phone " ujar aku perlahan.

"siapa kata nak guna duit diorang?" aku dongak wajah.

"habistu?"

"saya belanja, lagipun ni salah saya kan ?"

Aku terus menggeleng laju . Gila, nanti dia ingat aku kikis harta dia pula

"tak payah, saya taknak habiskan duit awak "

Tiba tiba Harraz masuk ke dalam kereta melalui seat sebelah pemandu yang Harraz buka untuk aku tadi.

Aku tak pasti,tapi aku nampak macam dia ambil satu plastik yang ada dalam dashboard.

"dah beli dah pun. Sorry iliya" Harraz keluarkan kotak phone dari plastik.

Yang buat aku terkaku adalah jenama iphone tu..

"ip7+ ?" soal aku tak percaya.

"saya nak beli ip8 cam saya punya tapi rasa macam besar sangat untuk awak so saya beli ni jelah..awak tak kisah kan? " Harraz tarik tangan aku dan letak atas tapak tangan aku sebab dia tahu aku tak akan ambil.

Aku pandang wajah Harraz dengan muka terharu, rasa nak peluk je jejaka kacak dihadapan aku ni.

"Harraz..mahal ni.. Nak dekat 2ribu kot.."
Aku buat muka nak menangis

"bukan selalu..and saya nak awak jaga baik baik okey. Jangan save nombor lelaki lain selain saya ,walid,abang awak dan kawan rapat awak yang nama Afif ngan Izham. Yang lain, no way saya tak izinkan" kata Harraz dan mencuit dagu aku.

Aku perhati Harraz yang sudah berlalu masuk ke dalam keretanya.

"masukla, beg awak saya dah ambil dah tadi. Jom" ajak Harraz. Terus aku masuk ke dalam keretanya.

Tuhan, aku rasa aku lah manusia paling happy

"thankyou.."ujar aku apabila kereta Harraz sudah bergerak keluar dari pagar sekolah.

"thankyou je ?" soal Harraz dengan muka miang.

"where is my kiss ?"

Aku tayang muka whatde. Harraz terus tergelak kuat melihat wajah cemberut aku. Apa minta kiss, gatal.

"gatal"

"biarlah!" balas Harraz dan menjelir lidah kearah aku.

Melihat senyumannya,aku yakin.

Aku betul betul dah jatuh cinta.

Tbc❤

50comments aku update. Huuu

Sape fans Harraz kat sini komen sikit

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro