Bab 47 Semi-Final

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Baju blouse paras pinggang bewarna peach aku kenakan bersama seluar jeans. Kemudian aku menyarung tudung bawal bewarna yang baru aku gosok tadi pakai seterika. Yela seterika takkan la aku nak gosok dengan tangan.

Sekotak besar berbentuk hati yang berisi coklat susu aku capai pula dan aku masukkan ke dalam beg galas jenama LV aku.

Baju blouse bahagian depan aku masukkan ke dalam seluar aku manakala bahagian belakang aku biarkan sahaja. Kemudian aku ambil tali pinggang baru nampak style sikit.

Kemudian aku ambil foundation lalu aku dab dab di wajah disertai loose powder dan lipmatte. Selepas mengenakan mascara dan eyeliner aku capai beg LV aku dan keluar dari bilik.

Cuba teka aku nak ke mana?

Hari ni ada majlis konvo Harraz . Oh my besar dah anak aku --eh tunang aku.

Tak sangka weh Harraz dah tamat belajar. Aku harap Papa dia terus bagi dia kerja la. Aku taknak la weh dia sambung study ke apa. Memang a big no la kan?

Aku ambil sejambak bunga ros di atas meja makan dan terus aku bergerak ke arah umi yang sedang mencuci pinggan. Memang scene umi aku kat dapur je ke?

"Umi,iliya nak gerak dah ni" terus tangan umi aku capai dan aku cium.

"pergi dengan apa? Sorang ke? Harraz tahu tak ni?" soal umi bertalu-talu. Aku hanya tersenyum lebar.

"iliya pergi dengan Mama and...hehe nak buat surprise la umi so iliya cakap awal awal kat Mama jangan bagitahu Harraz" terang aku. Aku harap Mama si Harraz a.k.a bakal Ibu mertua aku tu tak bocor rahsia la.

"iliya pergi dulu" kata aku dan keluar dari rumah . Selesai menyarung kasut aku bergerak ke luar pagar apabila aku melihat kelibat kereta Mama Susan.

"Assalamualaikum mama" ucap aku seusai masuk ke dalam kereta. Terus aku menyalam tangan Mama Susan dan letakkan jambangan bunga ros kepunyaan aku di seat belakang .

"waalaikumussalam,ha cantik cantik ni terkejut anak mama nanti" Wanita itu tersenyum manis kearah aku. Cermin mata hitamnya di pakai di atas kepala menyerlahkan lagi dahi luasnya.

Tak percaya pula Mama Susan masih nampak muda , dengan muka seratus peratus keturunan cina menyerlahkan lagi kecantikannya.

Patutlah Harraz hensem,dah ada mix cina melayu.Huwaa aku nak ada mix jugakkk

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"mama nak pergi tandas jap,pergila cari Harraz eh? Nanti call mama" belum sempat aku berkata apa apa terus Mama Susan meninggalkan aku keseorangan di ...entah tempat apa aku berada sekarang ni?

"cari la dulu" aku mula berjalan keseorangan masuk ke bahagian dewan di tepi auditorium kemudian kepala aku terjenguk jenguk mengintai.

Okey takde siapa kat dalam ni yang aku kenal.

" call on ke tak on?" bisik aku sendiri. Kalau tak call aku akan sesat. Kalau call tak menjadila kejutan aku !

Aku mengeluh dan masih membuka langkah ke arah ruang laboratory. Entah macam mana aku boleh sampai sini.

Sudahla semua pelajar kat sini pakai jubah yang sama warna. Macam mana aku nak cam duh!?

"hai makcik"
Tiba tiba bahu kiri aku ditepuk mesra dari belakang dan membuatkan kedua belah aku terhinjut sebelum aku memusingkan tubuh.

"Weh bodo kau buat apa kat sini!?" jerit aku dan memeluk Aqis.

"belum apa apa dah panggil aku bodoh erh menyesal tegur kau" Aqis acah acah nak merajuk dan berjalan meninggalkan aku.

"ala ala sorryla, aku terkejut . Kau buat apa kat sini?" sebelah tangan aku pegang jambangan bunga ros manakala sebelah lagi aku paut lengan Aqis .

"Ashraf konvo lerrr kau lupa ke dia sama batch dengan tunang kau? And aku sebagai sepupu yang memahami aku sudi temankan Mak dia ke sini" terang Aqis dan menarik aku berjalan seiring dengannya.

"ala aku ingat kau official dengan Ashraf tu" kata aku dan membuat muka miang. Aqis berdecit sebelum menjeling aku.

"tak ada maknanya,aku ada crush la" kata Aqis perlahan

"siapa crush kau!?"

"tunang kau" jawab Aqis selamba dan aku buat muka derp

"AHAHAH aku gurau je la perempuan!" Aqis terus menampar bahu aku tanpa rasa bersalah. Dia sedar tak orang tengok dia macam orang tak betul sekarang ni?

"okay mana tunang aku? Aku cari dia tak jumpa wei" soal aku.

"kat dewanla mana lagi?"

"masaalahnya aku dah pergi"

"eh kau pergi dewan mana?"

"ada jenis ke ?"

"ada la bongok!" jeda ,Aku meng'oh' kan sahaja

"dewan perpustakaan,dewan pustaka minda, dewan belajar , dewan sukan ,dewan seni ha banyak lagi la aku tak ingat. Aku rasa diorang kat dewan pustaka minda la" terang Aqis panjang lebar.

Aku hanya diamkan diri dam mengikuti langkah Aqis. Sampai sahaja di dewan pustaka minda terus aku memeluk sejambak bunga ros ke dalam pelukan menahan debaran.

Bedebar la weh firstime buat kejutan, selalunya Harraz yang buat kejutan kat aku .

"weh tu Harraz kau!" sergah Aqis tiba tiba hampir buat aku tercarut. Terus aku melihat kearah Aqis tunjuk.

"huwaaa hensemnyaaaa" puji aku perlahan. Comel cam penguin weh. Kelihatan Harraz dan dua orang rakannya Hariz dan Ashraf sedang berbual bual . Paling tak senonohnya Hariz dengan Ashraf duduk atas meja sambil terkangkang.

"jom pergi kat diorang?" ajak Aqis dan aku hanya mengikuti Aqis

End Iliya P.o.v

Sementara Muqriz ,Hariz dan Ashraf tengah sawan tak ingat dunia duduk atas meja sambil mengusya awek tiktok dalam instagram . Harraz mengambil peluang itu untuk whatsapp Puan Susan

Mama

Mama kat mana?
Sampai dah ke?
Harraz kat dewan pustaka minda ni dengan geng geng.

Namun mesej whatsapp Harraz hanya menunjukkan satu tick menandakan Puan Susan tidak mengaktifkan data internetnya.

Harraz mengeluh sebelum menyimpan iphone 8 nya ke dalam poket seluarnya. Dia kemudian menarik narik tali lehernya yang sudah serabut.

Bukan apa, dia tak pandai pakai tali leher. Selalunya Puan Susan yang pakaikan tapi hari ni rushing sangat jadi dia pakai belit je. Buruk betul rupanya.

"betulkan la neck tie kau tu rimas weh aku tengok" tegur Ashraf geram melihat Harraz yang dari tadi terkial kial bermain dengan tali lehernya.

"dia nak suruh buah hati dia betulkan"tambah Muqriz. Bahu Harraz ditolak kasar.

Harraz berdecit dan hanya sambung membelit tali lehernya.

"apa awak ni? Mana ada orang pakai tali leher macam ni" tiba tiba Clarra muncul dan menarik tali leher Harraz dari pegangan jejaka itu.

Terkejut bukan kepalang Harraz,tapi disebabkan Clarra seakan niat mahu membantu dia biarkan sahaja. Takkan sampai balik dia nak pakai tali leher macam tali ikat lembu ni?

Lagi pun Clarra sudah berkahwin bulan lepas. Huh cepatnya dia move on dari Harraz ? AHAHAH. Broken terus kahwin dengan orang lain.

Biarlah dia,asal tak kacau Harraz.

Disebabkan ketinggian Clarra yang agak pendek,Harraz terpaksa merendahkan tubuhnya sedikit dan jarak mereka agak dekat.

"cepat la sikit" tegur Harraz mendatar. Matanya di larikan kearah lain supaya tidak memandang wajah cantik Clarra.

"yer yer sabarla pakcik"

Iliya cantik lagi, monolog Harraz

Bercakap pasal iliya,terkejut beruk Harraz apabila terpandang kelibat Iliya yang sedang berdiri tegak bersama Aqis. Jelas Iliya sedang melihat drama murahan mereka berdua.

Mampos,jangan la Iliya salah sangka ! Jerit hati Harraz. Terus Harraz tanpa berfikir panjang dia menarik kasar tali lehernya dari pegangan Clarra

Namun tindakan itu membuatkan tubuh Clarra seakan ditarik dan tubuh gadis itu terlanggar tepat pada dada Harraz. Seakan berpelukan!

Iliya yang tadinya hanya diam memerhati terus membulatkan matanya tanda terkejut. Mulutnya melopong luas melihat adegan menyakitkan hati di depan mata.

Clarra pula sudah berkerut kerut menahan sakit apabila mukanya terlanggar dada Harraz. Gadis itu pantas berpaling ke arah belakangnya dan turut terkejut melihat Iliya.

Perasan akan wajah suci Clarra terus Iliya menayangkan senyuman palsu dan Clarra pula sudah menggaru belakang lehernya memandang Iliya dan Harraz silih berganti. Gadis itu sudah rasa bersalah. Clarra insaf dah geng.

"weh iliya!" panggil Muqriz teruja . Untuk tidak mencetuskan perang,Iliya cuba untuk tidak memandang Harraz dan mendekati mereka iaitu Muqriz, Hariz ,Ashraf ,Harraz dan Clarra.

"mampos kau" Hariz tersenyum nakal , bahu Harraz dilanggar secara mengada.

"weh weh Mak aku suruh balik la sorry" kata Ashraf tiba tiba dan tergesa gesa menarik Aqis mengikutinya pulang. Manakala iliya sudah terkebil kebil.

Harraz pula tiba tiba jadi dungu,tak tahu nak buat apa. Sudahla dia baru prank curang dengan iliya minggu lepas. Ini terjadi adegan tak diingini depan mata. Haru jadinya nanti.

Harraz cuba berdehem dan mendekati Iliya
"iliya.."

"nah,congrats" kata Iliya mendatar dan menyerahkan sejambak bunga ros dan sekotak coklat kearah Harraz.

Harraz terus mengambilnya dan terus lengan iliya dipegang.

"eh sir Taufiq!" tegur Hariz tiba tiba kearah seorang lelaki yang agak berusia baru jalan melepasi mereka semua.

Lelaki digelar sir Taufiq itu terus berhenti dan memandang mereka sebelum tersenyum.

"Ha Harraz,Clarra,Muqriz,Hariz." katanya dan berjalan mendekati mereka.

Tanpa disedari mereka,iliya merentap lengannya dari pegangan Harraz secara kasar.

Namun ekspresi di wajah gadis itu tetap dengan senyuman manis namun Harraz tahu senyuman iliya yang amat palsu itu amat bahaya dan menyeramkan baginya.

"oh ya, Harraz ni siapa?"

Harraz menjawab
"iliya, dia--"

"tunang saya"
"kawan dia"

Serentak Harraz dan Iliya berkata . Harraz hanya berdehem dan iliya hampir buat muka menyampah .Suasana agak janggal seketika sebelum Sir Taufiq ketawa kecil.

"aku syak diorang gaduh" bisik Hariz perlahan.

"aku rasa nasi minyak akan jadi nasi hangit lepasni" tambah Muqriz pula. Mereka berdua saling berpandangan sebelum mengangguk setuju.

"tunang saya,maafla sir dia ni suka bergurau" Harraz cuba tersenyum dan kembali memegang lengan Iliya. Disebabkan nak jaga nama baik Harraz,iliya hanya biarkan sahaja.

"ha boleh iliya ambilkan gambar?" soal Hariz dan menyerahkan Huawei Nova 2i miliknya kearah iliya.

Tanpa memandang Harraz dia mengambil phone Hariz dan mula menekan camera.

"ha boleh kan sir?" soal Muqriz. Sir Taufiq hanya mengangguk .Hariz dan Muqriz terus mengambil tempat di sebelah Sir Taufiq.

"weh cepatla masuk!" panggil Hariz dan tergesa gesa Harraz berdiri di sebelah Sir Taufiq dan sebelahnya lagi Clarra.

Iliya pula sudah tidak dapat sabar lagi,muka dia yang tadi murah dengan senyuman sudah bertukar dengan muka tanpa perasaan dan mendatar.

Eyy pehal Harraz bongok sangat berdiri tepi perempuan tu!?

"Harraz,kalau kamu taknak jadi single lepasni lebih baik berdiri tepi Hariz. Tengok muka tunang kamu tu,cemberut sangat tu sebab jealous kamu dengan Clarra" bisik Sir Taufiq dan menyenggol lengan Harraz.

Harraz pula baru sedar dia berdiri di sebelah Clarra. Aduh asal kau jadi lembab harini Harraz?

Kelam kabut Harraz menukar posisi di hujung sekali di sebelah Hariz .

Iliya mengangkat keningnya,marahnya agak terubat sedikit melihat Harraz menukar posisi tempatnya.

Tanpa berkara banyak terus Iliya menekan butang camera banyak kali hingga sepuluh kali.

Laju pula tu dia tekan,nampak sangat protesnya.

"dah siap" kata iliya mendatar. Dengan terujanya Hariz berlari kearah iliya dan mengambil phonenya itu.

"wah pandai awak ambik gambar. Ha alang alang tu jom selfi?" ajak Hariz tiba tiba.

Harraz yang tadi jiwa kacau terus tersentak.
"tak boleh!" bantah Harraz sekerasnya.

Melihat muka cemberut Harraz terus iliya tersenyum kearah Hariz.
"boleh je!" balas iliya.

Hariz apa lagi,terus dia mengangkat phonenya ke udara untuk selfi. Jarak mereka berdua pula semakin dekat.

Tiba tiba Harraz mencelah diantara mereka berdua dan bahu iliya dipegang kemas.

"oi sibok!" marah Hariz

Iliya pula sudah mengembungkan pipinya geram. Sibuk betul.

"ambil jelah,banyak songeh" marah Harraz pula.

Hariz berdecit sebelum meneruskan aktivitinya tadi.

Camera terus diangkat.

Click click!

Bersaksikan camera Hariz. Jelas muka Harraz dan Iliya seperti pasangan tak berapa bahagia di situ HAHAH

Tbc hek nak 50comments patt. ❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro