Bab19 Merajuk?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"kau nak ke mana?" soal Najiha yang elok terbaring di depan tv sambil mengunyah keropok lekor yang entah bila dia beli.

Kat 7Eleven ada keropok lekor ke?

"aku nak beli top4,"jawab aku sambil menyarungkan kasut nike bewarna peach aku.

"aik asal tak beli je masa pergi 7E tadi?" soal Najihah hairan.

Aku diam seketika sebelum mengeluh pendek dan memandang wajahnya. Boleh tak kau diam Najihah? Aduh....

Disebabkan aku terasa nak melalak pasal kes terserempak dengan tunang aku dan perempuan yang aku syak skandal dia tadi. Sumpah aku down

Dahla Harraz cancel nak hantar aku ke kondo Najihah. Aku ingatkan penting sangat. Huh,

Group discussion ke....Dating?

"woi iliya!" jerit Najihah bila aku dah start diamkan diri tapi berdiri kaku .

"mengelamun apa hah? Fikir kan tunang eh? Hiks" usik Najihah sampai keropok lekor tersekat kat celah gigi dia pun dia tak sedar.

"ish, dahla aku keluar jap. Jangan tunggu aku !" kata aku . Sempat aku oles liptint di bibir di hadapan cermin yang disediakan di tepi pintu utama.

"kau nak aku teman tak? Dah nak pukul 10 dah ni. Kau sure ke boleh pergi sorang sorang?" soal Najihah yang sudah bangun dari pembaringannya sambil memandang aku.

"takpe, aku okey. Don't worry la" kata aku cuba menyedapkan hati dia. Okay bila Najihah cakap macam tu aku rasa berdebar pulak. Tak terfikir pula bahaya apa kalau aku pergi turun sekarang.

Semata mata nak beli top4.

Tapi aku bukan nak beli top4 pun,aku nak tenangkan fikiran je, memang tak ar aku nak bersendu dalam bilik depan Aqis. Ish..

Lepas aku kejadian tadi Aqis tak tegur aku sangat. Dia tegur benda penting je. Dia tahu aku tengah broken kot hiks.

Nasib baik juga Aqis tak spoil cerita dekat yang lain. Mahu diorang risaukan aku sampai taknak kasi aku jumpa Harraz lagi hah!

"kunci rumah ada dalam pasu biru tu. Kau ambiklah,aku takut aku tertidur time kau balik. Aku ni tidur mati. Memang bermalam kat luar la kau"kata Najihah dan aku menyelukkan tangan ke dalam pasu itu. Kunci kecik bewarna emas aku ambil dan simpan dalam poket.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Thankyou,please come again"

Camtu erk bunyi 7E? Arh abaikan.

Keluar sahaja dari pintu 7Eleven. Aku terus menuju ke bangunan kondo itu. Sempat aku menggores daki daki kelabu kat kertas top4 tu sambil berjalan .

Langkah pula aku perlahankan. Jarak 7E dengan bangunan tu takdela jauh sangat. Ada la ambil masa 10 minit. Lepastu nak naik lif lagi,nak jalan cari pintu lagi. Cukup 20 minit.

King 👑
Is Calling...

Ceh, baru nak call? Asal kau tak call dari petang tadi je hah!?

"time aku keluar 7E tadi bukan nak kejar. Puih,lelaki semua sama" kata aku perlahan dengan nada yang agak sebak.

Terus aku accept call dia. Sempat aku menangkap beberapa bunyi anjing menyalak dekat jalan yang aku guna dengan geng aku tadi.

Disebabkan aku nampak 2 ekor anjing yang agak besar daripada aku dan warnanya hitam sehitam hatimu,aku ambil keputusan nak lalu jalan lain.

Gulp!

"iliya.."

"kawe lorak kecek esok"
Terus aku endcall lepas bagi ayat famous made in kelantan. Hah jangan memain umi aku asal kelantan tau hah.

Okay,aku kembali memandang sekeliling aku,menyesal pulak lalu sini . Dengan kawasan busuk dengan sampahnya. Gelap gelita campur sunyinya.

Meremang wehhh.

Patut tak aku u turn? Tapi ada anjing aish.

Selesai mengisi angka top4 ,aku buang merata tempat kertas top4 tu.

Selalunya orang kata habis madu sepah dibuang

Kalau aku,
Habis dapat angka top4,kertas top4 sepah dibuang.

Cun!

Kreak!

Terperanjat aku,terus aku pusingkan kepala ke arah belakang aku dengan sepantas boboiboy .

Yang aku nampak hanya seorang lelaki yang muka memang sah macam orang tak siuman. Aku pun satu, lalu kat jalan sunyi ni apa kes!?

Perasaan akan pandangan aku, terus dia mengangkat muka memandang tepat ke arah aku.

Terkejut bukan main aku bila dia mula menapak dengan laju ke arah aku yang masih kaku.

Aku apalagi?

Pecut lah!

Dah la lorong sunyi boleh kira panjang jugakla.

Dengan jantung berdebar debar ketika berlari tu pun sempat aku toleh kebelakang. Rasa nak terkentut pula bila lelaki tadi dah start mengejar aku.

"Tolong!!" jerit aku kuat. Lagi terkejut aku bila di penghujung lorong yang aku tuju muncul 2 ekor anjing tak guna yang aku cuba nak elak. Sial lah!

Aku terpandang satu lorong yang agak kecil dari sekarang berhampiran dengan aku. Tanpa fikir banyak terus aku masuk ke dalam lorong tu.

Tiba tiba tangan aku direntap dari belakang. Belum sempat aku menoleh siapa gerangan, mulut aku ditekup dari belakang.

Bergetar habis badan aku. Tak mampu bergerak. Air mata laju sahaja turun. Terus tubuh aku ditarik untuk menyorok di antara celahan kecil bangunan di belakang aku.

Aku cuba untuk bergelut dengan cara menyiku perutnya tapi dia sempat mengelak. Makin kuat tangan dia mencengkam rahang aku untuk menutup mulut aku.

"ermm..ermm!!"

"kau bergerak kau mati" bisiknya betul betul di belakang telinga aku. Bergetar habis tubuh badan aku.

Selang beberapa minit berkeadaan begitu ,dia mengintai melalui celahan tembok di sebelahnya sebelum mengeluh.

Mulut aku dilepaskan. Baru saja aku nak jerit,dia terus memegang kedua belah bahu aku supaya menghadapnya.

Terkedu aku melihat orang yang aku sangka perogol bersiri tadi.

"gila !?" jerit aku,laju sahaja tangan kiri aku naik melempang pipi kirinya kasar sebelum teresak esak menangis di hadapannya. Badan aku mula melorot jatuh menghempap tanah. Lemah semangat sungguh.

Manakala Harraz tidak beriak selepas ditampar aku, melenting jauh sekali. Dia hanya memegang pipinya yang terasa pijar sebelum Harraz ikut rentak aku dengan cara mencangkung di hadapan aku. Dia diam,matanya fokus memerhati pergerakan aku.

"i am sorry,terpaksa" balasnya perlahan.

"saya rasa macam nak kena bunuh tau! Awak ingat saya tak takut ke?"soal aku dengan esakan.

"hei,jawablah!" suara aku mula meninggi.

"awak ingat saya boleh percaya ke awak akan diam dan duduk senyap senyap kalau saya bagitahu awal awal tu saya?" katanya dan mencerlung tajam memandang aku.

"at least saya tahu tu awak!"

"keselamatan awak lagi penting!" terperanjat aku bila dia naikkan suara dia kepada aku.

Bibir aku bergetar sebelum memandang ke arah lain sebelum menggigit bibir.
"saya tak minta awak selamatkan saya"

Tercengang Harraz memandang aku. Dia meraup wajahnya sebelum memandang aku balik.

"orang bodoh je akan biar tunang dia kena kejar dengan orang jahat"

"oh,baru ingat kat tunang eh?"

Harraz mengeluh kasar sebelum menarik tangan aku yang sedang memeluk lutut menangis.

"let me explain."

"macam mana awak tahu saya kena kejar ?" aku ubah topik. Baru teringat akan kejadian di mana dia mungkir janji sebab jumpa perempuan lain

Aqis suruh aku minta penjelasan dia,tapi aku taknak. Ego meninggi macam rambut rosmah.

Harraz diam tanpa menjawab. Aku senyum sinis sebelum bangkit berdiri. Aku tepuk punggung aku membersihkan habus yang melekat sebelum memandangnya yang turut berdiri.

Aku pandang dia secara hadapan sahaja menghadap dadanya,malas nak angkat kepala pandang dia. Malas

Siapa suruh tinggi sangat.

Kau bayangla aku 162,dia 179

Mende kau,makan batang penyapu dari kecik ke apa duh!?

"taknak jawab sudah" aku jeling dadanya dan memusingkan tubuh nak blah. Kan aku dah kata aku malas dongak tengok muka dia

"biar saya teman" pelawanya dan turut berjalan di sebelah aku

"girlfriend tak marah ke?" soal aku sinis. Harraz memandang aku sebelum mendongak memandang langit.

"awak dah salah faham" katanya dan menarik lengan aku supaya berhenti berjalan.

"awak datang dengan apa? Pergila balik,saya taknak susahkan awak" kata aku cuba melarikan diri. Tak kuat nak berhadapan dengan dia. Rasa dikhianati lagi.

"iliya,sebenarnya tadi tu bukan girl-"

"awak parking kat mana kereta awak? Ke datang dengan motor?" kata aku cuba menjauhinya dan acah acah mengintai lorong mencari kenderaanya

"iliya saya na--"

"dah malam ni awak pergila balik,saya boleh balik sendiri. Dah dekat tu" aku senyum nipis

"iliya--"

"btw tak payah susah susah ambik hantar saya ke sekolah dah, saya boleh pergi sendiri dengan kawan kawan saya yer?"

"KAU DIAM BOLEH TAK!?"

Automatik aku diam bila dia naikkan suara kearah aku. Terasa jantung berhenti berdegup,nadi terhenti. Dada menjadi makin sebak.

Dia cakap apa? 'kau'?

"saya terpaksa jumpa dia sebab group discussion, bukan dating ke apa..tolongla faham . Janganla fikir bukan bukan. Saya bukan playboy"katanya perlahan.

Lega aku,kalau dia maki aku harus aku lempang dia sebelah lagi kasi cop robocar poli.

"and?" soal aku

"perlu ke sampai pergi kedai sekali,dahla dekat dengan tempat saya tinggal sekarang wow jauhnya korang punya group discussion"perli aku sambil berpeluk tubuh.

"dia minta tolong saya hantar dia,"

"kenapa awak? Takda orang lain ke? Grab kan ada?"

"dia tak ada app tu.."

"pergila suruh dia download"kata aku. Tak mahu kalah.

Harraz pula rasa nak hantuk kepala kat dinding. Asal soalan iliya ni macam soalan yang aku tuju kat Clarra tadi hah

"dia kata takda tenet"

"pergila bagi dia hotspot. Miskin sangat tak ada internet pergi menyondol kat laki orang" bebel aku

Harraz angkat kening
"what do you mean by 'laki orang' huh?"

Aduh,bodo la iliya. Ayat kau camsial abfkshdsjfhsjf. Patut kau guna tunang bukan laki orang. Apakah.

"nothing" aku alih pandangan ke arah lain.

"ee orang kata nothing!" marah aku bila Harraz selamba mencuit dagu aku.

"aih,saya dah tawarkan hotspot dia taknak. Katanya bateri habis"

Aku berdecit.
"habistu camna boleh endup dekat 7E kat sana?" soal aku dan mula berjalan menuju ke kondo. Harraz cuba mengikuti langkah aku dari tepi.

"dia kata boleh hantar saya kat mana mana kedai yang dekat dengan rumah saya. So thats why boleh endup dekat situ. Dia kata nak beli top4 and balik sendiri"

Aku terlopong dengan jawapan Harraz.

"tak sedar ke?"

"apa?"

"awak kata dia takda bateri tapi macam mana dia nak gunakan top4 tu? Guna pakai public phone? Hah!?" terjerit aku dihujung ayat . Eeeee Harraz ni tak pickup lagi ke weh!?

"......"

"hah diam"kata aku geram

"awak tahu tak kenapa dia buat camtu?"

"asal?" soal aku jengkel dan menjulingkan mata dalam diam.

"dia suka saya"

Kali ni aku pula diam. Aku garu pipi sebelum mengalih pandangan ke arahnya.

"and?"

"sebabtu dia nak attention saya..maaflah buat awak sakit hati. Sumpah masa dia kata nak jumpa tu dia kata yang project ada problem la apa la. Tapi dia tipu je nak attention"terangnya dan menggosok lehernya memandang kearah lain.

Aku pula turut memandang kearah lain. Rasa bersalah tiba tiba sebab maki dia tadi.

"dia memang attention seeker eh?" soal aku

"yela"

"teruknya mesti gedik kan?" soal aku dan mendongak memandangnya

Dia juga menunduk memandang aku di sebelah
"lebih dari gedik,mesti underwear penuh kutu babi" kata Harraz.

"AHAHAHA KOTOR WEH!" aku terhibur sendiri. Penat nak control cool tadi sebab merajuk

Wait,merajuk?

"lepastu asal awak hantar dia kat sini?"

Harraz diam.
"Harraz?"

"saya tinggal sini juga" balasnya mendatar

aku mengerutkan dahi
"bila masa awak duduk sini..bukan ke-- oh! Awak duduk sini sebab saya ke?" soal aku teruja. Aku mendekatkan diri dengannya .

"ma-mana ada!" wajahnya bertukar merah dan menjauhi aku.

"alaaa mengaku jelaa, awak terlalu risaukan keselamatan saya ke??"usik aku. Makin merah wajah putihnya. Makin galak aku.

"t-takla, jangan fikir bukan bukan" dia melajukan langkah meninggalkan aku kebelakang.

"dahtu,tadi awak terus datang sebab saya dalam bahaya" kata aku kuat supaya dia yang berada di hadapan dengar .

Aku melajukan langkah dan menyekat langkahnya. Tersenyum lebar aku.

"macam mana awak tahu saya dalam bahaya?"

"dah time saya call tu bunyi anjing menyalak bagai. Dah la malam. Saya tahu awak lalu jalan mana and saya tahu awak akan ikut jalan mana untuk mengelak bertembung dengan anjing liar tu. Sebabtu saya cepat cepat turun" dia menolak kepala aku supaya berhenti menyekat jalannya. Terasa nak meletup kepalanya memandang wajah cik tunang yang kian mengusik.

YA DIA RISAU,ADA MASAALAH KE!?

"alaaa sweetnya dia. Mengaku la, awak dah start suka saya eh?" soal aku tak tahu malu sambil menolak nolak belakang badannya

"mengarut. Tak akan " balasnya. Aku memuncungkan bibir dan mencebik.

"yelaa saya sedar diri" balas aku perlahan dan berhenti berjalan. Tak sedar yang kami sudahpun berdiri di hadapan lif .

"naik sekali dengan saya ke?" soal aku

"tak. Saya lif lain" balasnya dan aku mengangguk sahaja sebelum membuka zip beg tangan aku mencari sesuatu.

"harraz tunduk sikit boleh?" pinta aku. Harraz terpinga pinga

"asal?"

"ish tundukla cepat!" aku menarik bajunya di bahagian dada supaya menunduk menyamai tinggi aku. Terus dia menunduk secara mendadak hampir terlanggar kepala aku.

"pejam mata"

"kenapa pulak?"

"pejamlah mata,banyak cakap pulak" cebik aku. Harraz menjulingkan matanya menyampah sebelum memejamkan mata.

"hehe duduk diam diam" aku buka ubat sapu berbentuk tiub dan aku oles sedikit di pipi kiri Harraz yang aku terlempang tadi.

Kuat kot aku lempang,tapi Harraz masih pujuk aku. Penyabar betul dia.

Berkerut dahinya menahan sakit dan pedih di pipinya. Auww mesti sakit. Kuat juga aku ni. Boleh aku lempang Kamila lepasni hikhik

"lama lagi ke?" soalnya dan mencelikkan mata. Terkejut aku sebab wajah kami amatlah dekat.

Sebabtu aku suruh dia pejam mata. Tak pasal malu sendiri

"eee suruh tutup mata kan, apa awak ni" cebik aku dan menjauhinya. Memerah muka aku

"lama sangat,ingat nak cium tadi" jawapan Harraz membuatkan aku membulatkan mata

"gatal,siapa nak cium awak!" marah aku dan membuat isyarat suruh dia pejam mata

Dia hanya mampu berdecit sebelum memejamkan matanya.
"aih,pedihla. Lambat lagi ke?" katanya

Aku buat muka sendu
"maaf terlempang awak.." kata aku dan sambung sapu ubat di pipinya

"erm,maaf je?"

Aku berdecit.

"dahtu?"

"buka mata" kata aku dan menyimpan ubat kedalam beg tangan aku.

"iliya,"

"hurm?"

"esok awak memang nak pergi sekolah ,balik sekolah dengan kawan kawan awak ke..taknak pergi dengan saya ke?"

Tercuit hati aku,alahai comelnya macam budak budak minta aiskrim.

"entahla,kenapa?" aku tersenyum

"takla, saya rasa terbiasa tengok muka awak pagi pagi..lepas habis kelas je petang petang dah tengok muka awak" katanya dan menunduk memandang kaki. Dia menggosok lehernya .

"saya..saya...naikla dengan saya,janganla merajuk"aku terkedu..

COMEL BODOOOOO COMELLLLLLLLLL

"yela,esok tunggu kat sini pukul 6.45 tau" kata aku sebelum menekan butang lif dengan tangan berpeluh.

Masuk sahaja ke dalam lif,aku melambai kearahnya yang berada di luar.

"iliya"

"yer?" soal aku sambil menekan butang lif.

"takde apala" katanya dan tersenyum kacak memandang aku. Aku buat muka sebelum wajahnya hilang kerana pintu lif .

"saya bukan setakat suka, saya dah sayang awak" luah Harraz ikhlas apabila pintu lif sudah lama tertutup.

Tbc♥

40comments baru aku update. Bye caw lu!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro