➺0.3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Pada waktu rehat, mereka biasanya akan berlepak di tepi tangga. Sementara menunggu Hongjoong, Seonghwa dan Jongho tiba, mereka mengambil kesempatan untuk berbual seketika.

“Weyh, korang ada rasa pelik tak kat Ryusang tu?”

Soal San kepada Yunho, Mingi dan Wooyoung. Mereka bertiga mengangguk berkali-kali.

Yes! Rupa dia memang seiras habis dengan Yeosang!” Kata Yunho.

“Lepas tu suara dia pun lebih kurang sama jer," celah Mingi.

Then lebih mengejutkan lagi dia asal dari Pohang. Which means tempat asal Yeosang juga.”

Kata-kata Wooyoung itu membuatkan mereka bertiga terdiam seketika. Tidak lama selepas itu mereka terdengar nama mereka dipanggil oleh seseorang.

Hyung!”

Mereka berempat berpaling ke belakang. Kelihatan Jongho sedang berlari menghampiri mereka semua.

Wae?” soal San hairan. Yalah, tiba-tiba berlari ni mestilah ada sebab.

“Budak yang kat kelas hyung tu bukan Yeosang hyung ke?” tanya Jongho kepada mereka berempat.

“Maksud kau Ryusang ke?” soal Yunho pula inginkan kepastian.

Jongho berkerut dahi tanda hairan.

“Eh? Nama dia Ryusang? Jadi betullah kata dia tadi...” ujar Jongho perlahan membuatkan yang lain tertanya.

“Kenapa? Kau bercakap dengan Ryusang ke?”

Teka Wooyoung. Jongho membalas dengan anggukkan.

Lalu dia mula menceritakan apa yang telah berlaku tadi sebelum dia berjumpa dengan kawannya.

•°•°•°•°•°•

Beberapa minit lepas...

Jongho dalam perjalanan menuju ke tangga untuk berjumpa abangnya di sana.

Ketika dia melimpasi kelas 99 line, dia ternampak ada seorang lelaki yang seiras dengan Yeosang berada di dalam kelas sambil termenung melihat tingkap.

Jongho terus masuk ke dalam kelas lalu menyapa lelaki itu dengan mesra.

“Yeosang hyung! Kenapa hyung sorang-sorang kat kelas ni? Jomlah kita lepak kat tangga!”

Ajak Jongho riang. Tetapi dia perasan bahawa lelaki itu tidak menjawab. Sebaliknya, dia memandang Jongho dengan pandangan menjengkelkan.

“Erm... Aku rasa kau dah salah orang ni. Aku Ryusang bukan Yeosang.”

Balas lelaki itu lalu meninggalkan Jongho di dalam kelas keseorangan. Dia sudah terkaku di situ.

“Ryusang?”

End flashback

•°•°•°•°•°•°•

“Macam itulah ceritanya!”

Terang Jongho lebar. San yang mendengar dengan teliti tadi mengangguk tanda faham.

“Tak hairanlah kalau kau tersilap tadi, Jjong. Sebab kitorang yang sekelas dengan dia pun asyik tersilap jer panggil nama dia,” balas San lebar.

“Tapi aku rasa kesian pula sebab Ryusang tu dah lah tak tahu apa-apa. Lepas tu kita asyik panggil dia Yeosang je,” balas Wooyoung pula.

“Dan soalan yang paling penting sekarang ni... Mana Hongjoong hyung dengan Seonghwa hyung?”

Soal Jongho setelah dia baru perasan bahawa Hongjoong dan Seonghwa tiada bersama mereka.

Mingi membalas dengan mengangkat bahu. Kerana dia sendiri pun tidak tahu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro