➺0.5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Seperti yang telah dikatakan, petang ini Yeosang dapat keluar dari hospital setelah semalam dia dirawat di sana.

Sistem keimunan badan Yeosang agak lemah. Jadi dia mudah terdedah dengan pelbagai jenis penyakit. Tidak hairanlah sekiranya Yeosang kelihatan tidak begitu aktif di sekolah.

“Wow! Ni rombongan ke apa sampai semua datang sekali ni?”

Yeosang terkejut melihat semua kawannya berada di hospital sekarang.

“Heheheh. Ini namanya rombongan Seonghwa hyung,” gurau Jongho. Yeosang tertawa berdekah.

Selepas sahaja menjemput Yeosang di hospital, Seonghwa mengajak mereka semua untuk berlepak di rumahnya petang ini.

•°•°•°•°•°•°•

Kelihatan di dalam rumahnya tiada sesiapa melainkan pembantunya sahaja. Mereka berlapan duduk di ruang tamu Seonghwa.

“Yeosang, kalau kau dengan cerita ni mesti kau akan terkejut punya!” Kata San membuatkan dia terasa ingin tahu.

“Apa dia?”

“Ada budak baru kat kelas kita hari ni,” ujar Wooyoung mulakan bicara.

Yeosang tidak berkata apa. Dia merancang untuk mendengar sahaja cerita rakannya kerana dia tidak suka menyampuk.

“Budak baru tu lelaki dan rupa dia memang seiras habis dengan kau!”

Mata Yeosang terbeliak sebaik sahaja Yunho mencelah tadi.

Wait what? Seriuslah? Seiras sangat ke?” soal Yeosang bertubi-tubi. Mereka sudah menjangka bahawa itulah reaksi Yeosang.

“Serius! Rupa kau, mata, suara, apa semualah memang seiras habis! Tapi dia tak ada tanda lahir macam kaulah,” balas Mingi.

“Cuma bezanya rupa kau lebih comel dari dia dan kulit kau lebih cerah,” sampuk Hongjoong pula.

Yeosang yang dengar itu terdiam seketika. Baginya cerita ini memang mengejutkan. Terasa ingin tahu pula siapakah orang itu.

“Apa nama dia?” tanya Yeosang ingin tahu.

“Nama dia Im Ryusang. Dia asal dari Pohang, sama tempat asal dengan kau.”

Jawab San. Yeosang yang mendengar itu mengangguk tanda faham.

“Mungkin kebetulan kot. Lagipun nama keluarga berbeza kan,” ujar Yeosang tenang.

Walaupun dalam hatinya mula terasa sedikit pelik. Namun, dia anggap itu normal kerana di dunia ini terdapat tujuh orang yang mempunyai sama rupa.

“Mungkin kot... Tapi aku rasa kesian pula kat Ryusang,” kata Yunho lagi membuatkan Yeosang hairan.

“Dah kenapa pula?” soalnya pelik.

“Sebab kitorang asyik panggil dia Yeosang. Sampaikan Jjong dengan Jonggie hyung pun salah sangka dengan Ryusang tu,” terang Jongho pula.

Yeosang tersenyum nipis mendengar. Mungkin baginya wajah Ryusang itu terlalu sama dengannya sehinggakan orang pun boleh keliru.

“Kalau macam tu esok aku nak tengok rupa dialah. Mana tahu boleh jadi kembar ke hehehe.”

Kata Yeosang lagi sambil tertawa. Dalam perbualan itu hanya Seonghwa sahaja yang tidak ikut serta. Di dalam mindanya sekarang terfikirkan tentang Yeosang sahaja.

Yeosang tak ada adik beradik. Mungkin ada tapi dia sendiri tak tahu?”

Itulah yang difikirkan oleh Seonghwa sekarang. Hongjoong yang perasan Seonghwa dari tadi senyap itu terus menegur.

“Hwa, kau kenapa senyap ni?” soal Hongjoong hairan.

“Tak ada apa-apa,” balas Seonghwa bersahaja.

Hongjoong sekadar angguk lalu kembali berbual semula bersama yang lain. Begitu juga dengan Seonghwa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro