➺0.7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Yeosang dan Ryusang didenda berdiri di luar kelas akibat lewat. Cikgu Ju tadi hampir keliru melihat mereka berdua kerana rupa mereka sangat seiras.

Suasana di antara mereka berdua senyap. Terasa kekok pula untuk bercakap. Sudahlah tadi mereka terlanggar di koridor ketika dalam perjalanan menuju ke kelas.

Yeosang curi-curi melihat Ryusang. Betul kata kawan-kawannya. Dia tidak menyangka dia akan berjumpa dengan orang yang memilik sama rupa dengannya.

“Kau mesti Yeosang kan?” tegur Ryusang memecahkan kesunyian. Yeosang membalas dengan anggukkan sahaja.

“Aku tahu nama kau sebab budak kelas ni selalu panggil aku Yeosang. Kadang-kadang naik rimas aku,” tambah Ryusang lagi.

Yeosang tertawa berdekah. Dia baru sahaja mahu tanya dari mana Ryusang tahu namanya.

“Erm... Rupanya kaulah budak baru yang heboh semalam. Aku tak ada pun sebab sakit,” balas Yeosang perlahan. Sungguh dia malu untuk bercakap dengan orang baru.

“Ya. Hanya disebabkan rupa kita sama. Btw, apa nama full kau? Aku Im Ryusang.”

Ryusang memperkenalkan dirinya dengan Yeosang sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

Yeosang pula hanya memandang sahaja. Tidak tergerak pun hatinya untuk berjabat dengan Ryusang.

“Owh, kalau kau tak nak berjabat tak apa. Orang bandar kan? Manalah nak berkawan dengan budak kampung macam aku,” ujar Ryusang sambil tersenyum sinis.

Dia terus mengalihkan tangan ke belakang tekuknya. Dia tahu orang bandar tidak akan sudi berkawan dengan orang biasa.

“Siapa kata macam tu? Aku pun asal dari Pohang sama macam kau. Tapi aku ada masalah sosial sebab itulah aku teragak-agak untuk berjabat dengan kau,” balas Yeosang geram.

Selain daripada masalah kesihatan, dia juga mempunyai masalah sosial di mana dia tidak pandai bergaul dengan orang. Jadi, tidak hairanlah sekiranya Yeosang mempunyai sedikit kawan.

“Ahh, kau mesti introvert kan? Sebab kalau masalah sosial ni biasanya orang introvert jer. Maksudnya, kau lebih suka bersendirian daripada bergaul bukan?” teka Ryusang. Yeosang hanya mengangguk sahaja.

“Yang di luar tu jangan bising sangat!”

Tegur Cikgu Ju kepada mereka berdua. Yeosang sudah menahan malu selepas ditegur tadi manakala Ryusang pula membuak riak wajah menyampah.

“Aku baru pindah ke sini dah kena denda. Teruk betul...” cebik Ryusang perlahan.

“Erm, nama aku Kang Yeosang.”

Ujar Yeosang tanpa memandang Ryusang. Anak matanya meliar melihat kawan-kawannya di dalam kelas.

Kelihatan San, Yunho, Wooyoung dan Mingi sedang mengejek Yeosang secara senyap-senyap. Dia menahan geram.

Eii... Nasib baik kenang kawan. Kalau tak memang bagi makan kerusi lah jawabnya.

“Okey.” Balasnya sepatah. Dia bersandar di tepi pintu akibat penat berdiri dari tadi.

Yeosang melirik melihat Ryusang. Dia perasan bahawa mereka ada sedikit perbezaan walaupun rupa paras seiras.

Antaranya, warna rambut, warna kulit dan Ryusang tidak mempunyai tanda lahir sebagaimana dia ada.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro