➺0.9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•°•

Petang ini merupakan aktiviti kelab, semua pelajar bingkas keluar dari kelas untuk menuju ke kelab masing-masing.

Yeosang dan kawan-kawannya berjalan menuju ke kelab menari bersama. Masuk sahaja di bilik tarian, kelihatan Hongjoong dan Seonghwa sudah pun berada di sana.

“Korang yang lain boleh menari macam biasa. Yeosang... Hyung tak pasti,” kata Hongjoong sedikit risau dengan Yeosang.

Dia tahu Yeosang ni cepat penat. Jadi baginya agak risau sekiranya dia benarkan Yeosang turut menari bersama.

“Apa kata aku tak menari hari ni. Aku jalan-jalan kat luar untuk hilang rasa bosan,” cadang Yeosang.

“Lagipun aku pun dah lama tak berjalan sorang-sorang kat sekolah. Jadi, tak ada masalah.”

Tambahnya lagi. Hongjoong dan yang lain tidak berkata apa. Seonghwa yang mendengar itu terus membidas.

“Kejap! Aku tak percayakan kau!”

Bidasnya membuatkan Yeosang tersentak sedikit.

“Eh? Kenapa?” soal Yeosang hairan.

“Sebab setiap kali kau berseorangan, pasti ada jer akan berlaku kat kau jadi aku tak nak kau berjalan kat sekolah seorang diri!” Balas Seonghwa tegas.

Yeosang mengeluh. Dia memuncungkan bibir tanda kesal. Dia tahu Seonghwa risaukan dirinya tetapi dia sudah besar. Dia rasa dirinya seperti dikongkong oleh kawan sendiri.

Yeosang mula memeluk tubuh dan mengalihkan pandangannya daripada memandang Seonghwa.

Merajuk? Mungkin...

Yunho yang melihat Yeosang begitu mula berbisik dengan Mingi.

“Yeosang merajuk dengan Hwa hyung agaknya...” bisik Yunho perlahan.

“Itulah. Dia kan jenis keras kepala,” sampuk Mingi.

Tidak lama selepas itu, Jongho masuk ke dalam bilik tarian. Dia hairan melihat Yeosang sudah berpeluk tubuh di situ manakala Seonghwa dan Hongjoong sedang membincangkan sesuatu.

Hyung kenapa?” soal Jongho kepada Yeosang ingin tahu.

Yeosang tidak membalas. Sebaliknya dia memandang Seonghwa dengan pandangan tajam.

Selepas itu, Yeosang bingkas bangun lalu keluar dari bilik tarian. Jongho pelik. Sudahlah soalannya tadi tidak dijawab. Dia menghampiri Seonghwa dan Hongjoong.

“Eh? Jongho baru sampai ke?” tegur Hongjoong setelah nampak kelibat Jongho.

“Haah. Kenapa dengan Yeosang hyung tu? Dia terus keluar lepas aku tanya tadi,” kata Jongho membuatkan Seonghwa terkejut.

“Dia keluar? Ish!”

Seonghwa terus keluar dari bilik tarian untuk mencari Yeosang.

Dan Jongho masih lagi terkaku kerana tidak tahu apa yang sudah berlaku sekarang.

•°•°•°•°•°•

“Bagus, Ryusang! Cantik balingan kau tadi!”

Puji Yeonjun, salah seorang kelab bola keranjang kepada Ryusang.

Dia tersenyum. Baginya itu hanyalah balingan biasa sahaja. Tidak lebih dari itu.

“Kita rehat sekejap!”

Kata ketua kelab bola keranjang kepada ahli-ahlinya. Ryusang mengambil tempat untuk berehat seketika bersama Yeonjun.

Yeonjun menghulurkan air minarel kepadanya. Dia mengambil lalu terus minum seteguk.

Penat rasanya selepas main tadi. Nasib baiklah sekarang dapat rehat sekejap.

Sedang dia rehat dengan tenang, anak matanya ternampak susuk badan seseorang yang sedang duduk di sebuah bangku sambil memeluk tubuh.

“Yeosang?”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro