➺1.1

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Suasana di antara Yeosang dan Seonghwa agak tegang. Ryusang yang menjadi orang tengah itu keliru kerana tidak tahu apa-apa.

Seonghwa melepaskan keluhan berat. Dia memegang tangan Yeosang tapi dia ditepis dengan kasar.

“Yah! Kau marah sangat kat aku ke?” soal Seonghwa geram.

Sekali lagi Yeosang tidak membalas. Dia buat-buat pekak.

“Kalau fasal tadi tu, hyung minta maaf. Hyung tak bagi kau jalan sorang-sorang sebab hyung takut kalau ada apa-apa jadi kat kau,” terang Seonghwa sambil meminta maaf dengan Yeosang.

Sungguh dia berasa sangat bersalah dengan Yeosang. Dia takut sekiranya Yeosang tidak memaafkannya.

Tambahan, Yeosang tidak tahu betapa

risaunya Seonghwa terhadap dirinya sendiri.

Ryusang hanya menjadi tukang dengar sahaja. Dia kasihankan Seonghwa. Lalu dia cuba untuk melembutkan hati Yeosang.

“Maafkan jerlah dia tu. Kesian dia sebab penat cari kau tadi. Takkanlah fasal hal remeh tadi tu buat kau berkeras hati?” kata Ryusang lembut.

Yeosang menghela nafas. Dia mengalihkan kepala melihat Seonghwa yang sudah berdiri di sebelahnya.

Nae... Sorry hyung sebab aku emo tadi,” ucap Yeosang juga berasa serba salah.

Seonghwa tersenyum nipis. Dia mula merangkul tangannya di atas bahu Yeosang.

“Tak apa. Silap hyung juga sebab tak percayakan kau tadi. Haa, lepas ni kita menari sama-sama tahu?”

Balas Seonghwa riang membuatkan Yeosang juga turut teruja.

Ryusang yang melihat telatah mereka berdua itu tersenyum lebar. Gembira pula rasanya melihat mereka berdua sudah okey semula.

“Ryu, aku pergi dulu tahu? Thanks sebab ajak aku berbual tadi,” ujar Yeosang kepada Ryusang.

No hal lah.”

Selepas sahaja Ryusang membalas, Yeosang dan Seonghwa terus pergi.

Kini hanya Ryusang sahaja yang masih duduk di bangku. Senyuman di bibirnya tadi mula pudar.

Seronoknya ada orang ambil kisah fasal dia...” gumam Ryusang dalam hati.

Baru sahaja dia termenung, namanya dipanggil oleh seseorang.

“Ryusang! Kau nak main tak?” soal Yeonjun dari jauh dengan nada separuh jerit.

“Nak! Tunggu aku!” jawab Ryusang juga dengan nada separuh jerit.

Dia berlari menuju ke court untuk bermain bola keranjang semula.

•°•°•°•°•°•°•

Pada waktu malam, Yeosang membuat panggilan dengan seseorang yang dia sangat rindukan.

Appa!” Yeosang berkata dengan riang selepas panggilan dijawab oleh ayahnya, Tuan Kang.

“Yeosangie, wae call appa ni?” tanya Tuan Kang dalam panggilan tersebut.

“Yeo rindu nak bercakap dengan appa...” ujar Yeosang.

“Owh... Appa pun rindu nak bercakap dengan anak manja appa ni,” balas Tuan Kang membuatkan Yeosang tersenyum lebar.

“Macam mana dengan keadaan kamu sekarang? Okey ke?” soal Tuan Kang lagi.

“Yeo okey jer appa. Jangan risau.”

Agak lama mereka berbual di telefon. Sungguh kerana terlalu lama mereka tidak berjumpa, Yeosang terlalu rindukan dengan ayahnya. Begitu juga dengan Tuan Kang.

Appa, bila Yeo boleh balik? Yeo rindu sangat nak balik rumah dengan appa...”

Soalan yang dilemparkan oleh Yeosang tadi membuatkan hati Tuan Kang dilambung dengan rasa bersalah.

Ya, dia terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan dia terabaikan anaknya. Malah, dia juga selalu pulang lewat ke rumah.

Mianhae, Yeo. Mungkin sekarang tak dapat. Tapi appa janji appa akan bawa Yeo balik ke rumah macam dulu.”

Jawab Tuan Kang. Yeosang tersenyum kelat. Dia sudah agak.

Itulah jawapannya...

Nae appa... Yeo letak dulu okey? Esok Yeo sekolah...” kata Yeosang perlahan.

“Okey. Selamat malam, Yeo. Appa sayangkan kamu.”

Nae appa...”

Selepas sahaja Yeosang mematikan panggilan tadi, air matanya mula mengalir di pipi.

Dia betul-betul rindukan ayahnya. Dia selalu berharap agar ayahnya dapat meluangkan masa dengan dia bersama.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro