➺2.7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Tiba sahaja di hospital, Ryusang berlari mencari wad kecemasan. Dalam hatinya tidak berhenti berdoa agar ayahnya selamat.

Yeosang dan Tuan Kang mengikut dari belakang. Dia juga turut terkejut mendengar berita bahawa ayah Ryusang terlibat dalam kemalangan.

Mereka bertiga menunggu di depan pintu wad kecemasan. Ryusang mundar-mandir kerana risau akan ayahnya.

"Ryu, bertenang. Semuanya akan baik-baik," kata Yeosang perlahan cuba untuk menenangkan Ryusang.

"Ta-tapi..."

Ryusang terhilang kata sebaik sahaja dia ternampak seorang doktor keluar dari pintu wad tersebut.

Pantas Tuan Kang bertanya tentang keadaan ayah Ryusang dengan doktor itu.

"Maafkan saya, bagaimana dengan keadaan kawan saya?" soal Tuan Kang risau.

"Encik kawan Chanhyun ke?" soal doktor itu semula.

"Saya anak dia. Macam mana dengan keadaan appa saya, doktor?"

Celah Ryusang. Dalam hatinya berasa tidak sabar untuk tahu bagaimana keadaan ayahnya.

"Nasib baiklah dia sempat dibawa ke sini dengan cepat. Cuma itulah sekarang ni dia koma. Saya harap awak semua bertabah..." jawab doktor itu sebelum dia berlalu pergi.

Jantung Ryusang seolah-olah berhenti berdegup selepas sahaja mendengar penjelasan dari doktor itu tadi.

Dia terduduk akibat terkejut sangat. Ayahnya sekarang dalam keadaan koma. Bagaimana dia mahu pulang ke rumah dan juga pergi ke sekolah esok?

Yeosang dan Tuan Kang yang melihat Ryusang sudah terdiam kaku itu berfikir seketika. Mereka tahu, Ryusang tiada sesiapa selain Tuan Im.

"Ryu, kamu tinggallah dengan kami buat sementara waktu," cadang Tuan Kang kepada Ryusang.

"Ta-tapi... Saya takut nanti susahkan ahjusshi pula..." balas Ryusang dengan serba salah.

"Tak ada lah. Kalau tak nanti takkan lah kau kat rumah seorang diri? Macam mana pula nak pergi sekolah esok?"

Sampuk Yeosang pula. Ryusang terdiam sekali lagi. Entah mengapa dia berasa serba salah pula terhadap mereka berdua.

"Ahjusshi tak sampai hati nak biarkan kamu seorang diri. Kamu tinggallah di rumah ahjusshi buat masa ni," tambah Tuan Kang lagi untuk meyakinkan Ryusang.

Tanpa berkata apa, Ryusang sekadar mengangguk tanda setuju. Dia tiada sesiapa lagi untuk diharap melainkan Yeosang dan Tuan Kang sendiri.

•°•°•°•°•°•°•

"Buat sementara waktu ni, kamu tidur dengan Yeosang ya? Maaflah rumah ahjusshi ni tak ada bilik lagi," kata Tuan Kang kepada Ryusang.

"Saya okey jer. Gomawo sebab sudi jaga saya..." ucap Ryusang perlahan.

Tuan Kang hanya mampu tersenyum. Dia melangkah masuk ke dalam bilik setelah selesai meletakkan barang Ryusang tadi.

Dia mengeluh. Rasa kekok pula bila berada di rumah orang lain. Sudahlah rumah kawan sendiri...

"Jomlah kita masuk bilik. Kau pun kena tenangkan fikiran kau tu," ajak Yeosang sambil menepuk belakang Ryusang perlahan.

Dia mengangguk kecil. Lalu dia mengikut langkah Yeosang untuk masuk ke dalam bilik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro