➺3.3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Satu bingkai gambar keluarga yang berada di tepi televisyen itu dilihat dengan penuh teliti. Wajah si isteri dalam gambar tersebut ditatapnya lama.

Ya, dia amat rindukan isterinya. Seorang yang sangat baik hati dan lemah lembut itu telah pergi meninggalkan dia serta anaknya buat selamanya.

Dia melepaskan keluhan kecil. Andai dia dapat memutarkan masa semula, mahu sahaja dia pergi ke masa silam untuk betulkan semua kesilapannya.

Appa janji... Appa akan bagitahu perkara yang sebenar pada kamu berdua nanti...” katanya perlahan diiringi air mata membasahi pipi.

•°•°•°•°•°•

Pada waktu rehat itu, Yeonjun berjalan menuju ke kantin untuk membeli makanan seorang diri. Ryusang juga tadi meminta tolong dia untuk belikan makanan.

Ketika Yeonjun mahu membayar makanan, seseorang menegurnya dari belakang membuatkan dia tersentak sedikit.

“Yeonjun-ah.”

“Minho hyung?”

Terkejut Yeonjun melihat Minho lah yang menegurnya dari belakang tadi.

“Ikut hyung kejap. Ada hal sikit ni.”

Arah Minho lalu menarik tangan Yeonjun untuk pergi bersama dengannya.

Dia yang tidak tahu apa-apa itu hanya mengikut Minho dari belakang. Mungkin ada hal yang penting menyebabkan Minho meminta dia ikut sekali.

Sampai sahaja di kelas Minho iaitu kelas 6-2, dia meminta Yeonjun untuk ambil sebuah kerusi dan duduk di hadapannya.

“Ada apa hyung bawa aku ke kelas hyung sebenarnya?” tanya Yeonjun ingin tahu.

“Aku rasa kalau aku bagitahu ni kat kau, mesti kau terkejut.” ujar Minho dengan nada serius.

Yeonjun pula hanya mendiamkan diri. Dalam hatinya terasa mahu tahu sangat apa yang ingin disampaikan oleh Minho itu.

“Salah seorang dari pasukan sekolah kita tarik diri dari pertandingan tu. Dia minta hyung supaya ambil kau untuk wakil sekolah dalam pertandingan tu.”

Mata Yeonjun terbeliak sebaik sahaja Minho memberitahu perkara yang mengejutkan itu.

“Mwo?”

•°•°•°•°•°•

Berita tentang Ryusang menarik diri dari pertandingan bola keranjang itu telah tersebar luas di satu sekolah.

Mereka semua tahu bahawa Ryusang mempunyai reputasi yang tinggi terhadap bola keranjang dan juga dia selalu mewakili sekokah dalam permainan bola keranjang.

Sungguh hal ini amat mengejutkan. Lebih-lebih lagi bagi Yeonjun kerana dia lah paling rapat dengan Ryusang. Dia sendiri tidak tahu mengapa Ryusang menarik diri.

Yeonjun berlari mencari kelibat Ryusang di dalam kelas. Hampa, dia tiada. Yeonjun meneruskan pencarian Ryusang di tempat lain.

Beberapa lama kemudian, dia ternampak susuk badan Ryusang berada di rooftop sambil termenung. Yeonjun berjalan mendekatinya.

“Hai.”

Tegur Yeonjun memecahkan lamunan Ryusang. Dia pantas menoleh ke tepinya.

“Junnie...”

Yeonjun tersenyum garis lalu berdiri di sebelah Ryusang.

“Aku dengar kau wakil sekolah untuk pertandingan tu. Tahniah,” ucap Ryusang ikhlas.

Yeonjun tidak membalas. Sebaliknya dia menyoal Ryusang.

“Ryu, kau yang minta aku wakil sekolahkan sebenarnya? Kenapa?”

“Kenapa kau tarik diri? Kau ada masalah ke?”

Ryusang sudah mengagak bahawa soalan itu pasti akan ditanya oleh Yeonjun.

Dan dia sudah bersedia untuk menjawab semua persoalan itu dengan ramah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro