➺3.7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Pagi itu, Yeosang bangun lebih awal daripada sebelum ini. Dia berjalan menuju ke dapur untuk membasahkan tekaknya.

Kelihatan ayahnya sudah lama berada di ruang tamu sambil melihat foto-foto dalan album. Yeosang yang berasa ingin melihat juga datang menghampirinya.

Appa! Tengok apa tu?” sapa Yeosang membuatkan Tuan Kang terkejut sedikit.

“Kamu ni... Eh? Mana Ryu?” soal Tuan Kang sebaik sahaja perasan bahawa Ryusang tiada bersama Yeosang.

“Ryu tengah mandi. Lagipun sekarang kan masih awal,” jawab Yeosang datar.

Matanya terus dialih melihat gambar yang dipegang oleh Tuan Kang itu. Gambar itu menunjukkan dua bayi sedang baring bersama di atas katil.

Appa, ni siapa?” tanya Yeosang ingin tahu.

“Lah... Ni kan Yeo. Cuba tengok betul-betul,” balas Tuan Kang lalu menunjukkan gambar tersebut kepada Yeosang.

“Kalau ni Yeo, siapa sebelah Yeo tu?”

Soalan Yeosang itu membuatkan Tuan Kang terdiam seketika. Tidak lama selepas itu, dia terdengar bunyi detapan kaki dari tangga menuju ke ruang tamu.

Ahjusshi, dari mana ahjusshi
dapat gambar saya masa saya kecil?”

Yeosang pantas menoleh ke belakang untuk melihat pemilik suara tadi. Dia terkejut melihat Ryusang sudah berada di belakangnya sambil menunjukkan sekeping gambar.

Tuan Kang terkelu. Dia hairan dari mana pula Ryusang boleh ambil gambar dia itu. Setahunya, dia tidak pernah pun tunjuk gambar itu pada Ryusang.

“Mana kamu tahu itu kamu?” soal Tuan Kang inginkan kepastian.

“Semalam saya terjumpa album tu kat bilik stor masa saya kemas barang kat sana. Saya ingat nak tengok gambar korang kejap jadi saya bukalah. Tak sangka pula bila saya tengok gambar ni, saya ada kat situ. Terang-terang nama saya dan Yeosang ada kat situ juga.”

Terang Ryusang lebar. Gambar yang dipengangnya tadi terus dilempar ke arah Yeosang dan Tuan Kang.

“Saya pernah lihat gambar tu masa appa tunjukkan pada saya kat Pohang dulu. Saya masih ingat lagi. Tapi macam mana ahjusshi boleh ada gambar tu pula? Appa saya bagi kat ahjusshi ke?” tambah Ryusang lagi.

Yeosang melihat gambar yang dipegang oleh Ryusang tadi. Apa yang dia lihat ialah dua bayi lelaki sedang tidur lena bersama ibunya di dalam bilik.

Dia juga perasan bahawa ada nama dia di situ. Tetapi dia mula berkerut dahi selepas dia melihat nama bayi yang berada di sebelahnya itu.

“Kang Ryusang?” detiknya dalam hati.

Tuan Kang yang dari tadi berdiam itu melepaskan keluhan kecil. Dia mengambil nafas lalu melihat Yeosang dan Ryusang yang kini berada di hadapannya.

“Baiklah. Dah tiba masanya untuk kamu berdua tahu perkara yang sebenar. Appa yakin kamu berdua mesti terkejut.”

Kata-kata Tuan Kang itu membuatkan mereka berdua tertanya. Serius sangatkan benda itu sehinggakan boleh terkejut?

“Apa?”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro