Aku hidup lagi ke ni?! (2)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Terasa sakit kepala menyerang apabila aku membuka mata. Terang benderang ruangan yang aku baring sekarang. Aku berkelip beberapa kali untuk menghilangkan rasa kabur dimata.



" Hyung! Budak mochi dah bangun! " Jerit seseorang.




Aku pun terkejut lalu terus bangun. Niat ingin melarikan diri. Takut lah buka mata tiba-tiba dekat dalam bilik and ada namja.




" Auch! " aku jatuh semula ke atas katil. Kaki aku berbalut rupanya. Aku patah kaki ke apa ni?




" Kau belom sembuh lagi. Baik kau duduk diam je dekat situ " seorang lelaki mengalihkan pandang semula ke komputernya selepas menjeling ke arah aku.




" Sa-saya dekat mana ni? " tanya aku gagap. Tak pernah nampak tempat luas macam ni. Ni baru bilik. Dah macam ruang tamu rumah aku dah.





" Kau dekat gudang kitorang " jawab lelaki seorang lelaki yang bertubuh tinggi tapi muka alah alah macam baby. uwu




" Saya nak balik! " aku bangun laju dan lupa tentang kaki aku.





" Aaa! " jerit aku ingin terjatuh. Tetapi di selamatkan oleh seorang lagi lelaki yang baru sahaja ingin masuk ke dalam bilik tersebut.





" Aku dah cakap kau belum sembuh lagi. Kau duduk situ diam-diam atau -- " ayat lelaki itu tergantung. Dia membuka langkah ke arah aku dan mengeluarkan pisau lipat di dalam poketnya.





" atau benda ni akan hinggap dekat jantung kau " lelaki yang bermuka badboy itu mengukir senyuman sinis.




Aku takut. Tersangat takut sekarang.





" Hyung! Jangan lah takutkan dia! " marah seorang lelaki yang tinggi tadi.





" Siapa suruh dia degil " jawab lelaki tadi.





" Xiaojun. Kau tolong bawa budak ni pergi bilik dia. Aku dah suruh Kun siapkan bilik dia tadi " arah lelaki badboy tadi.





Namja yang bermuka goodlooking dan panggil menggoda aku bahagian mata dan kening dia. Yeoja yang tengok dia, mesti dah cair tahap gaban dah.







" Senang je kerja kau arah-arah orang sana sini " balas Xiaojun sambil menjeling.





" Kau nak aku bunuh kau ke? " kata-kata lelaki badboy tadi membuatkan aku menggigil tulang rusuk.






" Takpa lah hyung. Biar Jisung yang bawa budak ni. Xiaojun jom sekali " Jisung cuba meleraikan pergaduhan sinis tadi.






Wah. Besar gila gudang ni. Cantik pula tu. Macam istana siot.





Aku terpukau dengan gudang tersebut. Tidak perasan yang aku tersengih-sengih melihat kawasan gudang tersebut.





" Jangan nak suka sangat. Kau menumpang dekat sini " sampuk Xiaojun yang berada di sebelah aku. Eh lah dia ni. Tak boleh tengok aku senang lah dia ni.





" Jangan layan sangat Xiaojun ni. Dia memang macam tu " bisik Jisung ke telinga aku. Kesian dia terpaksa bongkokkan badan sebab terlalu tinggi. Nak di bandingkan dengan tinggi aku ni. Macam lidi dengan pencil.






Xiaojun hanya menayangkan muka coolnya sambil berjalan menuju ke tingkat 3.





Uish. Gudang pun ada lift. Kaya betul diorang ni.




" Ni bilik kau. Kalau ada apa-apa, tekan je butang warna hijau dekat tepi katil tu. Nanti ada lah manusia datang jenguk kau " Xiaojun menutup pintu bilik aku dengan kuat.





Aku hanya menggelengkan kepala aku.




Bila aku tengok muka Xiaojun ni ada iras Gyu. Cuma mata dengan kening Xiaojun ni lagi cantik daripada Gyu.




Dada aku mula sebak bila terfikir pasal Gyu. Eh jap!




Aku sebenarnya dekat mana eh? Last aku ingat yang ada orang hon dekat aku dan --



Aku tak ingat.




Aku dah mati ke? Atau ---




Eh no lah! Tu hanya fantasy je. Takkan lah tiba-tiba aku nak masuk alam lain pulakan. Eee taknak aku kahwin dengan bunian.




Tapi aku teringin nak tahu ni tempat apa. Aku tak pernah tahu pun tempat ni wujud.





Aku pun menekan butang berwarna hijau itu untuk memanggil sesiapa. Aku sebenarnya nak suruh dia cerita semua benda apa yang terjadi dekat aku.





yes?




Aik. Macam kenal je suara ni.




" Awak siapa? " tanya aku menggaru kepala.





" Winwin imnida " jawabnya





" Winwin! " jeritan aku membuatkan Winwin pelik.





" Nak saya datang bilik awak ke? " tanya Winwin.





" Nae! Palli! " jerit aku kecil. Aku excited sangat.





Tak tahu kenapa. Sebab aku ada bff nama Winwin. Mana tahu dia ada dekat sini. Boleh lah dia teman aku.




" Hello! I'm here " Winwin mengetuk pintu bilik aku sebanyak 3 kali.





Buka je pintu, terpampang wajah Winwin yang terlihat manja dan innocent itu. Comel sangat.





" Winwin!!!! " aku menjerit lalu memeluk Winwin dengan kuat sampai tak bernafas orang tu dibuatnya.




" Awak siapa? " tanya Winwin yang masih lagi dalam pelukan aku.



Aku meleraikan pelukan.



" Naerin. Awak tak ingat ke? Saya bff awak kan. Takkan awak tak ingat " Winwin mengerut dahi lalu menggelengkan kepalanya.




" Saya rasa. Saya bukan Winwin yang awak kenal. Sebab sekarang ni, awak bukan dekat dunia nyata lagi "





Penyataan Winwin membuat aku tergamam. Apa maksud dia bukan dekat dunia nyata? Aku dah mati ke?!






" Maksud awak? " tanya aku masih dengan nada terkejut.




" Awak bukan manusia yang tinggal di dunia nyata. Dekat sini, lain " jawab Winwin.





" Maksudnya, saya dah mati? " tanya aku lagi. Mata aku mula berkaca. Dah lah aku tak minta maaf dekat family aku lagi. Aku tak sanggup mati dengan dosa-dosa ni! Huwaa




" Tu saya tak tahu. Antara awak koma atau awak mati. Yang awak kena tahu. NCT bukan manusia biasa macam awak. Kitorang lain daripada yang lain " Winwin melemparkan senyuman kesat.





" NCT? " tanya aku lagi. Aku betul-betul blur sekarang ni. Apa yang aku kena buat sebenarnya? Perlu ke aku tahu semua benda ni?





" NCT tu nama group kitorang. Kitorang ada 21 member dan 3 unit " Winwin menjelaskan lalu menonggak air yang entah datang dari mana tah.





" Ramainya. Korang duduk dalam gedung ni ke? " tanya aku masih blur dan tiba-tiba terasa ingin tahu tentang mereka semua.




" Nae " jawab Winwin sepatah



" Unit yang awak maksudkan tu unit apa? "



Winwin meluru untuk keluar dari bilik aku. Aku semakin blur dengan keadaan. Dah lah orang tanya tak jawab.





" Taeyong suruh turun. Lunch " Winwin terus membuka langkah ke lif.





" Aik. Macam mana awak boleh tahu? " tanya aku dari belakang lalu berlari anak masuk ke dalam lif.




" Kan saya dah cakap. Kitorang ni lain daripada yang lain "



Aku hanya termenung di dalam lif tersebut.



Apa maksud dia lain daripada yang lain?





to be continued

- vote
- comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro